Jenama kereta terkenal asal Jerman ini telah mengadakan acara ‘brand drive’ yang membawa tema ‘tenang di bawah tekanan’ khusus untuk para wartawan yang memfokuskan penulisan gaya hidup. Acara yang berlangsung selama dua hari satu malam ini bermula di Bangsar, Kuala Lumpur yang mana para wartawan diberi peluang memandu beberapa jenis model jenama Volkswagen menuju ke Mangala Resort & Spa yang terletak di Gambang, Pahang.

IKLAN

Sejujurnya ini merupakan kali pertama penulis memandu kereta jenama ini dan ternyata ia sangat efisien khusus untuk anda yang mahu pemanduan selesa. Sistem penukaran gear automatiknya juga sangat senyap dan lancar menjadikan pemanduan cukup menenangkan. Antara kereta-kereta model Volkswagen yang pernulis cuba seperti Jetta yang cukup berkuasa, Beetle yang ikonik, Passat yang elegan, Tiguan yang mencabar dan Vento yang mengujakan.

Antara Model Volkswagen Yang Penulis Cuba

Menarik tentang kereta jenama ini, sistem keselamatan yang diterapkan sangat tinggi bagi memastikan keselamatan walau dalam apa juga kecemasan yang berlaku. Ini dibuktikan menerusi uji pandu brek kecemasan dengan ABS yang menyentak adenalin pemandu. Walaupun memandu dalam kelajuan yang tinggi apabila brek kecemasan dipijak kereta masih kekal teguh. Bagi pembaca Nona, kereta Volkswagen cukup mesra wanita dan apa yang penting ia punya rekaan yang cukup elegen melambangkan personaliti anda disamping sistem keselamatan yang tinggi.

AKTIVITI DI MANGALA

Setibanya di Mangala Resort & Spa mata terus girang dengan hamparan kehijauan yang sangat saujana. Masa kami di sini dipenuhi dengan aktiviti yoga yang menenangkan minda dan menyihatkan tubuh badan. Terdapat tiga sesi secara keseluruhan, namun yang paling penulis suka adalah kelas Yin Yoga yang mana kami hanya perlu menumpukan perhatian terhadap minda tanpa apa-apa pergerakan. Bertemankan hamparan ribuan bintang dan bulan serta muzik melankolik yang mendamaikan ia seolah-olah membuai jiwa dan memberikan satu ketenangan secara spiritual dan juga fizikal.

IKLAN

 

 

IKLAN