Jodoh tak pernah salah alamat. Ada yang kenal bertahun-tahun tapi tak ada jodoh. Ada yang kenal sekelip mata, tup tup terima kad undangan perkahwinan. Itu pasal jodoh adalah rahsia Allah SWT.

IKLAN

Mengatur pertemuan dengan pasangan sama cantik sama padan ini suatu ketika dahulu teruja dengar cerita perkenalan di antara Datin Balqish Husni dan suaminya, pemilik kepada produk V’Asia Cosmetic & Healthcare, Datuk Dr Azril Mohd Radzi.

Foto: Instagram @balqish_hussni
Foto: Koleksi Majalah Nona

Siapa sangka perkenalan yang singkat dan seterusnya mengikat ikatan yang sah serta kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Sarra Ayesha dan Umar Mateen.

“Sebenarnya perkahwinan saya dengan Datuk berlaku dalam masa yang begitu pantas. Kami mula berkenalan selama enam bulan kemudian terus bertunang. Hanya mengambil masa lima bulan bertunang dan terus sepakat mendirikan rumah tangga bersama.

Foto: Instagram @balqish_hussni
Foto: Instagram @balqish_hussni

Perkenalan kami juga berlangsung secara tidak sengaja. Semuanya berlaku apabila Datuk telah diundang untuk menjadi juri dalam pertandingan program realiti televisyen Pencarian Nona Manis 2015.

Secara jujurnya saya memang tidak kenal siapa Datuk ketika itu, walaupun produknya sudah terkenal di seluruh Malaysia. Selepas dirisik dengan krew produksi dan sebagainya baharu saya mengenali siapakah gerangannya,” bicara Datin Balqish mengimbau kenangan manis detik pertemuan bersama suami tercinta.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @balqish_hussni

Menamatkan zaman gadis dalam usia yang begitu muda mungkin perkara biasa tetapi apabila memiliki status sebagai seorang Datin dalam usia yang begitu muda agak luar biasa.

“Memang benar saya berkahwin dalam usia yang agak muda, ketika itu baharu sahaja berumur 22 tahun. Perkahwinan ini secara tidak langsung ‘memaksa’ saya untuk bergelar Datin.

Foto: Instagram @balqish_hussni
Foto: Instagram @balqish_hussni

Memang ramai yang bertanya soalan bagaimana perasaan bergelar Datin dalam usia yang begitu muda. Bagi saya, saya masih seperti orang yang sama sedikit pun tidak berubah seperti sebelum mendirikan rumah tangga.

IKLAN

Hanya ketika berada dalam majlis formal sahaja saya menggunakan status tersebut selebihnya saya hanya orang biasa sahaja,” ungkap Datin Balqish merendah diri.

Foto: Instagram @balqish_hussni
Foto: Instagram @balqish_hussni

Memiliki suami yang sudah mempunyai tapak kukuh dalam perniagaan bukan tiket untuk Datin Balqish duduk goyang kaki. Walaupun wajar berbuat demikian tetapi wanita ini tetap mahu membina empayar perniagaan sendiri.

“Buat masa ini saya ingin mengembangkan lagi perniagaan atas talian yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi.

IKLAN

Alhamdulillah perjalanan perniagaan saya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Suami saya paling banyak membantu dari segi strategi pemasaran, perancangan, pengurusan kewangan dan sebagainya,” jelasnya.

Foto: Instagram @balqish_hussni
Foto: Instagram @balqish_hussni

Memiliki rupa paras persis gadis Arab merupakan bonus buat wanita yang murah dengan senyuman ini. Apakah rutin kecantikan yang sering diamalkan oleh Datin Balqish?

“Sama seperti kebanyakan wanita lain, rutin kecantikan yang saya amalkan adalah membersihkan wajah, sapu penyegar dan juga pelembap.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Saya cuci wajah dua kali sehari dan sapu bedak jika perlu kerana lebih suka tampil natural. Saya jarang bersolek, namun apabila bersolek saya akan pastikan selepas bersolek mesti mencuci dengan bersih.

Dan jika tiada apa yang perlu untuk disolekkan saya lebih senang dengan memakai krim tabir suria dan pelembap sahaja. Tiga produk kecantikan yang wajib ada di dalam beg tangan saya adalah cecair pembasmi kuman, lipstik dan bedak kompak,” ujar Datin Balqish sambil tersenyum.