Ads
Home Berita “Keadaan Gelap, Rintik Hujan Bercampur Debu, Langit Siang Macam Tengah Malam!” Penduduk...

“Keadaan Gelap, Rintik Hujan Bercampur Debu, Langit Siang Macam Tengah Malam!” Penduduk Letusan Semeru Dedah Nampak Awan Menakutkan

Ads

Rakaman detik cemas oleh penduduk kampung apabila langit siang bertukar gelap seperti tengah malam menceritakan betapa dahsyatnya bencana Letusan Semeru di Indonesia. Dalam kegelapan, ribuan penduduk kampung berlarian menyelamatkan diri selepas lahar dimuntahkan gunung berapi Semeru mengalir ke perkampungan mereka dengan awan hitam menakutkan, menyelubungi seluruh kawasan Lumajang, di wilayah Jawa Timur itu.

Lewat penghujung tahun ini, satu persatu bencana alam mula singgah ke dada akhbar. Bumi semakin tenat, seolah mengingatkan kita agar tidak terus terbuai dengan keseronokan dunia.

Ads

Belum reda kisah letusan gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii selepas 40 tahun ‘tertidur’ minggu lepas, semalam gempar pula bencana seterusnya di negara jiran.

Memetik sumber Sinar Harian, gunung berapi Semeru meletus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Bayangkan dalam keadaan mencemaskan, sambungan Internet terputus dan isyarat telefon tidak berfungsi, sukarelawan terpaksa memberi amaran berpindah hanya dengan pukulan gendang buluh.

Muntahan lahar panas yang mengalir pantas menenggelamkan rumah-rumah kampung. Allahu, tak terbayang bagaimana dahsyatnya bencana ini.

@wldnsyaa ya allahh 😭😭😭 #NonStopAntiNgedrop #lumajang #wedusgembel #erupsisemeru #4desember #PercayaSemuaBisaDiAtur #playforsemeru ♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

 

Situasi tambah huru-hara selepas perkampungan tersebut dihujani debu gunung berapi ketika usaha pemindahan dilakukan.

Simpati melihat golongan tua, wanita dan kanak-kanak yang berlari-lari menyelamatkan diri, sementara penduduk lelaki cuba menyelamatkan harta benda dalam proses tersebut.

“Keadaan terlalu gelap. Saya tidak boleh melihat apa-apa dengan keadaan hujan bercampur debu. Tetapi, kami perlu segera berpindah.” Penduduk kampung

“Keadaan Gelap, Rintik Hujan Bercampur Debu, Langit Siang Macam Tengah Malam!” Penduduk Letusan Semeru Dedah Nampak Awan Menakutkan

 

Ads

“Keadaan Gelap, Rintik Hujan Bercampur Debu, Langit Siang Macam Tengah Malam!” Penduduk Letusan Semeru Dedah Nampak Awan Menakutkan

 

“Keadaan Gelap, Rintik Hujan Bercampur Debu, Langit Siang Macam Tengah Malam!” Penduduk Letusan Semeru Dedah Nampak Awan Menakutkan

 

Ads

Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memaklumkan Semeru masih dalam fasa letusan walaupun saiz awan debu semakin berkurangan.

Pihak berkuasa menaikkan status amaran pada tahap tertinggi selepas Semeru yang berketinggian 3,676 meter membebaskan debu tebal dan memuntahkan lahar yang berlaku genap setahun selepas letusan pada tahun lalu yang meragut puluhan nyawa. Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Jawa.

Takziah buat mangsa dan penduduk Letusan Semeru. Doa kami semoga beroleh keselamatan dan kehidupan segera pulih dengan izin Allah SWT.

 

********************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

********************

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI