Selamat Hari Guru! Keperibadian Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sememangnya menarik perhatian rakyat. Beliau bukan hanya aktif menjayakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, membantu golongan kurang bernasib baik dan mengekang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Ads

Malah cukup mengambil berat isu pendidikan. Dikenali sebagai puteri diraja Selangor berjiwa penyayang dan gemar membaca, YAM Tengku Zatashah ketika sambutan Hari Guru yang kira-kira tiga tahun lalu terbuka berkongsi sisi peribadi kepada masyarakat.

Siapa sangka, selain bergelar aktivis beliau juga pernah mempunyai pengalaman mengajar!

Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah

Ujar Tengku Zatashah, “Dan kerana ia adalah Hari Guru, saya kongsikan memori ketika pertama kali melawat kanak-kanak di flat PPR. Saya berpeluang membacakan buku ilustrasi berkisar cerita rakyat Melayu kepada kanak-kanak di sini.

Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak tahu yang saya sebenarnya merupakan guru Bahasa Inggeris bertauliah dan menerima CELTA (Cambridge Certificate in Teaching English to Speakers of Other Languages) dari British Council KL dengan high pass B.

My course was to teach real students from beginners to intermediate level English and my own teachers would be evaluating me. One of the most interesting and rewarding experiences I’ve been through.

Sadly, they no longer offer this course. Grateful I manage to do it. So, to all the teachers out there, I salute you!”

Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah
Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah
Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah
Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah

Tambah Tengku Zatashah lagi, “Saya sangat mengagumi usaha keras para guru dalam merancang pembelajaran, mencipta keseoronokan belajar dan melakukan latih tubi
bergambar untuk memberi motivasi kepada pelajar di samping menjaga setiap murid.

Ads

Kepada semua guru di luar sana, terus memberi inspirasi dan motivasi kepada anak bangsa
terutamanya ketika lockdown ini, pasti ia bukan tugas mudah.

Serba boleh, Tengku Zatashah https://www.nona.my/imbau-masa-kecil-pakai-cheongsam-boleh-tutur-kantonis-tengku-zatashah-dedah-ada-keturunan-peranakan/

Ads
Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah
Kongsi Memori Pernah Jadi Pendidik, Tengku Zatashah Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Kredit Instagram @zatashah

Saya suka menggunakan pendedahan mengajar anak-anak ini dengan memotivasikan mereka untuk rajin membaca dan gigih berusaha. Saya terangkan kepada mereka bahawa lagi banyak anda berusaha dan belajar bersungguh-sungguh, lagi banyak ganjaran yang akan diperoleh.

Anak-anak ini menganggap guru mereka sebagai salah seorang insan penting dalam hidup mereka, dengar cakap mereka sebab motivasi guru inilah yang bakal memberi perubahan besar dalam hidup anda.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI