Pelakon cantik Anne Hathaway kini berusia 40-an. Pun begitu, pelakon yang membawakan watak Mia dalam filem Princess Diary ini masih kelihatan berseri seolah-olah tak menua.
Solekannya sentiasa bersih, segar dan semula jadi. Anne sering muncul dengan kulit wajah yang hampir sempurna, licin, cerah dan sihat dengan sentuhan solekan asas yang ringan namun sekata.
Ads
Selai itu, Anne sentiasa mengekalkan trademark kening tebal dan kemas memberikan ekspresi wajah yang kuat.
Manakala penyeri matanya adalah celak halus dan sapuan maskara yang menyerlahkan bulu mata tanpa terlalu dramatik.
Tak dinafikan, ramai yang memuji dan terpesona dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin selepas pulang mengerjakan ibadah haji. Selamat tiba di tanah air pada 4 Julai lalu, penampilan sulung Baginda pada 8 Julai lepas nyata meraih perhatian rakyat.
Baginda berkenan berangkat ke Majlis Perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Program ini melibatkan 1,000 peserta terdiri daripada ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di seluruh negara dan dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Pada majlis ini, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin anggun mengenakan hijab rona kelabu. Dalam perkongsian di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office, gambar terkini Tengku Permaisuri Selangor meraih ribuan reaksi daripada warga maya.
Rata-rata mereka menzahirkan rasa gembira melihat penampilan Baginda.
Pada majlis ini, DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor mengiringi keberangkatan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Penaung Diraja PPPM.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming dan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada 20 Jun lalu dan kembali ke tanah air pada 4 Julai.
Pasti kebanyakan pembaca-pembaca majalah NONA adalah mereka yang membesar menonton drama lipur lara atau telenovela yang mencipta fenomenanya sendiri sekitar awal tahun 20-an. Telenovela dari Sepanyol dan Mexico seperti Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanes, Rosalinda dan Rubi yang ditayangkan di TV3, RTM dan NTV7 suatu ketika antara telenovela popular yang cukup digemari.
Dilakonkan oleh barisan pelakon jelita lagi menawan seperti Gabriella Spanic, Scarlet Ortiz, Barbara Mori dan Thalia sudah pastinya wajah mereka kekal dirindui sehingga kini. Tidak lupa juga seorang lagi pelakon jelita terkenal yang pernah membintangi telenovela terkenal seperti Paloma, Cuando Seas Mia dan Catalina Y Sebastian, iaitu si cantik Silvia Navarro.
Lahir pada 14 September September 14, 1978 di Irapuato, Guanajuato; Silvia Navarro ialah pelakon Mexico yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1997 menerusi telenovela terkenal Perla. Sebelum itu, Silvia merupakan seorang model dan pernah membintangi beberapa buah iklan sejak dari usianya masih bayi.
Selepas Perla, Slivia mencipta kemasyuran membintangi telenovela terkenal di bawah rangkaian TV Mexico TV Azteca, dan kemudian untuk Televisa dan Telemundo seperti Quando Seas Mia, Catalina Y Sebastian dan lain-lain, sehingga pernah menggondol beberapa buah anugerah.
Selepas dari dua telenovela hit tersebut, populariti Silvia terus mencanak dan dia kemudiannya membintangi pelbagai projek, dan wajahnya juga terus menjadi perhatian jenama-jenama kosmetik terkenal. Kali terakhir Silvia berlakon adalah menerusi drama La Suerte De Loli pada tahun 2021.
Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram, sudah pasti wajah Silvia menjadi dambaan ramai peminat yang membesar menonton telenovela dibintanginya. Dek parasnya, malah dilihat masih kekal awet muda di usia 44 tahun, Silvia kelihatan masih lagi jelita walaupun sudah memiliki seorang anak yang diberi nama León Casanova hasil perkahwinan bersama pelakon Gerardo Casanova, namun perhubungan selama 8 tahun mereka tidak kekal lama.
Jika dilihat di akaun Instagramnya, Silvia banyak menghabiskan masa bercuti dan menikmati kehidupan bersama anak dan teman rapatnya, malah Silvia juga masih lagi menjadi pilihan jurugambar untuk sesi pengambaran majalah serta jenama terkemuka seperti Garnier dan lain-lain.
Dan khabarnya juga Silvia dikatakan kini sedang dilamun cinta dengan buah hatinya, Flavio Medinal yang juga aktor terkenal di sana namun tidak dipastikan sejauh mana keseriusan perhubungan mereka. Semoga yang baik-baik saja buat Silvia!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Garam acap kali digunakan sebagai perencah masakan. Namun tahukah anda butiran halus berwarna putih ini juga memiliki manfaat yang baik untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Intai kebaikan yang boleh dinikmati daripada bahan ini.
Larutkan 1/4 sudu teh garam dengan 1/2 liter air hangat, lalu basahkan bahagian mata dengan larutan larutan air garam tadi. Untuk menghilangkan lebam mata pula, larutkan 1 sudu teh garam dengan 1 liter air hangat dan celupkan kapas ke dalamnya. Letakkan kapas pada bahagian mata sambil berbaring selama beberapa minit.
Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Lalu gunakan campuran tadi sebagai pembersih dengan cara mengurut lembut di bahagian wajah dan leher. Bahan pembersih ini efektif menanggalkan solekan dan kotoran tebal. Seterusnya cuci muka dengan sabun dan bilas hingga bersih.
Rendam kaki dalam air hangat yang telah diletakkan segenggam garam. Kemudian urut kaki perlahan dengan beus halus atau batu apung, agar kulit yang kering dapat diatasi. Biarkan kaki terendam selama 10 minit dan bilas dengan air dingin lalu keringkan. Langkah terakhir, gunakan losyen yang biasa digunakan untuk menjaga kelembaban kulit.
Selepas mandi dan kulit wajah masih basah, ambil segenggam garam dan gosokkan secara lembut dan perlahan ke seluruh kulit tubuh. Butiran garam tersebut akan menanggalkan sel kulit mati dan membuat kulit lebih halus.
Untuk mengurangi kilatan minyak pada wajah, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat dan tambahkan satu suud teh garam. Semburkan pada wajah lalu keringkan dengan cara ditepuk-tepuk menggunakan tuala.
Mulai sekarang, ambil manfaat garam untuk melakukan beberapa perawatan sederhana ala spa hanya di rumah. Paling penting, gunakan garam yang asli iaitu tidak bercampur dengan unsur lain. Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.