Semasa proses penuaan berlaku ia merangkumi keseluruhan, bukan sekadar pada kulit bahkan kuku juga mengalaminya. Antara tanda-tanda penuaan pada kuku ialah kusam dan menipis. Selain itu, pertumbuhannya juga perlahan serta permukaannya tidak sekata. Bagaimana untuk memperlahankan proses penuaan pada kuku? Berikut Nona kongsikan caranya:
SUPLEMEN
Tambahkan suplemen untuk memaksimumkan kesihatan kuku. Minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Suplemen yang disarankan untuk kuku ialah:
Biotin atau Vitamin B7
Vitamin ini banyak ditemui dalam beberapa makanan seperti bunga kobis, kerang, cokelat, kacang, ayam, gandum dan berbagai olahan susu.
Kalsium
Kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan kuku. Kekurangan kandungan ini boleh mengakibatkan kuku kelihatan kering dan rapuh.
Vitamin D
Kandungan ini diperlukan untuk memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh.
Ads
Omega 3
Merupakan lemak baik yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan kandungan ini boleh menyebabkan kuku menjadi mudah patah.
KRIM KHUSUS
Jaga kelembapan tangan dan kuku dengan krim khusus. Pilihlah yang mengandungi minyak jojoba atau wheat germ oil.
BUFFER ATAU FILE
Gunakan salah satu daripadanya untuk tujuan menghaluskan permukaan kuku yang tidak rata. Lakukan gerakan sama arah agar kuku tidak mudah rosak dan pecah.
Ads
PEWARNA KUKU
Bataskan penggunaan pewarna kuku iaitu seminggu sekali sahaja agar kuku dapat bernafas serta tidak kering.
PETUA KUKU SIHAT BERKILAU
DAUN LIDAH BUAYA
Bersihkan daun lidah buaya dan sapukan secara merata pada kuku. Lakukan rawatan ini secara rutin dan anda akan dapati kuku terlihat lebih cantik dan jernih.
Ads
AIR PUTIH
Perbanyakkan meminum air putih. Ini merupakan salah satu cara mudah untuk mencantikkan dan menguatkan kuku dari dalam. Konsumsi air putih membantu agar kuku tidak kering.
LIMAU NIPIS
Sediakan satu sudu jus lemon dan campurkan dengan ubat gigi. Gaul hingga rata kemudian disapukan pada kuku. Tunggu sehingga ia mengering. Setelah itu basuh kuku dengan air suam. Lakukanlah secara teratur sekurang-kurangnya seminggu sekali. Warna kuku akan kembali kepada normal.
BAWANG PUTIH
Parut bawang putih hingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit, setelah itu bersihkan kuku. Boleh juga terus menggosokkan bawang putih tanpa diparut pada kuku. Lakukanlah secara rutin, kuku akan semakin kuat dan tidak rapuh.
CAMPURAN MADU, TELUR & MINYAK ZAITUN
Untuk melembabkan dan melembutkan kuku. Campurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun. Panaskan dan gaul hingga rata, kemudian sediakan telur yang siap dipukul. Campurkan adunan madu dan minyak zaitun dengan telur kemudian sapu rata pada kuku. Tunggu sehingga 10-15 minit kemudian bersihkan kuku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, kisah penghijrahan pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa mendapat respon baik daripada peminatnya malah penghijarahan pengacara rancangan tembual bicara Next To Neelofa ini memberikan inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk sama berubah ke jalan lebih baik.
Walaupun tampil berniqab penuh, namun Neelofa tidak terkecuali diundang ke acara fesyen yang diadakan memandangkan Neelofa juga sememangnya seorang peminat fesyen. Baru-baru ini, Neelofa diundang secara eksklusif ke sebuah majlis fesyen jenama terkenal Dior yang memperkenalkan koleksi Dior Cruise untuk tahun hadapan (2023).
Semestinya penampilan Neelofa pada majlis tersebut mendapat perhatian ramai memandang dirinya yang sudah berniqab penuh, namun tetap diundang memeriahkan suasana. Malah gaya isteri kepada Haris Ismail itu tetap nampak elegan, anggun walaupun berpurdah, menyerlahkan sisi fesyennya.
Neelofa dilihat menyarung persalinan berona hitam dan biru navy dari jenama Dior di samping kasut tumit tinggi yang nyata menyerlahkan aura ibu kepada Bilal ini. Rata-rata ramai yang memuji penampilan Neelofa yang masih mengekalkan penampilan berlitup walaupun dijemput jenama-jenama fesyen antarabangsa seperti Dior.
Di ruangan komen pula, sudah pasti ramai yang mengagumi stail yang ditonjolkan Neelofa. Nyata bertudung litup dan berpurdah tidak menghalang Neelofa untuk hadir menyaksikan koleksi ini dengan lebih dekat.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam dah lapan tahun usia perkahwinan pereka fesyen ternama tanah air, Ruzaini Jamil dan isteri tercinta. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli ini sering menjadi perhatian khalayak dek kerana kerjaya suami sebagai designer jenama fesyen mewah, Rizman Ruzaini.
Tanggal 5 Februari lalu genap lapan tahun Ruzaini Jamil dan Nurul Hidayati Yahaya atau mesra disapa Ida. Rumah tangga mereka lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata comel, Wan Rahil Wan Mohd Ruzaini yang bakal menginjak usia empat tahun.
Diuji dengan kelahiran anak pramatang, Ruzaini dan Ida bagaimana pun tenang melalui tempoh tersebut dengan sabar. Kini, anak lelaki kesayangan mereka semakin membesar sihat dan comel!
Berkongsi luahan hati saat dikurniakan anugerah terindah itu, Ida yang berasal dari Perak yang pernah ditemu bual Nona dulu terbuka berkongsi sisi kehidupannya.
“Saya sendiri dibesarkan dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal agama dan akademik. Arwah ibu dan Abah tidak berkompromi bab solat, mengaji dan akademik. Semasa kecil, arwah Abah mewajibkan kami adik beradik solat berjemaah waktu Subuh, Maghrib dan Isya’. Saya juga khatam al-quran dengan arwah ibu.
Saya beritahu suami kalau boleh nak terapkan amalan solat berjemaah seperti arwah Abah ajar dulu. Kalau boleh juga, Rahil khatam al-quran dengan saya atau suami.
Jadi, sejak mengandung kami mula belajar ilmu tajwid, bacaan dalam solat yang betul sebagai persiapan mendidik Rahil. Saat itu baru tersedar, banyak lagi kelemahan dan kekurangan. Benarlah, kadang kala teguran Allah tu dihantar melalui anak.”
Ida juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 5 Februari 2016 dan majlis perkahwinan mereka disambut penuh meriah dengan tema Bollywood dan tradisional Melayu untuk majlis resepsi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun tengok kemulusan kulit wajah Zara Zya. Mana tidaknya, meskipun kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit. Apatah lagi dengan status selebriti yang dibawanya membuatkan Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak.
Ditanya rahsia cantik yang diamalkan selama ini, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri. Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah. Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini. Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli. Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini. Patutlah kulit muka Zara cantik berseri saja. Ini rupanya rahsia cantik dia. Kena cuba ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.