Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman, menganjurkan majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan ke-65 di Rumah Malaysia di Wassenaar pada 22 September 2022.
Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman.
Majlis itu dihadiri lebih 200 pegawai kehormat tempatan dan asing, termasuk pegawai tinggi dari kerajaan Belanda, anggota kor diplomatik, dan komuniti perniagaan.
Makanan istimewa Malaysia seperti pulut kuning, rendang, karipap, kuih bakar, kuih lapis, mee hoon goreng dan cucur udang turut disajikan buat tetamu.
Majlis resepsi itu dimulakan dengan lagu kebangsaan yang dinyanyikan oleh Florence Chong, penyanyi Malaysia yang bemaustatin di Belanda, diikuti dengan lagu kebangsaan Belanda, Het Wilhelmus.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional oleh pemain Sape terkenal, Jerry Kamit yang dibawa khas ke The Hague oleh kerajaann Sarawak.
Datuk Nadzirah dalam ucapannya menyatakan Malaysia dan Belanda telah memupuk hubungan yang erat dan mesra sejak dimeterai secara rasmi pada 31 Ogos 1957.
Ads
Beliau juga menekankan bahawa tahun ini adalah istimewa kerana kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik dua hala.
Hubungan dua hala kekal kukuh menerusi pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama termasuk politik, ekonomi dan budaya.
“Kami tidak sabar untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedaia ada dengan menyambung semula rundingan politik antara kedua-dua negara yang dijadualkan diadakan awal tahun depan,” katanya.
Perdagangan dan pelaburan adalah antara sorotan hubungan Malaysia-Belanda.
Ads
Walaupun berdepan cabaran semasa pandemik, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2021 direkodkan meningkat kepada 29 peratus berbanding 2020.
“Kami menjangkakan peningkatan dalam perdagangan dua hala pada 2022 berikutan pertumbuhan positif sebanyak 54.7 peratus bagi separuh pertama tahun ini,” tambahnya.
Menurutnya lagi, Belanda merupakan pengimport terbesar produk Malaysia di EU dan rakan perdagangan kedua terbesar di Eropah pada 2021.
Mengenai pelaburan, Belanda merupakan pelabur asing terbesar yang diluluskan di Malaysia pada 2021 bernilai RM78 bilion.
Ads
Pada masa ini, terdapat lebih 250 syarikat dan perniagaan Belanda yang beroperasi atau melabur di Malaysia.
Dalam sektor pelancongan, Belanda merekodkan jumlah ketibaan pelancong ketiga tertinggi di Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.
Sebelum pandemik, Malaysia menerima lebih 80 ribu pelancong Belanda setiap tahun.
Beberapa syarikat penerbangan melakukan penerbangan terus antara lapangan terbang Kuala Lumpur dan Schiphol.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak pernah menonton filem Istanbul Aku Datang yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu sekitar 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Filem romantik komedi ini ternyata punya kelompok peminatnya yang tersendiri malah cukup diminati ramai.
Dan baru-baru ini, pelakon filem tersebut Lisa Surihani dan Beto Kusyairy membuat kemunculan semula eksklusif menerusi sebuah iklan Pak Mat Western. Ternyata kemunculan kedua-dua pelakon hebat ini membuatkan ramai warga maya mengimbas semula babak-babak filem tersebut.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Lisa di laman Instagramnya, dia berkongsi video tersebut yang kini sudah mendapat jumlah tontonan lebih dari 1 juta. Menerusi kepsyennya, Lisa menulis mengatakan Dian, watak yang dibawa Beto kembali menganggu hidupnya selepas 11 tahun filem itu ditayangkan. “Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya”.
Yang menariknya, ramai warga maya nyata teruja dengan iklan tersebut malah ada yang menganggap video tersebut merupakan sekuel atau bahagian kedua filem ikonik itu.
Dalam iklan terbabit, Lisa yang baru pindah rumah telah menjemput jiran untuk berbuka puasa dan terkejut jirannya itu adalah Beto. ‘Pertengkaran’ manja antara mereka berdua dalam iklan mengimbau watak mereka dalam filem Istanbul Aku Datang.
Turut kelihatan ramai rakan artis yang lain seperti Heliza Helmi, Daiyan Trisya, Ika Nabila dan ramai lagi memberikan maklum balas di samping menyatakan kerinduan terhadap filem epik tersebut.
Ternyata strategi pemasaran yang dilakukan jenama daging perap terkenal itu berjayakan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulunya, wajahnya pernah tular dek seakan-akan mirip pelakon jelita, Mira Filzah. Dan kini dialah Dewi Remaja 2022. Peserta dari Sabah, Tracie Sinidol telah mengenepikan 15 lagi finalis lain sekaligus dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022. Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.
Namun siapakah sebenarnya Tracy? Jom kita rekap antara beberapa fakta menarik tentang dirinya.
Tracie Sinidol pernah tular sebelum ini apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy.
Gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan.
Dengan bakatnya dalam bidang lakonan, Tracie telah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.
Penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2022 adalah untuk menyerlahkan lagi identiti dirinya sendiri tanpa berselindung di sebalik raut selebriti lain.
Tracie memasang impian untuk berjaya seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang diangkat kerana bakat dan keperibadian yang diminati ramai.
Tahniah dan selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Tracie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang boleh bersukan dan menjadi ahli sukan tetapi tidak ramai atlet yang mmepunyai semangat kesukanan yang tinggi. Tindakan pesilat negara, Siti Shazwana Ajak yang melindungi sambil menutup rambut pihak lawan dari Indonesia wajar dipuji.
Foto: Facebook sytie.onena
Siti Shazwana Ajak yang memenangi pingat perak dari sukan silat di Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam itu telah menunjukkan contoh terbaik.
Foto: Instagram @msn_malaysia_official
Tindakan pantas atlet silat negara menutup rambut pihak lawan dari Inodonesia, Selly Andriani yang tercabut tudungnya ketika sedang beraksi di gelanggang silat telah mencipta momen yang tersendiri.
Pesilat negara itu kelihatan bergegas bangun melindungi kepala atlet Indonesia tersebut dan membolehkan pihak lawan membetulkan semula tudung yang dipakai ketika sedang mengumpul mata kemenangan masing-masing.
Foto: Instagram @msn_malaysia_official
Siti Shazwana bukan sahaja mendapat pujian daripada peminat sukan Malaysia malah turut dihujani pujian daripada pencinta sukan dari negara seberang itu. Semoga semangat kesukanan yang tinggi daripada atlet sukan silat ini terus dicontohi dan diikuti oleh atlet yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!