Memegang status ibu kepada selebriti nyata bukan tugas mudah. Bukan hanya gerak-geri dan penampilan mereka menjadi perhatian ramai bahkan mereka juga perlu kuat dari segi mental apabila kisah anak-anak tersebar luas.
Mengenali Datin Umi Kalsom sejak lebih dua tahun lalu, ibu berusia 70 tahun ini nyata seorang yang sangat menyenangkan. Tidak sekadar sangat mesra dan penyayang, malah wanita anggun ini sarat dengan kelembutan dan berilmu.
Tak dinafikan, walau sudah mencecah usia lebih separuh abad Datin Umi tetap cantik dalam kelas tersendiri. Apatah lagi, beliau masih cergas dan bijak bergaya seiring usianya.
Menyentuh amalan kecantikan, dedah ibu Dato’ Fazley Yaakob ini, “Mungkin sebab jiwa saya tak suka simpan apa-apa. Maksudnya, ada orang kalau ada sesuatu yang tidak kena mereka suka simpan dan pendam tapi saya tak.
Saya orangnya cukup terbuka tidak kira sama ada dengan arwah suami ke, anak-anak mahupun kawan-kawan. Kalau saya ada rasa kurang senang dengan sesuatu perkara, saya akan cakap dan tak simpan.
Ads
Dari situ, tiada lagi perasaan curiga dan mungkin salah satunya juga saya tak kata yang saya alim tapi saya amal baca Al-Quran hari-hari. Tambahan lagi bila arwah suami dan emak dah tak ada.”
Tambahnya, “Kalau saya pergi luar negara pun, saya ada apps yang membolehkan saya sentiasa mengaji. Sejak arwah tak ada, saya mula catit berapa banyak kali saya dah khatam. Dalam sehari saya akan peruntukan sekurang-kurangnya sejam untuk baca Al Quran dan target berapa lama saya boleh habis baca satu Al-Quran.
Selain mengamalkan rutin itu sebenarnya tak ada pun petua lain sebab saya tak makan jamu. Saya ingat lagi arwah suami pernah pesan dulu.
Ads
Katanya, “Ibu, biar ibu setua tu. Jangan ‘cucuk-cucuk’, bapak tak bagi. Kalau ibu buat facial, itu tak apa.”
Mengakui budaya wanita hari ini yang lebih berdikari dan memiliki kerjaya sendiri, Datin Umi bagaimana pun menitipkan pesan kepada seluruh wanita demi mengimbangi kehidupan berkeluarga.
“Ibu saya ajar, macam mana tinggi pangkat kita sebagai seorang wanita tapi bila kita dah berkahwin dan ada di rumah kita adalah isteri dan ibu.
Sebagai seorang wanita, macam mana sibuk kerjaya sekalipun menjaga suami dan anak-anak juga adalah tanggungjawab. Paling penting, pastikan anak-anak dapat didikan agama.”
Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad, Datin Umi dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dato’ Fazley Yaakob, Ahmad Faizal Yaakob dan Nadia Yaakob.
Pentas Ratu Cantik banyak melahirkan wanita yang sukses dalam apa juga bidang yang diceburi. Ini tidak mustahil kerana bukan mudah untuk menempah tiket dalam pertandingan ini. Malah peserta perlu melalui pelbagai ujian saringan sehingga layak berada di pentas akhir.
Bukan sahaja cantik paras rupa, intelektual sang ratu juga turut diambil kira. Pertandingan berprestij ini merupakan platform buat ramai wanita untuk menyerlah dan memaparkan diri mereka yang sebenar.
Antara negara yang sering melahirkan ratu cantik yang jelita, bijak dan berkualiti antaranya ialah India. Ada sesetengah daripada mereka menjadi cukup berjaya dan terkenal selepas memenangi pertandingan tersebut.
Adakah anda tahu siapa ratu cantik yang dimaksudkan itu? Jom Kenali 5 ratu cantik India yang paling menyerlah hingga ke hari ini?
JUHI CHAWLA
Terkenal dengan lirikan senyuman manis, Juhi antara nama yang paling dikenali pada era kegemilangannya di samping Kajol, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor dan ramai lagi. Bintang yang dilahirkan pada 13 November 1967 ini juga dahulunya merupakan pemenang Miss India tahun 1984. Siapa yang boleh lupakan aksinya dalam beberapa buah filem bloksbuster seperti Mr and Mrs Khiladi kan?
AISHWARYA RAI
Dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh di India, bekas ratu cantik dunia 1994 ini terus unggul di pentas perfileman Bollywood apabila satu demi satu filem lakonannya mencapai kutipan box-office, sekali gus menjadikannya sebagai aktres wanita termahal pada ketika itu. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni setakat ini, Aishwarya sudah pun memenangi beberapa anugerah Padma Shri yang dianugerahkan buatnya dari kerajaan India.
SUSHMITA SEN
Selain Aishwarya, tahun 1994 mencipta kegemilangan tersendiri dalam bidang ratu cantik di India apabila seorang lagi wakil mereka, Sushmita Sen turut dinobatkan sebagai Miss Universe. Berjaya mengalahkan puluhan ratu lain, Sushmita seterusnya mengorak langkah sebagai pelakon usai memenangi anugerah tersebut. Beberapa tahun lalu, beliau turut dijemput oleh organisasi ratu sebagai juri Miss Universe 2016.
PRIYANKA CHOPRA JONAS
Bekas pemenang Miss World 2000 ini juga menjadi aktres paling popular sehingga kini. Pernah direkodkan sebagai antara 100 individu paling berpengaruh, Priyanka kini turut mencipta nama di Hollywood. Beliau telah menjadi isteri kepada penyanyi popular Nick Jonas.
LARA DUTTA
Lara Dutta Bhupathi dilahirkan pada 16 April 1978 merupakan pemenang Miss Intercontinental 1997 dan Miss Universe 2000. Selain menjadi pelakon, Lara juga aktif sebagai model dan jurucakap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata seorang kawan, air alkali baik untuk tujuan detoksifikasi.
Mujurlah minuman kegemaran Nona, teh hijau ditakrifkan sebagai tinggi alkali. Teh hijau cukup terkenal kerana memiliki fungsi untuk menjaga kesihatan badan.
Ia sesuai untuk dinikmati dalam apa jua suasana, sama ada bersama ais sewaktu cuaca panas terik atau disajikan panas-panas untuk menyegarkan tubuh.
Air teh hijau yang dihirup itu juga bukan sekadar menghilangkan haus, malah turut bermanfaat untuk seluruh badan. Fermentasi adalah apa yang membezakan teh hijau dengan teh-teh lain. Daun teh hijau tidak di fermentasi dan hasilnya, minuman ini tinggi kandungan antioksidan.
Ia juga meneutralkan kompaun yang dipanggil radikal bebas, penyebab penyakit dan kematian sel.
Kajian oleh The University of Maryland Medical Center turut menjelaskan bahawa teh hijau amat membantu anda mengawal pelbagai masalah kesihatan seperti atherosclerosis dan diabetes.
(a) Kesihatan Kulit
Teh semula jadi ini dapat melindungi kulit daripada selaran sinar ultraviolet. Secara tidak langsung, ia berupaya menghindari risiko kanser kulit dan memperlahankan tanda penuaan.
(b) Menyihatkan Rambut
Kebotakan pada umumnya terjadi kerana akar atau batang rambut yang kurang sihat. Amalan meminum teh hijau dapat mengatasi masalah ini kerana kandungan zatnya membuat rambut kembali sihat dan memulihkan pertumbuhan rambut.
(c) Membersihkan Jerawat
Lantaran zat antioksidannya yang tinggi, kekotoran atau minyak yang menempel pada pori-pori kulit dapat dibersihkan dengan cara menikmati teh hijau secara teratur.
(d) Menurunkan Berat Badan
Teh hijau terbukti berkesan untuk mengurangi penyerapan lemak dalam tubuh. Selain itu, ia turut diperkaya dengan polifenol yang mampu meningkatkan intensiti pembakaran lemak.
(e) Membantu Pesakit Diabetes
Minuman teh hijau memiliki kemampuan untuk mengatur kandungan gula dalam darah. Oleh itu, pesakit diabetes sangat disarankan agar sering meminum teh hijau.
Bilakah waktu terbaik untuk menikmati teh hijau?
Sebaik-baiknya, amalkan meminum 4-5 cawan teh hijau sehari. Lebih banyak, lebih baik. Pun begitu, proses bru teh hijau boleh menjadi rumit jika tidak dibuat dengan betul. Khasiat polifenol di dalam teh hijau akan merosakkan rasa enaknya dan membuatkan teh anda rasa ‘berumput’.
Kekal pH Baik
Mengekalkan paras pH yang seimbang dalam tubuh kita sama pentingnya dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Sekiranya tubuh anda memiliki paras pH tinggi asid pada setiap masa, ia boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Paras pH yang seimbang dinilai daripada 0-6 (berasid), 7 (neutral) dan 8-14 (beralkali).
Nilai asid dalam makanan tidak mencerminkan bagaimana impaknya terhadap paras asid dalam darah anda. Sebagai contoh, buah lemon yang tinggi asid sebenarnya membantu pengaliran darah agar lebih beralkali.
Paras pH berasid akan menyebabkan tubuh menarik nutrien daripada organ ke dalam aliran darah bagi meneutralkannya. Ini boleh menyebabkan masalah jantung, penuaan pramatang dan juga osteoporosis. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 24 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 7 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi ...