Andai anda penggemar hidangan stik dan udang kara segar, restoran Kay’s Steak & Lobster sudah pasti menjadi lokasi pilihan yang memenuhi selera. Tidak cukup dengan variasi menu serba lazat dan disaji serba mewah, tiga premis restoran berkonsepkan semi fine-dining ini sememangnya memberikan pengalaman istimewa.
Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, dua lagi i dua cawangan dibuka di Liberty Arc, Ampang pada 2021 dan setahun kemudian premis di IOI Conezion, Putrajaya diperkenalkan.
Pengarah Urusannya, Aizuddin Khalid berkata pihaknya tidak pernah berkompromi dalam pemilihan bahan utama hingga kepada pengajian hidangan sebagai faktor untuk menarik pengunjung datang kembali menjamu selera di Kay’s Steak & Lobster.
Aizuddin Khalid, Pengarah Urusan
Katanya, citarasa Malaysia tetap diketengahkam dalam senarai menu restoran mereka mengikut selera tempatan, tanpa melupakan keenakan sajian asal terbabit. “Hidangan paling popular adalah lobster thermidor. Ia merupakan resepi Perancis. Hidangan asal menggunakan wine. Kami menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini yang mengikut citarasa Malaysia.
“Menu popular antaranya adalah tomahawk dan daging wagyu juga memandangkan setiap pengunjung memberi maklum balas mengatakan setiap gigitan begitu ‘juicy’.
Ads
“Memang pujian dari segi rasa serta keindahan seni hiasan setiap hidangan hasil air tangan chef berpengalaman membuatkan kami yakin kepuasan pelanggan berada pada tahap maksima,” katanya.
Bukan itu saja, dekorasi premis yang ‘cosy’ menjadikan setiap suapan dan gigitan lebih nikmat sekaligus mengujakan untuk berkongsi pengalaman indah di Kay’s Steak & Lobster di laman sosial. Pada masa sama, Aizuddin berkongsi berita baik mengenai keputusan mengekalkan sajian Beef Wellington dalam menu kekal untuk dinikmati pengunjung.
Ads
“Kami memperkenalkan Beef Wellington ini sekitar Disember tahun lalu untuk mencuba sambutan selain sepatutnya ditawarkan pada tempoh tertentu. Nampaknya, menu ini semakin menjadi pilihan popular pengunjung yang memuji kelazatannya sekaligus meminta kami mengekalkan hidangan ini dalam menu harian.
“Kini orang ramai boleh menikmati sajian terbabit apatah lagi kami sangat mementingkan kualiti makanan dan rasa premium bagi setiap menu,” katanya.
Sementara itu, sempena Ramadan Kay’s Steak & Lobster turut menyediakan set nasi yang sebelum ini hanya disediakan pada bulan puasa. “Memang hari biasa tiada nasi. Namun setiap kali Ramadan, kami akan mengembalikan hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik serba enak,” katanya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali memikirkan menu seimbang dan berkhasiat untuk sarapan pagi, pasti hidangan berasaskan oat menjadi pilihan. Namun begitu, oat jika dinikmati begitu sahaja pastinya mempunyai rasa yang hambar dan kurang menarik untuk dinikmati. Jadi, untuk menambahkan keenakan hidangan berasaskan oat, apa kata tambahkan kurma sebagai bahan tambahan.
Sememangnya kurma mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Tahukah anda, kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan usus? Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Resipi Oat Kurma yang dikongsikan oleh Tania Pawanteh ini boleh dicuba untuk menu sarapan pagi yang berkhasiat dan baik untuk sistem pencernaan dan jantung. Selamat mencuba!
OAT KURMA
Bahan-bahan:
2 cawan oats
3 ½ cawan air
½ cawan buah kurma (dipotong kasar)
1 sudu makan gula perang
secubit serbuk kayu manis
Cara Membuat:
Masukkan oat bersama air ke dalam periuk. Masak di dalam api yang kecil sehingga oat menjadi masak. Tambahkan kuah kurma yang telah dipotong kasar ke dalam periuk. Akhir sekali, tambahkan sedikit gula perang. Kacau sehingga sebati. Untuk menghidangkannya, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis. Makan ketika ia masih panas.
Tip Masakan: Masak oat selama lebih kurang 15 minit. Tetapi ia harus sentiasa dikacau agar oat masak sekata dan tidak kembang.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecur tengok resipi Smoothie Pisang Kurma yang disediakan bekas peserta Masterchef, Brian ini. Dahlah mudah disediakan, ringkas dan cepat pula tu.. sesuai sangat dijadikan minuman harian waktu sahur sepanjang Ramadan. Mengenali bakat Brian, namanya bukan saja dikenali dalam arena kulinari bahkan berbakat sebagai pengacara dan penyampai radio.
Kongsi Brian di Instagramnya baru-baru ini, “Ini versi lagi gempak dan sesuai bagi mereka yang tak lalu makan berat di waktu sahur. Minum je. Ada karbohidrat dari pisang dan kurma.. dan protein dari yogurt. Patutlah bahan-bahan ni semuanya sunnah.”
https://www.instagram.com/p/Bi4fpw4FEH2/
RESIPI SMOOTHIE PISANG KURMA ILHAM BRIAN MASTERCHEF
Bahan-bahan diperlukan
* 1 biji pisang
* 2-3 biji kurma
*100ml yogurt
*100ml susu
*1 cawan ais batu
Cara membuatnya:
Potong kecil pisang yang telah dibuang kulitnya. Potong kecil kurma yang telah dibuang bijinya. Masukkan pisang dan kurma yang telah dipotong kecil ke dalam mesin pengisar bersama-sama yogurt, susu dan ais batu.
Kisar semua bahan hingga hancur dan halus atau sehingga mendapat tekstur yang diingini mengikut cita rasa masing-masing. Tuangkan smoothie pisang kurma ke dalam gelas yang telah disediakan. Taburkan hirisan kacang badam yang dibakar. Sedia diminum.
Sangat mudah, kan?
Difahamkan, sepanjang bulan puasa ini juga Brian aktif berkongsi aneka sajian dan menu sahur menarik dalam kempen ’30 Sahur Abang Brian’. Apa yang pasti, ia bukanlah kali pertama Brian terlibat dengan aktiviti tersebut sebab dia juga pernah melakukan perkara sama tahun lepas meskipun berbangsa Cina.
Terima kasih Brian dengan perkongsian resipi mudah dan sihat ini. Moga terus maju jaya!
Sumber: Instagram @abangbrian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sunway Resort di Sunway City Kuala Lumpur memperkenalkan restoran baharu, Black Tap Craft Burgers & Shakes yang bakal memberi pengalaman menjamu selera yang berbeza.
Restoran yang memenangi anugerah serta berpangkalan di New York ini memberi pengalaman makan tengah hari ala Amerika yang hebat dengan menikmati classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes yang terkenal di dunia.
Majlis perasmian Black Tap Craft Burgers & Shakes telah dihadiri oleh tetamu VIP antaranya termasuklah Tengku Zatashah dan suami, Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson, Marion Caunter, Rebekah Yeoh, Thanuja and Anuja Ananthan, Sarah Lian, Roberto Guiati, Alexis SueAnn dan beberapa selebriti tempatan seperti Diana Daniella, Idris Khan, Mia Nasir, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Dimiliki oleh pasangan suami isteri, Chris Barish dan Julie Mulligan, Black Tap diiktiraf seluruh dunia. Setelah memperoleh pelbagai anugerah sejak pembukaannya pada tahun 2015 termasuk People’s Choice Award (2015-2017) dan Judges Choice Award (2020 dan 2021), Black Tap kini tersedia di lokasi ikonik di Amerika Syarikat termasuk di The Venetian Resort Las Vegas, Downtown Disney District di Disneyland Resort di Anaheim, CA.
Manakala di peringkat antarabangsa adalah di Bahrain, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.
“Kami amat teruja dengan kerjasama ini. Black Tap membawakan inspirasi New York dalam suasana restoran bermula dari elemen mural seni jalanan kepada pop 80-an dan 90-an hip-hop.
Pengurus Besar Kanan Sunway City Kuala Lumpur Hotels, Alex Castaldi berkata, “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Black Tap untuk sama-sama ‘berdiri’ sebaris dengan restoran terkemuka kami di Sunway Resort. Kami percaya, classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes bakal digemari semua lapisan masyarakat.”
Terletak di laluan utama Persiaran Lagoon, ia mempunyai 165 ruang tempat duduk untuk menjamu selera termasuklah ruangan outdoor patio dan Mezzanine Level.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.