Siren kecemasan sudah berbunyi. Tajam dan nyaring raungannya apabila statistik COVID-19 hari ini, mencatat rekod tertinggi.

Sepanjang meniti PKP 3.0 yang berkuat kuasa dari 12 Mei lepas (sebahagiannya bermula lebih awal – 6 Mei), kes COVID-19 tidak langsung menunjukkan penurunan sebaliknya terus melonjak naik.

IKLAN

Menurut KKM, Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes.

Ini diikuti Johor; 699 kes, Kuala Lumpur; 660 kes, Kelantan ; 441 kes, dan Sarawak; 323 kes.

Kes COVID-19 Pecah Rekod, Hari Ini Cecah 6,075 Seperti Yang Pernah Diramalkan
Sejarah tercatat dengan 6,075 kes baharu

 

Bagi yang cakna perkembangan semasa, kenaikan ini sebenarnya selari dengan ramalan awal KKM.

Berdasarkan statistik, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menjangka gelombang ketiga pandemik ini bakal mendadak pada penghujung Mei dan meruncing hingga bulan depan.

Ramalan itu malangnya… tepat.

Kes COVID-19 Pecah Rekod, Hari Ini Cecah 6,075 Seperti Yang Pernah Diramalkan
Kes di Malaysia meniti garis merah

 

KELESUAN

Peningkatan jumlah kes disebabkan kombinasi pelbagai faktor termasuk ujian saringan agresif selain kehadiran varian baharu yang menyebabkan kadar jangkitan amat cepat serta mudah tersebar.

Majoriti rakyat, tanpa mengira bangsa dan perbezaan politik kini mendesak kerajaan melaksanakan total lockdown seperti PKP 1.0 bagi mengekang kes menular dengan lebih serius.

Meskipun terpaksa akur berdepan risiko ekonomi terjejas, tapi ramai yang lebih sanggup bersabar daripada melihat wabak berterusan tanpa tanda-tanda hentinya.

Namun agak mengecewakan apabila kerajaan negeri Selangor seperti mengambil mudah perkara di atas.

Meskipun menjadi negeri paling popular dengan kes COVID-19, pihak atasan lebih bimbangkan kerugian RM600 juta sehari jika total lockdown dilaksanakan, kerana Selangor adalah penyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terbesar negara.

IKLAN

Tapi bukankah di antara ekonomi dan kesihatan rakyat, pihak berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) seharusnya memilih nyawa manusia untuk diutamakan?

Kes COVID-19 Pecah Rekod, Hari Ini Cecah 6,075 Seperti Yang Pernah Diramalkan

 

Kes COVID-19 Pecah Rekod, Hari Ini Cecah 6,075 Seperti Yang Pernah Diramalkan

 

Kes COVID-19 Pecah Rekod, Hari Ini Cecah 6,075 Seperti Yang Pernah Diramalkan

IKLAN

 

Lagi-lagi dengan peningkatan kes mencecah 50,000 kes aktif dan kematian mencapai 50 sehari, sistem perkhidmatan negara kelihatan semakin tertekan apabila 80-90% hospital penuh sesak termasuk wad biasa.

Keadaan di Lembah Klang sangat kritikal. 79% daripada jumlah katil ICU di hospital COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diperuntukkan untuk kes COVID-19. Jumlah kemasukan ICU COVID-19 juga telah meningkat sebanyak 94% berbanding dua minggu yang lalu.

Kes COVID-19 Pecah Rekod, Hari Ini Cecah 6,075 Seperti Yang Pernah Diramalkan

 

Sistem penjagaan kesihatan di Lembah Klang berada di bawah tekanan yang amat besar.

Petugas barisan hadapan sudah penat dan kelesuan.

Bantu kami agar kami masih mampu untuk membantu anda jika dan bila masanya tiba. Duduk di rumah jika anda tidak mempunyai urusan penting di luar dan patuhilah SOP.” Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI