Ads

“Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah

Anak Reda Pemergian Allahyarham Cik Man
Anak Reda Pemergian Allahyarham Cik Man

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT dan sudah pun tertulis di Luh Mahfuz. Industri seni tanah air pada 5 Ogos lalu kehilangan seorang bintang berbakat besar dikenali sebagai Cik Man yang telah lama mewarnai dunia hiburan sejak 40 tahun lepas.  

Cik Man Meninggal Dunia

“Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah “Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah “Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah

Pemergian Cik Man atau nama penuhnya Kamarozaman Yusoff nyata mengejutkan penggiat seni negara terutama dalam kalangan peminat. Apatah lagi, Allahyarham masih aktif memenuhi undangan seni dan tiada masalah kesihatan serius yang dilaporkan mengenainya kebelakangan ini.  

Namun takdir Tuhan, Cik Man dijemput ke pangkuan ilahi pada usia 68 tahun selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanah Merah, Kelantan. Berita pemergian Allahyarham disahkan anak keduanya iaitu Fakhrol Aliff.  

Jenazah Allahyarham Cik Man selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual, Petai Lama, Tanah Merah, Kelantan pada 6 Ogos.  

Anak Allahyarham Cik Man Reda Pemergian Bapa

Usai upacara pengebumian, anak sulung Allahyarham iaitu Nurul Najihah menerusi media sosial miliknya menzahirkan rasa syukur segala urusan berjalan dengan baik dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan serta membantu arwah bapa tersayang selama ini.  

Ads

Artikel https://www.nona.my/genggam-ijazah-tamat-latihan-kor-sukarelawan-kejayaan-anak-pelakon-cik-man-cetus-inspirasi/

“Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah “Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah “Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah

Titipnya, “Alhamdulillah selesai sudah urusan abah di dunia. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  

Terima kaish kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan juga peminat abah yang mendoakan abah. Terima kasih juga yang mana banyak membantu kami sekeluarga dari hospital sampailah ke kubur.  

Ads

Saya mewakili abah memohon maaf sekiranya arwah ada tersilap kata terkasar bahasa. Akhir kata, kita jumpa di syurga.”  

Sebelum ini, Allahyarham yang terkenal menerusi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja dilaporkan mengalami masalah saluran jantung tersumbat.  

Menurut satu-satunya anak lelaki arwah iaitu Fakhrol, bapanya sempat mengadu sakit perut beberapa hari sebelum ditidurkan.  

Ads

“Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah “Kita Jumpa Di Syurga”, Nurul Najihah Reda Pemergian Bapa Tersayang & Syukur Urusan Arwah ‘Cik Man’ Dipermudah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SiDEZ Official (@sidez.co)

Allahyarham Cik Man turut meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Pelakon lelaki veteran berkenaan pernah membintangi filem Rock Oo! dan terkenal dengan trademark tersendiri.  

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Allahyarham Kamarozaman Yusoff, dilapangkan kubur dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.  

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga kuat mendepani ujian ini. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datuk Seri Sheila Majid Rai Majlis Akikah Cucu Sulung

Majlis Akikah & Cukur Jambul Berlangsung Meriah, Datuk Seri Sheila Majid...

Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.