Seorang ibu mempunyai posisi yang sangat istimewa dalam jiwa malaikat kecilnya. Sifat kelembutan, belaian kasih sayang dan teguran nasihat si ibu pasti tertanam di sanubari, walau anak-anaknya sudah meningkat dewasa.

IKLAN

Menyedari betapa besarnya pengaruh ibu, atau emak, mama, mommy, ummi, amma atau apa saja panggilan untuk wanita yang melahirkan kita ini, sebuah kempen nasional dinamakan Mak Kata Jangan telah dilancarkan oleh #RasuahBusters.

“Buat saya dan mungkin ramai di antara kita juga, mak adalah seorang wanita istimewa di hati kita. Mereka menyayangi kita tanpa syarat. Setelah kita dewasa dan mampu berdiri sendiri, kasih sayangnya tidak pernah pudar.

Dia akan terus menyokong dan mengawasi kita hingga akhir hayat. Mak akan ada di kala senang mahupun sedih. Mak jugalah yang akan membantu kita saat kita jatuh. Di sebalik diamnya, ada doa yang tersimpan untuk kita.

Pesannya kepada anak untuk jauhi keburukan, dekati kebaikan adalah tanda kasih sayangnya yang melaut kepadamu. Pesannya untuk ‘jangan itu dan jangan ini’ adalah peringatan keramat buat seorang anak.

 

Kerap kali ada perkataan dan nasihat mak untukmu. Hanya untuk anaknya tersayang, belahan jiwanya. Jadilah anak yang berbakti dengan mendengar kata-kata dari Mak,” kata Ketua Pasukan #RasuahBusters Central Team KL, Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub.

#RasuahBusters

IKLAN

Tambah beliau lagi, kempen Mak Kata Jangan patut dijadikan budaya dalam mencegah diri kita dari mengambil atau memberi rasuah.

Sebaik berdepan dengan peluang dan kemungkinan melakukan salah laku rasuah, ingatkan diri kita bahawa Mak Kata Jangan. Bukan sekadar itu, Mak Kata Jangan juga boleh menjadi peringatan kita kepada orang lain sekiranya mereka pula ditawarkan dengan rasuah.

Kempen ‘Mak Kata Jangan’ Semai Peribadi Jujur, Tolak Rasuah

IKLAN

 

Bantu-Membantu

Jemput keluarga dan sahabat anda untuk bertindak mengikut cara-cara ini.

  • Viralkan seluas dan sebanyak mungkin 3 video dan semua bahan kempen yang anda perolehi.
  • Hasilkan karya anda sendiri sama ada video, poster, memes dan apa saja mengikut kreativiti anda menggunakan slogan kempen Mak Kata Jangan. Dapatkan bahan-bahan tersebut di www.MakKataJangan.com atau www.rasuahbusters.com.
  • Gunakan tanda pagar #RasuahBusters dan #MakKataJangan.

Ayuh sama-sama menjadi sebahagian komuniti dihormati dengan menjayakan #RasuahBusters. Kita sebar dan promosikan video atau apa saja bentuk material sokongan kepada seberapa ramai yang boleh demi mewujudkan sebuah rantaian yang akan memberikan impak kepada pembasmian rasuah di negara ini!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI