Khusus buat penggemar jenama dUCk , ini merupakan peluang anda menambahkan koleksi kegemaran anda bukan sahaja dalam bentuk fesyen, malah kini ia bakal menjadi kegilaan dengan kolaborasi bersama Starbucks!
Bermula 27 September 2022 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi fesyen baharu edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Blooming Collection.
“Selepas rumah dan pejabat, Starbucks adalah rumah ketiga saya! Jenama Starbucks telah banyak memberi inspirasi kepada saya dan kolaborasi ini sememangnya amat bermakna buat The dUCk Group,” ujar Datin Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama The dUCk Group.
Ads
Ads
Membawakan item-item harian yang dekat dengan pelanggan seperti selendang, beg tote, bekas air dan juga termos, koleksi kerjasama antara dua jenama ini hadir dengan tema warna ungu yang merupakan warna ikonik untuk The dUCk Group.
Ads
Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi yang menggabungkan beberapa jenis bunga seperti bunga raya, orkid, ros dan banyak lagi.
Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad. Manakala setiap produk yang ditawarkan bermula dari RM95 ke atas. Jadi, jangan lepas peluang memiliki koleksi terhad ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid atas perkahwinan anak bongsu, Wan Muhammad Amar baru-baru ini. Sebagai ibu pastinya menyaksikan momen bahagia anak tersayang tanpa kelibat suami di sisi bukan satu perasaan yang mudah untuk ‘ditelan’. Namun kerana teguh dan kuatnya semangat wanita bergelar ibu, Datuk Mastura laluinya dengan cekal dan tenang.
Tanggal 5 Julai lalu membuka satu lembaran hidup baharu buat anak teruna bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini apabila dia sah bergelar suami.
Sejak suami tercinta, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar meninggal dunia, Datuk Mastura tabah menggalas tugas membesarkan keempat-empat anak lelaki dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang.
Termeterainya ijab kabul dan ikatan suci Wan Muhammad Amar pada awal Julai lalu itu, maka selesai sudah tanggungjawab Datuk Mastura terhadap permata hati kesayangan.
Titipan doa dan ucapan ibu ini sempena majlis pernikahan anak bongsu nyata menyentuh emosi dan undang sebak di hati warga maya.
“Wan, hari ini Tura dah laksanakan amanah untuk Wan. Amar selamat diijabkabulkan dengan Arina. Selesai sudah tanggungjawab kita untuk keempat-empat anak kita. Kesemuanya telah berumah tangga Wan.
Tura syukur dan reda Wan. Moga anak-anak dan menantu-menantu kita sentiasa dalam lindungan dan rahmah Allah SWT. Moga damai di sana Wan.”
Wan Muhammad Amar selamat bernikah dengan wanita pilihan, Arina Farhah. Majlis persandingan pasangan mempelai diadakan pada 12 Julai lepas.
Sementara itu, abang sulung iaitu Wan Emir Astar tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna buat adik kesayangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan.
“Dengan penuh rasa kesyukuran dan keceriaan, adik bongsu kami Wan Muhammad Amar telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya Arina Farhah. Bagai pinang dibelah dua, baik rupa mahupun akhlak dan budi pekerti.
Mereka berdua adalah bongsu dalam keluarga masing-masing tetapi matang dalam peranan mereka. Welcome to the family Erin (finally!) we have been waiting for this moment, alhamdulillah! In fact, since the day Amar received a personalized gift from Erin years back, I knew that she was THE ONE for Amar.”
Mereka berdua adalah bongsu dalam keluarga masing-masing tetapi matang dalam peranan mereka. Welcome to the family Erin (finally!) we have been waiting for this moment, alhamdulillah! In fact, since the day Amar received a personalized gift from Erin years back, I knew that she was THE ONE for Amar.”
Tambahnya lagi, “Di sebalik senyuman dan kesyukuran kami, jauh di sudut hati, kami rindui satu sosok yang tiada — Papa kami yang cukup manjakan anak bongsunya. Jika Papa ada hari ini, tentulah dia insan yang paling bersinar dengan senyuman yang termanis.
Kami cukup yakin, Papa mahu Amar ‘bermula semula’. Apatah lagi dengan langkah kehidupan yang baru bersama Arina. Terima kasih ibu menerima dan merestui perkahwinan mereka berdua.
Selamat berbahagia Amar dan Arina. Love and look after one another, unconditionally. Bersama kita mendoakan adik-adik saya ini, moga bahtera perkahwinan mereka sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.”
Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016.
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negara Jerman cukup dekat di hati rakyat Malaysia menerusi jenama-jenama seperti Mercedes Benz, BMW, Porsche dan Volkswagen. Selain terkenal sebagai negara penjana ekonomi terbesar di Eropah, Jerman juga menjunjung tinggi adat dan budaya mereka termasuklah sajian tradisi yang masih dikekalkan.
Sempena kedatangan bulan Oktober ini, Cinnamon Coffee House di Hotel One World Petaling Jaya akan dipenuhi dengan sajian Jerman yang mendapat sentuhan penuh dedikasi dari sekumpulan cef hotel berpengalaman.
Mana tidaknya, dalam meraikan The German Food Promotion, Executive Sous Chef, Saiful Baharin membawakan hidangan istimewa Jerman antaranya termasuklah aneka sosej panggang, Lamb Meatball in Capers Sauce and Parsley, Beef Fillet Steak with Buttered Herb and Caramelised Onion, Cheese Crusted Chicken and Shrimp in Tomato Sauce, Paprika Pan-Fried Potatoes with Glazed Onion and Braised Cabbage, Walnut Crusted Salmon and Mango Relish, German Strudel, Mohr Im Hemd, Bavarian Cheese Cake and Peach Streusel.
Promosi hidangan Jerman ini boleh dinikmati pada harga RM118 bersih untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun.
Ia boleh dinikmati di Cinnamon Coffee House dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hujung minggu sepanjang Oktober dari 2 hingga 31 Oktober! Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai atas pengurniaan darjah kebesaran baru-baru ini.
Anak lelaki kepada pasangan Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berkenaan antara penerima Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64 pada 4 Ogos lepas.
Berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Jejai dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Berita gembira itu turut dikongsikan ibunda tersayang, Puan Sri Raja Noora di Instagram miliknya dan menzahirkan rasa syukur atas kurniaan tersebut.
“Tahniah to our son Toh Muda Rizal who has been bestowed with Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 4 August 2023 bersamaan 17 Muharam 1445 Hijrah. Merafak Sembah Menjunjung kasih Tuanku.”
Perkongsian tersebut menerima banyak reaksi daripada peminat dan rakan artis termasuk bekas isteri Jejai yang juga pelakon Nora Danish.
Pada majlis itu, Puan Sri Raja Noora tampil anggun dalam persalinan kebaya songket rona merah jambu dan berselendang warna senada.
Sementara suami, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Ngah Talib dan Toh Muda Datuk Rizal Ashram segak dalam persalinan baju Melayu hitam serta bersamping.
Bapa Toh Muda Datuk Rizal Ashram merupakan bekas Menteri Besar Perak kelapan. Selain Jejai, Puan Sri Raja Noora dan Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Ngah Talib turut mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Ramelle Ashram, Putri Azalea dan Putri Yasmin.
Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli berusia 14 tahun. Dia bagaimana pun bercerai dengan aktres berkenaan pada 2008.
Jejai kemudian berkahwin dengan pelakon popular, Fasha Sandha pada 27 April 2012. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Pun begitu, mereka turut dilaporkan bercerai pada tahun 2016.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Siapa sangka, kanak-kanak kecil yang dahulu main badminton di kilang tempat ibu bapanya bekerja kini merupakan pemain badminton wanita yang menghuni ranking ketujuh dunia! Ratchanok Intanon bukan hanya menjadi kebanggaan rakyat Thailand malah bakat sebagai jaguh badminton meraih perhatian peminat sukan antarabangsa.