Walaupun sudah bersara dari dunia sukan badminton namun aura pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih berbisa! Terbaru, tokoh olahragawan ini mencipta satu lagi pencapaian membanggakan dalam ensiklopedia kehidupannya sebagai atlet apabila ‘diri’ beliau bakal menjadi penghuni muzium lilin Madame Tussauds Hong Kong! Lebih mengharukan, Datuk Lee Chong Wei adalah satu-satunya atlet Malaysia dan yang pertama diberi penghargaan tersebut. Tahniah!

IKLAN

Klon Datuk Lee Chong Wei berkenaan bakal bertemu pengunjung di Madame Tussauds Hong Kong pada suku kedua tahun 2020 nanti. Dan apabila ia siap kelak, atlet kebanggaan Malaysia ini sebaris kejayaan personaliti ternama dunia lain yang turut menghuni muzium lilin tersebut.

Antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo; selebriti popular Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock; juara tinju Filipina, Manny Pacquiao dan Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.

Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin!

Berkongsi momen bersama team Madame Tussauds di IG miliknya beberapa hari lalu, Datuk Lee Chong Wei menjelaskan sesi untuk menghasilkan patung lilin miripnya berlangsung selama kira-kira enam jam. Namun dek kerana teruja, beliau merasakan pengalaman tersebut berlalu dengan begitu pantas.

Malah Datuk Lee Chong Wei sempat berseloroh dan membayangkan dirinya ibarat Tony Stark yang memiliki sut rekaan khas Iron Man.

Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin!

IKLAN

Ketika sesi memperincikan susuk tubuh jaguh badminton ini, pasukan Madame Tussauds turut mengenal pasti setiap inci Datuk Lee Chong Wei termasuklah mengukur saiz lengan, bahu, wajah, warna kulit, warna rambut dan juga warna mata yang menyerupai dirinya.

“Siapalah Lee Chong Wei tanpa sokongan anda semua. Patung lilin saya nanti menyarung jersi yang saya pakai ketika bertanding dalam Sukan Olimpik Rio 2016. Ia merupakan momen yang cukup bermakna buat saya selepas meraih pingat perak terakhir dan saya gembira ia dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong,” kongsinya.

View this post on Instagram

A lot of you are curious about the session I had with the @madametussaudshongkong team from the photos I published few days ago. The sitting session lasted for about 6 hours and honestly, it didn’t feel as long. I was feeling like Tony Stark getting his customized Iron Man suit! Find out more in the video below and stay tuned for more. 😊 #pleasedontplayabeckhamcordenprank @davidbeckham 🙈 前几天post了蜡像的照片很多人对我和@madametussaudshongkong 的测量过程深感好奇,也接到很多媒体和朋友的来电询问,谢谢你们的报道。其实,整个测量过程持大约续了六个小时,可是我真觉得这么一眨眼就过去了!具体制作腊像的情况,大家可以通过视频了解了解🙏 #MTHKxLCW #李宗偉蠟像 #李宗伟腊像

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

IKLAN

Datuk Lee Chong Wei mewarnai bidang sukan badminton Malaysia sejak tahun 2000 dan sepanjang hampir dua dekad beraksi di pentas antarabangsa, beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan dunia sekaligus dinobatkan pemain badminton paling berjaya di Malaysia!

Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin! Klon DATUK LEE CHONG WEI di Madame Tussauds Hong Kong, Atlet Malaysia Pertama Ada Patung Lilin!

 

Kredit foto: Instagram Lee Chong Wei Official

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI