Ketika daun pintu utama dibuka kami disambut oleh pemiliknya yang jelita, Datin Lelawati Raffik Affendi. Dikepung suasana damai nan menghijau serta jauh dari hiruk pikuk kota menjadikan lokasi kediaman ini cukup privasi.

Menerapkan konsep tropika Bali moden hasil idea pemilik kediaman dan pereka hiasan dalaman terkenal, Laurea Home Furnishing menangkap pandangan.

IKLAN

Ruang tamu utama yang menjadi medan pertemuan turut menempatkan ruang makan dan dapur elegan di sudut bersebelahan.

“Kerana Sangat Menyenangi Bali, Saya Bawa Aura & Atmosferanya Ke Rumah Ini” – Jom Tinjau Kediaman Ala Tropika Milik Datin Lelawati

Sofa empuk bersama kusyen rona senada menjadi pilihan Datin Lelawati. Bertentangan ruang tamu ditempatkan pasu hiasan bersaiz besar sekaligus memberi keseimbangan pada dekorasi. Meja konsol di ruang makan turut diperindah dengan aksesori perhiasan yang memukau.

“Idea ini tercetus adalah kerana saya dan suami sering ke Bali. Saya sendiri pencinta dekorasi Bali kerana ia memberi aura ketenangan. Saya seimbangkan nuansa Bali bersama elemen moden dan mewah agar ruang kediaman tampak lebih segar serta tidak membosankan.

“Kerana Sangat Menyenangi Bali, Saya Bawa Aura & Atmosferanya Ke Rumah Ini” – Jom Tinjau Kediaman Ala Tropika Milik Datin Lelawati

Dinding berwarna cerah dipilih agar dapat mengimbangi dekorasi Bali yang banyak dimonopoli  oleh elemen kayu berwarna gelap. Begitu juga dengan fabrik langsir yang menerapkan kombinasi warna seimbang.

Ruang tamu lebih privasi kerana ia salah satu ruang pilihan kami sekeluarga,” kongsi isteri kepada Dato’ Shahrul Amirul berusia 39 tahun ini.

Selain ruang tamu, patio garden turut menjadi ruang kegemaran Datin Lelawati yang dijadikan sebagai tempat untuk menenangkan fikiran dan mencari ilham. Datin Lelawati yang bekerja dari rumah banyak menghabiskan waktu di bilik tetamu.

IKLAN

“Kerana Sangat Menyenangi Bali, Saya Bawa Aura & Atmosferanya Ke Rumah Ini” – Jom Tinjau Kediaman Ala Tropika Milik Datin Lelawati

“Impian Datin Lelawati untuk melihat kediamannya cantik, mewah dan glamor bersesuaian dengan cita rasanya yang tinggi. Asalnya kediaman ini kosong sahaja.

Saya transformasikan secara total termasuk meletakkan barangan yang ditempah khas seperti sofa, meja makan, kerusi dan karpet.

Kami turut menukar dan menambah lampu, kertas dinding serta langsir. Sebuah kabinet moden dibina di ruang dapur berkonsepkan mewah dengan sentuhan tropika,” kongsi Siti Hawa pemikik Laurea Home Furnishing. Nuansa gelap menyerlahkan pesona elegan pada ruang ini yang turut memuatkan sebuah kaunter pulau di bahagian tengah.

IKLAN

Set meja makan bersaiz dempak disimbah pula cahaya redup chandelier menambahkan keseimbangan idea. Turut disediakan sebuah bilik tamu yang dihias kemas dengan perincian sempurna di bahagian dinding bercirikan tropika Bali moden.

Bilik tidur utama menerapkan konsep moden seperti pemilihan perabot dan hiasan. Begitu juga dengan kertas dinding dan paduan warna pada segenap ruang. Sebuah bilik bacaan atau perpustakaan mini turut disediakan di tingkat dua. Amy Mohd

“Kerana Sangat Menyenangi Bali, Saya Bawa Aura & Atmosferanya Ke Rumah Ini” – Jom Tinjau Kediaman Ala Tropika Milik Datin Lelawati

“Kerana Sangat Menyenangi Bali, Saya Bawa Aura & Atmosferanya Ke Rumah Ini” – Jom Tinjau Kediaman Ala Tropika Milik Datin Lelawati

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI