Bercuti ibarat satu terapi yang sangat bernilai. Masa yang dihabiskan bukan saja menjadi kenangan terindah, malah menyegarkan emosi serta merehatkan fikiran yang berserabut.

Sempena bulan kasih sayang ini, bagaimana jika kita teroka makna cinta dalam bentuk percutian yang semestinya lebih manis dan menenangkan. Tak perlu berjalan jauh, cukup untuk ketahui 6 perkara ini yang pasti membuat anda kemaruk cinta dengan negara sendiri.

IKLAN

(1) Makan setiap masa

Negara kita adalah syurga kulinari yang mempamerkan pelbagai cita rasa dan makanan istimewa semua etnik. Untuk pengalaman yang luar biasa, terokailah ibu negeri Pulau Pinang, Georgetown, di mana gerai makanan di jalanan menjadi tarikan utama penduduk tempatan serta pelancong asing.

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia
Foto: Jeff Samaniego
Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia
Seven Terraces, Georgetown

Cadangan: Daftar masuk ke Seven Terraces Hotel, sebuah hotel yang diubah suai daripada deretan rumah Anglo-Cina yang dibina pada kurun ke-19 dan kini dihiasi dengan perabot Peranakan Cina yang mewah. Hotel ini terletak berhampiran Jalan Chulia yang terkenal dengan gerai-gerai makanan tempatan yang menarik.

(2) Destinasi peminat durian

Dengan aroma yang kuat serta rasanya yang unik, ‘Raja Buah-Buahan’ ini memang menjadi kegemaran ramai. Di antara varian popular ialah Musang King, D24 dan XO yang mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat tempatan dan luar negara.

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia
Casabrina Vacation Villas, Raub

Cadangan: Kembaralah ke bandar Raub, Pahang pada musim durian yang bermula dari bulan Jun sehingga Ogos. Jadikan Casabrina Vacation Villas, sebuah villa yang dikelilingi rimbunan pokok-pokok menghijau sebagai lokasi penginapan anda. Selain menikmati buah durian yang terbaik, anda juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini seperti berakit arus deras dan jungle trekking dalam misi mencari bunga rafflesia.

(3) Pusat bakat tempatan

Antara nama anak seni yang berjaya di Hollywood adalah Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh dan pengasas kasut mewah, Datuk Jimmy Choo. Kedua-duanya berasal dari Ipoh, Perak.

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia
Rumah Inap Octagon

Cadangan: Bandar raya Ipoh adalah sebuah lokasi percutian yang unik dan wajib diterokai. Kunjungilah Homestay Ipoh – Octogon untuk percutian hujung minggu bagi menikmati aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di bandar raya ini.

(4) Bahasa menghubungkan bangsa

Kepada pelancong asing, bahasa rojak mungkin terdengar mengelirukan. Hanya di Malaysia saja kita dapat mendengar empat jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil serta Inggeris di dalam satu ayat. Uniknya, bahasa campuran ini dapat difahami oleh majoriti rakyat tempatan, dan seterusnya menjadi lambang perpaduan kaum di Malaysia.

IKLAN

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia
The Kuala Lumpur Journal Hotel

Cadangan: Alami sendiri penggunaan bahasa rojak sambil menikmati hidangan tempatan yang enak di sini. Bermalamlah di Kuala Lumpur Journal Hotel yang tidak jauh dari tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di Kuala Lumpur.

(5) Kirim surat dari dasar laut

Di Malaysia, walau ke hujung dunia, atau ke dasar laut, anda masih boleh mengirim sepucuk surat kepada yang tersayang! Terdapat bukan satu, malah dua peti surat yang berfungsi di dasar laut untuk anda kirimkan surat atau poskad kepada sesiapa sahaja di serata dunia.

Salah satunya terletak di Pulau Mataking, permata Laut Sulawesi di pinggiran pantai timur Sabah. Terkenal di kalangan penyelam dan pelancong, pulau ini adalah tempat pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat ‘Pejabat Pos Di Dasar Laut’ yang juga dikenali sebagai ‘Pos Kapal Karam’.

IKLAN

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia

Cadangan: Menginaplah di the Reef Dive Resort, sebuah tempat peranginan indah yang tersembunyi. Ia juga adalah pintu masuk ke alam bawah laut yang mengagumkan. Hantarkanlah surat bawah laut pertama anda dari sini!

(6) Beristirahat di tanah tinggi

Dengan ketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu adalah salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan Malaysia. Pendakian ke puncak biasanya mengambil masa dua hari satu malam. Segala penat lelah semasa pendakian pasti akan hilang tatkala menyaksikan matahari terbit di puncak gunung!

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia

Kemaruk Dengan Percutian, 6 Perkara Ini Pasti Buat Anda ‘Angau Melancong’ Dalam Malaysia
Spring Garden Kundasang

Cadangan: Menginaplah di Spring Garden Villa di Kundasang, di mana anda boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Villa ini juga terletak tidak jauh dari Taman UNESCO Kinabalu yang menjadi habitat kepada sehimpunan besar flora dan fauna.

Lain orang, lain pilihan penginapannya. Tapi cara terbaik untuk menempah penginapan di tempat percutian ini adalah menggunakan platform digital seperti AGODA. Ia memberikan akses mudah kepada kita untuk memilih penginapan sama ada jenis hotel mewah, hotel kos rendah, pangsapuri, kediaman atau villa yang bersesuaian dengan bajet atau keperluan kita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI