AMYRA ROSLI

Hati ibu bapa mana yang tidak tersentuh apabila menerima kejutan hadiah daripada anak tersayang. Apatah lagi pemberian tersebut mencecah sehingga belasan ribu ringgit! Sejuk perut Noor Zaridah Ahmad yang mengandungkan anak kenang jasa seperti selebriti cantik Amyra Rosli ini.

IKLAN

Berkongsi momen indah tersebut di laman Instagram, Amyra atau nama penuhnya Nur Amirah Izzati Rosli memuatnaik video kejutan istimewa yang dilakukan untuk kedua-dua ibu bapa tersayang baru-baru ini. Memang sweet habis! Bukan ibu bapa Amyra je yang menangis terharu… peminat pun turut menangis gembira.

Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit! Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit! Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit! Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit!

Ujar Amyra, “May Allah make us obedient to our parents, may he grant them good health, true happiness. May He forgive all their sins, protect & preserve them in this world and the next. May He raise their status in the hereafter. May He make them among those who will enter Jannah without any accounting.

May He grant them relief in the grave and may He grant them shade in His mercy on the Day of Judgement. May He have mercy on them as they had mercy on me when I was small. Ameen. Hope mama & ayah will love this Ogawa Smart Jazz. Enjoy!!”

https://www.instagram.com/p/CFcAuwwnH6b/

IKLAN

Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit! Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit! Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit! Kenang Jasa Ibu Ayah, AMYRA ROSLI Hadiahkan Kerusi Urut Belasan Ribu Ringgit!

IKLAN

Difahamkan harga bagi sebuah kerusi urut berteknologi tinggi Ogawa Smart Jazz yang dihadiahkan Amyra kepada ibu bapa tersayang mencecah RM12,999! Meskipun mahal tapi sebagai anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, tidak akan terbalas segala pengorbanan insan teristimewa berkenaan dengan pemberian apa bentuk hadiah sekali pun.

Tumpang gembira dengan kejayaan Amyra Rosli dalam kerjaya seninya hari ini dan mampu membahagiakan dua insan tersayang ini. Semoga rezeki ibu dua anak ini terus melimpah ruah dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup selama hampir empat tahun, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi berusia tiga tahun dan anak perempuan Ayra Aryssa, tujuh bulan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI