Memikirkan bagaimanalah kehidupan anak perempuan bongsu ‘Raja Gula Asia’, Yen Kuok, barangkali mungkinkah jalan hidupnya seindah novel popular, Crazy Rich Asians?

Membesar ditaburi wang ringgit, pakaian berjenama, kereta mewah…

IKLAN

Oh, tidak begitu sebenarnya, akui Yen Kuok. Menurut anak bongsu dalam lapan adik-beradik itu, dia juga perlu berdikari untuk berjaya walaupun bapanya, Tan Sri Robert Kuok kekal di tangga teratas dalam senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia 2020 dengan nilai bersih kekayaan AS$11.5 bilion (RM47.9 bilion).

Kini di usia 30 tahun, Yen Kuok masih menetap dengan keluarga Kuok di Hong Kong. Sebagai seorang shopaholic, dia dilihat sering berkongsi kecintaannya terhadap fesyen di Instagram @yenskiboo.

Wanita cantik lulusan Ijazah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Stanford California tersebut juga kelihatan tidak berminat untuk mewarisi empayar bisnes bapanya.

Sebaliknya, Yen Kuok telah memulakan bisnes sendiri iaitu Guiltless pada tahun 2015, sebuah syarikat consignment online yang menjual barangan fesyen mewah pre-loved dan off-season.

Dalam tempoh 5 bulan, usaha itu menampakkan hasil apabila Guiltless yang berpengkalan di Hong Kong bertapak maju dengan pembukaan kedai kedua.

Tidak hairanlah kerana sebahagian daripada himpunan busana mewah yang ditawarkan sebenarnya datang daripada koleksi peribadi Yen Kuok sendiri.

Wow, banyaknya koleksi beg Hermes Birkin! Tak hairanlah Yen Kuok nak jual semula koleksi barangan mewah tu, terlampau banyak.

Berbeza daripada kecantikan wanita berbangsa Cina yang lain, raut wajah Yen Kuok terlihat sedikit kemelayuan… Bermata besar dan berkulit coklat. Cantik sangat, persis ibunya!

Yen Kuok juga kini melancarkan The Skin Savvy, projek terbarunya berkaitan penjagaan kulit di YouTube.

Untuk pengetahuan, bapa Yen iaitu Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 97 tahun, merupakan anak jati Johor Bahru.

Hasil perkahwinan beliau dengan isteri, Ho Poh Lin, mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk Yen sendiri dan kini menetap di Hong Kong.

Selama dua dekad, nama tycoon hebat ini kekal sebagai lelaki terkaya di Malaysia dengan menjalankan perusahaan multinasional menerusi Kumpulan Kuok.

Antaranya merangkumi penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, hotel, hartanah, pengangkutan logistik, pelaburan dan sebagainya.

Foto: Instagram @yenskiboo