Menjadi seorang selebriti sudah menjadi lumrah apabila setiap pergerakan dan penampilannya menjadi bualan peminat. Erra Fazira merupakan salah seorang selebriti yang tidak pernah canggung dalam pemilihan fesyen dan sentiasa tampil memukau.

IKLAN

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen

“Penampilan saya memang jauh berbeza jika saya sedang bekerja. Sebelum keluar rumah untuk melaksanakan tugas saya akan explore dan research penampilan yang bersesuaian dengan acara yang akan saya hadiri.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira, kredit @blackpepperproduction

Mungkin pada pandangan orang lain, ketinggian saya merupakan suatu bonus untuk menggayakan apa sahaja. Tetapi, pandangan tersebut sebenarnya melesat daripada realiti yang sebenar.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira

Sebenarnya sebagai wanita kita tahu di mana kelebihan dan kekurangan diri. Penampilan yang sempurna akan tercipta apabila kita bijak menyembunyikan kekurangan diri dan enhance apa yang cantik.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira, kredit @blackpepperproduction

Bagi saya sendiri lebih selesa menggayakan fesyen yang selamat dan elak menggayakan fesyen yang keterlaluan serta percaya dengan diri sendiri. Saya juga banyak bertanya dengan orang yang lebih arif tentang fesyen. Tip yang diberikan oleh mereka sangat berguna dan perlu dipraktikkan oleh setiap wanita lebih-lebih lagi selebriti.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen

Melihat perkembangan fesyen kini begitu impresif terutama fesyen buat wanita yang berhijab seperti saya. Perkembangan dunia fesyen berhijab bukan sahaja berkembang pesat di dalam negara malah ke peringkat global.

IKLAN

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen

Jika dahulu fesyen Muslimah kelihatan seumpama ‘makcik-makcik’ tetapi kini lebih stylo namun masih mengikut tuntutan syarak. Malah perkembangan sihat ini sudah merebak sehingga ke peringkat jenama terkenal dunia mempersembahkan fesyen berhijab ini,” jelas Erra Fazira.

IKLAN
Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira, kredit @blackpepperproduction

Siapa sangka ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini rupanya seorang ibu yang tegas. “Saya boleh dikategorikan seorang ibu yang garang. Tapi garang saya bukan tidak kena pada tempat. Jika Aleesya membuat salah saya tegur dan berterus-terang tentang kesalahan yang dilakukannya.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira

Sebagai ibu zaman moden ini, kita perlu berterus terang dengan anak-anak agar mereka tidak membelakangkan kita atau melakukan sesuatu di luar pengetahuan ibu dan bapa,” tutur Erra Fazira.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira

Pelakon utama filem Sembilu ini kelihatan sangat rapat dengan puteri sulungnya ini. “As much as possible saya akan habiskan masa, berdua bersama Aleesya dalam masa dua hari dua malam dalam seminggu.

Kekal Menawan Di Usia 46 Tahun Erra Fazira Kongsi Tip Tak Canggung Dalam Fesyen
Foto: Instagram @errafazira

Agak mencabar juga dalam masa yang begitu terhad saya melakukan pelbagai aktiviti bersama dan dalam masa yang sama mendidik Aleeysa menjadi manusia yang berguna suatu hari kelak. Saya menerapkan elemen keseimbangan dalam mendidik Aleesya dengan memberi pendidikan akademik dan juga agama,” kata Erra Fazira.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI