‘Crazy Rich Malang‘ itu lah nama jolokan yang diberikan kepada pasangan usahawan muda ini. Gelaran ini diberi kepada Shandy Purnamasari dan suaminya Gilang Widya Pramana kerana kekayaan luar biasa yang mereka miliki dari Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Menariknya, pasangan muda ini bukan berasal dari keluarga yang kaya-raya malah masing-masing mengaku pernah hidup susah dan berusaha daripada bawah.
Meskipun di selubungi kemewahan sehingga memiliki super car, kediaman mewah lengkap dengan lif, ruang gym, bilik menonton wayang, bilik mandi, wardrobe besar, kolam renang dan surau tetapi pasangan ini percaya dengan hikmah sedekah.
Menurut laporan kompas.com Gilang Widya Pramana atau lebih dikenali Juragan 99 dapat ketenangan hati dengan bersedekah. Sikap suka bersedekah yang diamalkan olehnya merupakan didikan daripada ibunya. Bapa kepada dua orang anak ini juga telah menjadi contoh buat isterinya sendiri yang mengamalkan sikap suka bersedekah selepas berkahwin.
Shandy Purnamasari juga merupakan seorang wanita yang beruntung kerana mempunyai seorang suami yang begitu menyayanginya. Bayangkan! hadiah hari jadi yang diperolehinya baru-baru ini sangat romantis.
Pasti ramai isteri yang cemburu apabila suami sanggup membeli 101019 kuntum bunga ros sebagai kejutan hari jadi. Malah Juragan 99 telah menghadiahkan isterinya sebuah beg tangan jenama mewah yang harganya dikatakan boleh membeli sebuah rumah.
View this post on Instagram
Walaupun begitu, Shandy Purnamasari bukan menikmati kemewahan hasil kerja kerja suami semata-mata. Wanita ini juga berusaha gigih bagi memastikan kejayaan bisnes yang diusahakan sejak tahun 2018.
Berkat usahanya, Shandy Purnamasari memiliki organisasi sendiri iaitu MS Glow Beauty, MS Glow Aesthetic dan PT Kosmetika Global Indonesia yang beroperasi di Jakarta, Surabaya, Malang, Bandung, Bintaro, Kekasi dan Bali.
Pada bulan Julai lalu, wanita cantik yang berusia 31 tahun ini juga telah mengambil keputusan untuk berhijab. Penampilannya nampak lebih manis dan mendapat sokongan suami. “Kaget tapi juga bahagia dan bersyukur hari ini kamu memutuskan untuk berhijab. Pokoknya aku akan selalu jadi suami yang bertanggung jawab dan support kamu selalu sayang,” tulis Juragan 99 di laman Instagram miliknya.
Semoga kejayaan milik pasangan ini menjadi inspirasi buat semua pasangan suami isteri lain agar saling mencintai dan berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.