Aktres cantik Bollywood ini sememangnya dikagumi kerana memiliki kecantikan asli dan kekal awet muda di usia 72 tahun. Hema Malini bukan calang-calang pelakon dan populariti yang diraihnya tidak tergugat kerana personalitinya sangat menawan. Ramai wanita menjadikan aktres ini sebagai idola.

IKLAN
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini

Rahsia kecantikan yang diamalkan oleh Hema Malini sperti yang dilaporkan oleh stylecraze;

Minum air kosong – Rahsia kulit Hema Malini berseri adalah dengan minum air kosong dengan jumlah yang agak banyak. Air boleh membantu membuang segala toksin dalam badan dan membantu kulit terhidrasi.

Menari – Pelakon Bollywood memang terkenal dengan seni tariannya. Kalau tak pandai berlakon sukar nak memegang watak heroin. Hema Malini merupakan trained classical dancer dan menari merupakan salah satu senaman yang dilakukan oleh pelakon ini selain melakukan aktiviti berbasikal dan yoga.

Puasa – Kehebatan berpuasa memang telah diperakui sehingga wujudnya pola diet yang digelar Intermittent Fasting. Hema Malini juga berpuasa sebagai salah satu rutin dietnya. Pelakon yang lahir pada 16 Oktober 1948 ini akan berpuasa dua kali seminggu.

Makan Malam Awal – Pelakon yang fasih bertutur bahasa Tamil ini akan mengambil hidangan makan malamnya selewat-lewatnya pukul 8.00 malam. Ibu kepada pelakon Esha Deol ini hanya mengambil hidangan yang hadam sebagai makan malamnya. Lagi satu, Hema Malini kurang mengambil hidangan berminyak dan pedas dalam makananya.

Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini

Kehidupan peribadinya pula, ramai yang mengetahui usia perkahwinan aktres ini sudah lebih empat dekad. Hema Malini jatuh cinta dengan suaminya walaupun tahu seniman terkenal Bollywood, Dharmendra itu sudah bekeluarga.

IKLAN
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini

Hema Malini dalam wawancara bersama media India menceritakan perjalanan menempuh gerbang perkahwinannya bukan sesuatu yang indah. Ini kerana hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan hebat daripada ibu bapa wanita ini yang tidak mahu anak mereka berkahwin dengan suami orang. Namun, akhirnya pelakon ini dapat memujuk kedua ibu bapanya.

Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini

Masalah lain pula timbul apabila isteri Dharmendra pula enggan diceraikan. Kerana tiada pilihan, Dharmendra memilih untuk memeluk agama Islam bagi membolehkannya berpoligami. Perkahwinan pasangan itu berlangsung sangat tertutup seperti mana yang sering dibayangkan Hema Malini.

IKLAN
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @imeshadeol
Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini

Dharmendra merupakan suami kepada Prakash Kaur dan mempunyai empat orang anak melalui perkahwinan pertamanya, Sunny Doel, Bobby Doel, Ajeeta dan Vijeta. Perkahwinan kedua bersama Hema Malini mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Esha Deol and Ahana Deol.

Kekal Cantik Usia 72, Kisah Cinta Epik HEMA MALINI & DHARMENDRA Umpama Filem
Foto: Instagram @dreamgirlhemamalini

Hema dan Dharmendra merupakan pasangan pelakon legenda India yang sangat masyhur pada tahun 1970-an dan pernah sama-sama membintangi filem box-office seperti Sholay, Seeta Aur Geeta, Dillagi dan Dream Girl.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI