Pasta, selain boleh diolah menjadi pelbagai sajian menyelerakan, ia turut mengandungi manfaat kesihatannya yang tersendiri. Seandainya anda buntu memikirkan hidangan sampingan yang mudah, cepat dan lazat, mungkin pasta adalah jawapannya.
Terkenal sebagai makanan tradisional di Itali, pasta mula dijejaki di Sicily pada tahun 1154. Terbahagi kepada pasta kering dan pasta segar, ia lazimnya diadun dengan tepung gandum durum dan air, sebelum dijadikan pelbagai bentuk yang menarik. Pasangan pasta yang sesuai digandingkan dalam satu sajian pula ialah sayuran, ikan, ayam, daging tanpa lemak, keju dan sos tomato.
KHASIAT
MENGEKALKAN TENAGA
Karbohidrat di dalam pasta membekalkan glukosa, penjana tenaga yang penting untuk otot dan otak anda. Tidak seperti gula ringkas, pasta juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia melepaskan tenaga dengan perlahan-lahan.
RENDAH SODIUM & BEBAS KOLESTEROL
Pasta merupakan pilihan yang rendah sodium dan bebas kolesterol. Dalam setiap cawan, ia diperkaya dengan pelbagai nutrien penting seperti zat besi dan vitamin B. Pasta gandum penuh umpamanya, dapat membekalkan sehingga 25% keperluan serat harian dalam setiap cawan.
Ads
ASID FOLIK
Pasta diperkaya dengan asid folik, nutrien penting untuk wanita yang merancang untuk hamil. Satu hidangan pasta bersamaan dengan sekurang-kurangnya 100mg asid folik, atau 25% daripada keperluan harian yang disyorkan.
DIET SEIMBANG
Makanan ini juga merupakan sebahagian daripada diet seimbang. Menurut panduan diet semasa, 65% daripada bekalan kalori harian datangnya daripada karbohidrat, seperti pasta.
Ads
RENDAH GI
Pengambilan pasta yang mengandungi indeks glisemik (atau GI) yang rendah tidak akan menyebabkan paras gula darah anda meningkat dengan cepat. Rendah kandungan GI turut memperlahankan proses penghadaman untuk mengawal selera makan anda.
MENURUNKAN BERAT BADAN
Pasta merupakan makanan bebas lemak yang amat sesuai untuk pelan menurunkan berat badan anda. Satu cawan pasta masak mengandungi hanya 100 kalori, dengan tambahan vitamin dan mineral. Ia juga mengenyangkan!
Ads
PILIHAN TEPAT
GLUTEN: Makanan yang berasaskan gandum seperti pasta mengandungi gluten. Kebanyakan orang tanpa alahan terhadap gluten boleh menikmati pasta tanpa sebarang kesan sampingan. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa pilihan pasta bebas gluten di pasaran untuk dinikmati.
Terdapat pelbagai jenis pasta dalam pelbagai bentuk yang menarik. Di antara kategori yang popular ialah Long pasta (spaghetti) dan Short pasta (penne, fusilli, farfalle).
Tambat selera tetamu anda dengan resipi bercita rasa Malaysia. Selain laksa Johor yang menggunakan spageti sebagai bahan utama, anda juga boleh menghidangkan pasta bakar, spageti goreng tomyam, spageti goreng Mamak, spaghetti bolognese ala kampung serta pelbagai inovasi masakan lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam dah start orang buat open house. Tengok juadah yang terhidang semuanya menyelerakan. Semua nak cuba makan kan sebab ada di antara juadah tersebut yang boleh jumpa hanya setahun sekali. Menjadi kebiasaan masyarakat kita beraya selama sebulan dan ini bermakna selama sebulan kita menjamah makanan yang menjadi hidangan tradisi hari raya.
Sambutan di bulan Syawal bukan bermakna boleh makan apa sahaja. Bagi mengawal pengambilan pemakanan dalam bulan Syawal cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dan elak pengambilan makanan yang manis dan berlemak. Selain itu kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan banyak minum air kosong berbanding air manis.
Pilih makanan yang rendah kandungan kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
Sudahlah cantik, pandai memasak pula tu. Yang tak reti memasak, boleh cuba resipi yang dikongsikan Datin Belina ini. Bahan-bahan yang digunakan senang hendak dapat dan cara penyediaan pun mudah. Selamat mencuba!
APA PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?
Hati mesti tenang dan fokus. Memasak juga memerlukan ketelitian. Jika dilakukan dalam tergopoh gapah kita akan kecewa dengan hasilnya. Memasaklah dengan ikhlas, kasih sayang dan sepenuh hati. Saya juga amalkan selawat agar lebih berkat.
BAGAIMANA DATIN MENDAPAT ILHAM SETIAP KALI HENDAK MEMASAK?
Mood dan keadaan mempengaruhi ilham untuk memasak. Kalau datangnya ilham, saya akan mencuba resipi baru atau menyediakan menu istimewa. Kalau buntu hendak masak apa, selalunya saya akan hubungi ibu dan tanya pendapatnya. Ibulah sumber inspirasi saya kerana beliau pandai memasak.
KONGSIKAN MENU TRADISI KELUARGA SETIAP KALI MENJELANG SYAWAL?
Semestinya Rendang Hitam Negeri Sembilan yang merupakan menu tradisi arwah ibu mertua. Setiap kali Hari Raya menu ini mesti ada.
RENDANG HITAM NEGERI SEMBILAN
Bahan-bahan:
3kg santan
1kg daging
1 mangkuk (saiz sedang) bawang merah (dihiris)
1 mangkuk (saiz sedang) bawang putih (dihiris)
Cili kering (jika hendak pedas tambahkan sedikit cili padi) (dikisar)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
Bahan-bahan sanggang:
6 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
2 sudu kecil jintan putih*
4 sudu besar lada hitam*
(*)semua bahan dikisar kering
Cara Membuat:
Masukkan santan dalam kuali, kacau bersama cili yang dikisar sehingga menjadi separuh daripada sukatan. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan bawang yang dihiris, teruskan mengacau dengan api perlahan. Kacau sehingga dua jam kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah sanggang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Perasa dengan garam dan teruskan mengacau sehingga ia bertukar warna kehitaman dan kering
LONTONG
Bahan-bahan A:
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji kentang (dipotong 4)
2 biji terung panjang
¼ biji kobis
6 batang kacang panjang
2 keping fucuk (rendam, potong kecil)
2 keping tauhu (dipotong kecil & digoreng)
1 ikat soo hoon (rendam, potong kecil)
2 batang cili merah (dihiris)
¼ biji sengkuang (dipotong memanjang)
1 keping tempe (dipotong dadu besar & digoreng)
1 cawan udang (dibuang kulit)
2 santan kotak
2 batang serai (diketuk)
Garam secukupnya
Bahan-bahan B (dikisar):
1 inci kunyit hidup
8 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering (direndam & ditoskan)
Cara Membuat:
Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan serai ke dalam periuk lalu panaskan sehingga hampir mendidih. Kemudian masukkan udang diikuti sayur-sayuran. Masukkan pula santan pekat dan tauhu kering diikuti cili merah. Perasa dengan garam, sesuaikan rasa dan kepekatannya. Hidangkan bersama nasi impit, sambal tumis atau kuah kacang serta telur rebus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di kalangan masyarakat Pahang dan Perak, pasti aroma tempoyak menjadi bahan utama dalam setiap menu masakan. Tapi berdasarkan penelitian, tempoyak dipercayai mengandungi jumlah kalori yang besar selain padat dengan protein, karbohidrat, kalsium dan zat besi.
Jika anda bingung untuk menyediakan juadah seisi keluarga, apa kata anda cuba dua sajian berasaskan tempoyak yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba!
PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN BAKAR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (saiz sederhana dipotong 2 & dikelar)
15 tangkai cili padi
2 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
5 tangkai daun kesum
4 helai daun kaduk
2 batang serai
Garam
Gula
Cara membuat:
Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Kisar hingga sebati. Hiris halus daun kunyit, serai, daun kesum dan daun kaduk. Kemudian, masukkan ke dalam tempoyak tadi bersama daun kesum yang telah direlai. Gaul hingga sekata.
Seterusnya, lumurkan campuran tempoyak ke seluruh ikan patin. Letakkan di atas daun pisang dan balut kemas. Akhir sekali, bakar ikan hingga masak.
SAMBAL TEMPOYAK PUCUK UBI KAYU
Bahan-bahan A:
1 genggam pucuk ubi
½ genggam daun kaduk
5 helai daun kunyit
5 batang serai (dihiris halus)
1/3 cawan petai (dibuang kulit)
½ cawan terung pipit
1 liter santan
1 keping asam gelugur
1 genggam ikan bilis (dibersihkan & dicuci)
3 sudu besar tempoyak
Garam
Gula
Bahan-bahan untuk dikisar halus:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ cawan cili padi kampung (dicampur hijau & merah)
1 inci kunyit hidup
Cara membuat:
Hiris halus pucuk ubi dan daun kunyit serta dimayang petai yang telah dibuang kulit. Bersihkan ikan bilis dan toskan sebelum ditumbuk kasar. Seterusnya, panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama tempoyak, ikan bilis dan santan. Kacau rata hingga mendidih dan kelihatan pekat dengan api sederhana.
Kemudian, masukkan petai dan biarkan ia masak sebentar. Masukkan pula pucuk ubi, daun kaduk, daun kunyit, terung pipit dan serai serta digaul sebati. Akhir sekali, masukkan asam gelugor dan perasakan garam serta gula secukup rasa. Masak dengan api sederhana. Apabila sudah pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Resipi: TERIMA KASIH MARINA KHAIRUDDIN, MM CATERING ENTERPRISE, KUANTAN, PAHANG
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.