Wajah jelita Che Puan Juliana Evans pasti mengingatkan peminat ketika awal kemunculannya sebagai pengacara program TV popular, Remaja. Meskipun ketika itu dia baru mencecah usia belasan tahun namun bakat Che Puan Juliana di samping rakan pengacara, Aidid Marcello masih segar di ingatan penonton.

Biarpun tidak lagi selincah dulu untuk mengendalikan program-program di kaca televisyen kerana memberi tumpuan kepada keluarga namun isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini menerima tawaran pengacaraan sekiranya bersesuaian dengan minat dan dirinya.

Artikel https://www.nona.my/cucu-billionaire-arianna-kyla-buah-hati-chryseis-tan-genap-usia-5-tahun-bakal-dapat-adik-lagi/

Che Puan Juliana Evans Rai Birthday

Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga!

Tanggal 5 Julai lepas genap 36 tahun usia jelitawan ini. Sempena ulang tahun kelahiran, Che Puan Juliana memuat naik gambar terkini. Paling mencuri tumpuan, rupa paras selebriti ini yang masih kelihatan muda remaja walau hakikatnya sudah pun bergelar ibu dua cahaya mata.

Ads

Kongsi Che Puan Juliana, “Cake, candles, and lots of smiles.”

Malah dia turut menyertakan hashtag ‘Sweet16’ dan ‘Teenmum’!

Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga!

Ads

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Putri.

Che Puan Juliana Evans Bahagia

Menerusi salah satu posting Che Puan Juliana sebelum ini, pengasas Jevans Jewelry berkenaaan menzahirkan rasa syukur dikurniakan dua anak dan status seorang ibu menjadikannya lebih matang dan kuat.

Ads

Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga! Kejelitaan Che Puan Juliana Evans, Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-36 & Bahagia Di Sisi Keluarga!

“Becoming a mother makes you realise that you can do almost anything one-handed.

Bersandarkan status anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor, tidak hairanlah kedua-dua permata hati Che Puan Juliana dan Tengku Sharrifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj menjadi tumpuan peminat.

Dua puteri Che Puan Juliana membesar sihat dan ceria. Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah misalnya menginjak usia enam tahun. Sementara Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri berusia dua tahun.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI