Mengahwini pewaris takhta kerajaan mungkin bukan impian Kate Middleton. Kini isteri kesayangan Putera William, Kate Middleton makin berseri ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 40 tahun.

IKLAN

Diam tak diam sahaja usia ibu kepada 3 kerabat di raja Britain ini sudah mencapai usia 40 tahun. Namun, penampilan The Duchess of Cambridge ini sentiasa memukau dan menambat hati orang ramai.

Masih terbayang lagi kegemilangan majlis perkahwinan pasangan sama cantik dan sama padan ini 10 tahun lalu. Tampil dengan gaun perkahwinan yang memukau sehinggakan ramai yang memilih untuk meraikan hari bahagia mereka mengikut rekaan gaun biras kepada Meghan Markle ini.

Sempena ulang tahun kelahirannya Kate Middleton yang ke-40, wanita ini telah berkongsi foto-foto menarik untuk tatapan umum. Kate Middleton makin berseri dengan senyuman yang paling menawan.

Kate Middleton Makin Berseri Meniti Usia 40 Tahun, Bakal RATU Yang Dinanti
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge / Paolo Roversi
Kate Middleton Makin Berseri Meniti Usia 40 Tahun, Bakal RATU Yang Dinanti
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge / Paolo Roversi
Kate Middleton Makin Berseri Meniti Usia 40 Tahun, Bakal RATU Yang Dinanti
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge / Paolo Roversi

The three new portraits which have been released to mark the occasion will be shown in the community in three meaningful places: Berkshire, St Andrews, and Anglesey, as part of the @NationalPortraitGallery nationwide ‘Coming Home’ exhibition, ahead of the Gallery reopening in 2023,” tulis bakal Permaisuri England ini di laman media sosialnya.

Terdahulu, Putera William dan isterinya telah melancarkan saluran sendiri di YouTube. Nampaknya abang dan kakak ipar Putera Harry kini sudah bergelar “YouTubers”.

IKLAN
Kate Middleton Makin Berseri Meniti Usia 40 Tahun, Bakal RATU Yang Dinanti
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge / Paolo Roversi

Khabarnya, pasangan diraja ini bukan kerabat diraja Britain yang pertama melancarkan saluran YouTube ini. Pewaris takhta kerajaan Britain ini juga baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.

Bukan mudah sebenarnya menjadi pewaris takhta sesebuah kerajaan kerana banyak peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Salah satu peraturan yang nampak mudah tetapi wajib dipatuhi oleh pewaris takhta diraja Inggeris Putera William iaitu tidak dibenarkan menaiki pesawat bersama-sama anaknya Putera George.

IKLAN

Seperti yang diketahui bapa kepada Putera William iaitu Putera Charles bakal menduduki takhta kerajaan jika bondanya, Ratu Elizabeth II turun takhta. Putera William merupakan pewaris kedua manakala anaknya pewaris ketiga takhta kerajaan.

Kate Middleton Makin Berseri Meniti Usia 40 Tahun, Bakal RATU Yang Dinanti
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

Siapa sangka peraturan ini pernah dilanggar oleh pasangan diraja paling digemari Putera Charles dan Puteri Diana apabila membawa kedua-dua anak mereka Putera William dan Putera Harry dalam pesawat yang sama dalam sebuah sesi lawatan ke Scotland. Namun, sebelum itu Putera Charles telah mendapat perkenan daripada bondanya sebelum berlepas.

Putera William dan juga Kate Middleton telah mengikut langkah kedua ibu bapanya apabila turut melanggar protokol tersebut. Walau bagaimanapun, apabila Putera William sudah menaiki takhta, protokol ini memang wajib dipatuhi olehnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI