Terpikat dengan kecantikan semula jadi Maya Karin. Sering tampil tanpa sebarang solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri. Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman.
Bapanya, Gottfried Roelcke merupakan kelahiran Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun dan kemudian berhijrah ke Malaysia. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang media dan pemasaran daripada Lim Kok Wing University.
Maya bersama bapanyaMaya di samping ibu & adik
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001. Lakonan mantap Maya mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Ads
Antara babak lakonan terbaharu Maya
Selebriti ini bukan hanya cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan sebuah perniagaan. Selain pernah terbabit dalam bidang hartanah, Maya Karin juga mempunyai bakat semula jadi dalam bidang masakan.
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Ads
Meniti usia 42 tahun, aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan terhadap pembabitannya sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam ini kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai sudut bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum! Malah, Maya turut mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
“Jom bake kek! Me trying baking again after so many years. Antara job pertama saya, kerja kat kedai kek keju when I was 17. I dapat RM4 sejam. That was like ‘woo hoo’, better than the RM3 I earned at the book shop,” kongsi Maya di Instagram miliknya.
Ads
Bagi peminat setia dan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Maya Karin pasti mengetahui betapa personaliti gemar memasak, menjaga pemakanan dan menggemari ulam-ulaman serta sering menyajikan rakan-rakan dengan juadah air tangannya sendiri.
Meskipun Maya seorang wanita yang cantik dan pandai berfesyen tapi dia berjaya membuktikan wanita sepertinya juga tidak kekok berada di dapur.
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke suatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam. Malah, dalam usia 40an Maya masih kekal anggun dan menawan biarpun tanpa solekan tebal di wajah.
Kredit: Instagram Maya Karin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang punya nama besar dalam bidang peragaan dan seorang lagi cukup dikenali sebagai pelakon handalan Hollywood. Meskipun masing-masing tidak seaktif dahulu dalam bidang yang diceburi namun kelibat anak gadis Cindy Crawford mahupun Reese Witherspoon ini dilihat seolah-olah satu ‘legasi’ yang ditinggalkan oleh mereka berdua.
Apatah lagi kedua-dua anak gadis selebriti ini mempunyai wajah yang sangat mirip dengan ibu mereka. Bentuk wajah yang sama, ketinggian, senyuman begitu juga warna rambut. Bak kata orang, macam ‘photostat’ lah!
Cindy Crawford & Kaia Gerber
Bila bergelar anak kepada supermodel terkenal, Cindy Crawford, pastinya setiap penampilan dan gerak-geri Kaia Gerber menjadi buruan lensa paparazi. Peragawati yang pernah popular sekitar tahun 1980an dan 1990an tersebut kini mampu berbangga apabila anak gadisnya yang berusia 18 tahun tersebut mengikut jejak langkah beliau dalam bidang peragaan.
Cindy yang kini meniti usia 53 tahun bagaimana pun kekal ramping dan cantik semula jadi. Demi memastikan bentuk tubuh ideal, supermodel ini aktif menjalani rutin senaman harian.
Bukan calang-calang, Kaia juga telah menandatangani kontrak dengan IMG Models. Wajah sering menghiasi pentas peragaan jenama mewah terkenal dan seperti ibunya, gadis ini nyata memiliki aura luar biasa tatkala berada di atas pentas. Satu yang pasti adalah Kaia mewarisi kecantikan dan susuk tubuh tinggi lampai daripada ibunya!
Reese Witherspoon & Ava Phillippe
Wajah anak dan ibu ini memang seiras! Pendek kata, Ava adalah bayangan Reese ketika zaman mudanya. Mengimbas kembali permulaan karier, Reese mula dikenali sejak membintangi filem Legally Blonde sebagai Elle Woods.
Meskipun Ava belum lagi menceburi bidang lakonan dan seni seperti ibunya, kemunculan Ava di majlis red carpet di samping Reese ternyata mencuri tumpuan ramai. Walau masih belajar namun Ava sudah pun berjinak-jinak dalam dunia peragaan.
Mungkin satu hari nanti gadis berusia 20 tahun ini akan ikut jejak langkah ibunya sebagai bintang filem. Siapa tahu, kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Santan terhasil daripada perahan isi kepala yang berwarna putih. Santan menjadi elemen utama penyedap masakan terutama untuk masakan seperti nasi lemak, gulai lemak cili padi, pulut dan sebagainya.
Namun, sejak dahulu lagi santan juga telah digunakan untuk mencantikkan rambut. Peredaran teknologi kecantikan telah menghasilkan produk kecantikan yang berasaskan santan ini.
Produk kecantikan rambut berasaskan santan telah diusahakan bukan sahaja di dalam negara malah negara barat juga telah mula menghasilkan produk-produk kecantikan berasaskan kelapa ini.
Santan kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, vitamin C dan E, juga zat besi, selenium, kalsium, magnesium dan fosforus. Kandungan ini memberi kesan terbaik untuk rambut.
NUTRSI UNTUK RAMBUT
Menyapu santan di kepala memberi kesan dingin kepada kulit kepala. Segala nutrisi santan disalurkan dari hujung rambut sehingga ke akar. Kandungan lemak dan vitamin dalam santan dapat merangsang pertumbuhan sehingga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan folikel agar rambut lekas panjang serta lebat. Kedua-dua kandungan ini diperlukan oleh kulit kepala untuk memperkuat akar rambut supaya tidak mudah putus.
MENCEGAH BOTAK
Apabila digabungkan dengan bahan organik lain, santan berkuasa untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Urut lembut santan pada rambut dan kulit kepala untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala dan membuka folikel yang boleh disekat dan menyuburkan rambut. Malah santan adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang mengalami keguguran rambut kerana kelemumur.
ATASI RAMBUT KUSUT
Ketika bangun daripada tidur atau selepas bersyampu biasanya rambut berada dalam keadaan kusut dan sukar untuk bersikat. Hakikatnya rambut akan putus atau gugur ketika disikat dalam keadaan kusut. Santan sangat berguna untuk merawat rambut kusut dengan cara yang amat mudah. Sapu sedikit santan ketika menyikat rambut terutama pada bahagian yang kusut. Sikat dengan lembut sehingga rambut terurai rapi.
ELAK RAMBUT KERING
Santan mengandungi protein penting yang diperlukan oleh rambut. Kombinasi santan bersama minyak kelapa dan madu sangat mujarab untuk rambut kering. ramuan ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh rambut yang kering dan menjadi rawatan utama agar mengekalkan rambut panjang terus sihat.
SOLUSI MELEMBAP RAMBUT
Santan mengandungi beberapa lemak baik seperti omega 3 dan omega 6. Lemak ini sangat bermanfaat sebagai pelembap rambut dan kulit kepala. Kulit kepala dan rambut sihat akibat kelembapan yang betul dapat mencegah dan mengatasi masalah kelemumur dan rambut kering. Titiskan santan kelapa dan urut lembut kulit kepala agar menerima segala nutrisi yang diperlukan oleh rambut.
SINGKIR KELEMUMUR
Kelemumur biasanya berlaku kerana pengelupasan kulit kepala yang dirangsang kerana bakteria atau ketidakseimbangan pH. Santan dapat memberikan sensasi dingin pada kulit kepala. pH santan hampir dengan pH kulit kepala sehingga boleh mengembalikan keseimbangan pH di kulit kepala yang terganggu akibat pencemaran bahan kimia dalam produk perawatan rambut. Apabila santan diadun dengan jus nanas dan air kelapa menjadi magis dalam perawatan menyingkirkan kelemumur pada kulit kepala.
PERAPI SEMULA JADI
Santan kelapa adakan perapi semula jadi untuk rambut kering dan bercabang. Santan kaya dengan karbohidrat, mineral dan vitamin yang boleh membantu memperkuat rambut sehingga tidak mudah putus. Komponen ini membuat rambut menikmati nutrisi yang mencukupi, antipenuaan dan mudah putus. Kandungan antioksida, antivirus dan antibakteria pada santan membebaskan rambut daripada fungus, virus atau bakteria yang menjadi punca gangguan rambut seperti rambut bercabang, kering, gugur dan kutu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan heroin filem epik tersohor, Titanic yang telah melonjakkan nama Kate Winslet antara artis wanita popular pada era tersebut. Walaupun dah jarang kita melihat artis jelita ini di layar filem namun ibu kepada 3 anak ini tetap kelihatan mempesona walaupun kini usianya menjangkau 40an.
Ternyata, Kate Winslet masih tampak awet muda serta langsing. Sebenarnya, Kate Winslet seorang yang begitu menitikberatkan soal penjagaan wajah dan tubuh khususnya dalaman. Jom semak apa rahsia Kate Winslet.
Untuk wajah, Kate Winslet mengamalkan satu diet khusus untuk wajah agar kesegaran wajahnya kekal terpancar. Diet ini dilakukan 2 hari secara konsisten bagi membuang racun dari wajah. Salah satu caranya, Kate Winslet mengamalkan meminum segelas jus limau yang dicampur lemon, kiwi dan raspberry.
Untuk tubuh langsing dan ideal, Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Kate Winslet turut menasihatkan agar setiap wanita mencintai tubuh masing-masing walau apa pun keadaannya.
Kate Winslet juga sering tampil dengan solekan sederhana dan natural. Setiap kali muncul di acara-acara tertentu, Kate Winslet berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin agar kulitnya dapat bernafas dengan baik. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja.
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan oleh Kate Winslet mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.
Kredit Foto: Instagram kate.winslet.official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...