Wajah cantik manisnya masih seperti dulu sewaktu menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja 1985/86, edisi pertama yang dijuarai oleh Tengku Anis Tengku Ismail. Wanita tinggi lampai ini dikenali peminat sebagai penyanyi wanita yang memiliki aura tersendiri menerusi suara serak-serak basah yang menjadi identitinya.

IKLAN
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
1997. Arwah masih di dalam kerajaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida

Walau kini Sharifah Sheril Aida Syed Kechik sudah menjangkau usia 52 tahun namun kejelitaannya masih memukau pandangan. Sambil tertawa kecil bila ditanya tentang rahsia kecantikannya, jawab ibu saudara kepada pelakon dan pengacara, Scha Alyahya ini, “Saya tak ada petua atau rahsia tertentu, bila dah berusia ni kita kena jaga kesihatan terutama pemakanan.

Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Bersama cucu pertama, Armani Idris, 5 tahun. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Bersama cucu ke-2, Ariana Iman Narcella, 2 tahun. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida

Saya berhati-hati dengan setiap pengambilan pemakanan sebab ayah saya ada diabetes dan ibu pula ada kanser. Jadi saya selalu buat check-up. Senaman yang sesuai dengan usia juga saya amalkan dan kalau ada masalah jangan fikir sangat dan sentiasa berfikiran positif,” ujar adik kepada penyanyi Datuk Seri Syed Sobri yang menghasilkan album pertama, Tiada Arah Tujuan pada tahun 1988.

Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Bersama ibu dan kakak-kakak dan saudara. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Momen indah ketika di London. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida

KELUARGA
Wanita yang mesra disapa Sheril Aida ini walau bagaimanapun telah memperlahankan kerjaya seni selepas berkahwin dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Railey Jeffrey pada 23 Disember 1988 ketika usianya 20 tahun. Akur dengan ketentuan Ilahi, setelah 25 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, akhirnya mereka berpisah secara baik pada 2013.

Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Foto bersama pada bulan Jun 2020. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida

Walaupun sudah tidak mempunyai ikatan suami isteri namun Sheril Aida tetap bersahabat baik dengan bekas suaminya dan turut menjadi saksi ‘pemergian’ Datuk Railey ke negara abadi. “Arwah memang seorang suami dan ayah yang baik serta penyayang. Beliau ‘dijemput’ pun dengan baik apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir betul-betul ketika azan asar sedang berkumandang pada 26 Disember tahun lalu.

IKLAN
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
27 Disember 2020, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida

Memang sejak tahun 1998 Datuk Railey mengidap Parkinson tapi keadaan kesihatannya baik sampailah hari beliau meninggal dunia, mendapat serangan jantung. Saya memang langsung tak sangka itu adalah hari terakhirnya dan masih ingat lagi kata-kata terakhir yang beliau ucapkan kepada saya ialah “Terima kasih” sambil tersenyum.

IKLAN

CUCU
Kehidupan ini perlu diteruskan dan kini Sheril Aida bahagia di samping keempat-empat anaknya, Nur Thania, 32 tahun, Mohd Hazrul Andika, 30 tahun, Nur Puteri, 27 tahun dan Muhammad Hafiz, 24 tahun. Seorang masih sudah berkahwin dan tiga lagi masih bujang. Sheril Aida juga kini semakin ceria melayan dua orang cucunya, Armani Idris, 5 tahun dan Ariana Iman Narcella, 2 tahun serta menjaga ibunya Hajah Siti Aminah Jusoh.

Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Bersama empat cahaya mata, My Precious. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Hari raya 2021. Pertama kali beraya tanpa Arwah bersama. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Santai bersama anak-anak dan cucu di ruang dapur harian. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida
Kekal Cantik Usia 52, SHERIL AIDA Bahagia Di Samping 4 Anak & 2 Cucu
Bersama ibu, Hajah Siti Aminah Jusoh. Foto: Koleksi Peribadi Sharifah Sheril Aida

Sheril Aida pernah menguruskan sebuah syarikat produksi miliknya, DiMuara Pictures yang menghasilkan program untuk televisyen selama sembilan tahun. Namun, operasi syarikat produksi ini terpaksa dihentikan dan kini Sheril Aida mahu menumpukan perhatian dengan mendalami ilmu agama.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI