RALINE SHAH

Selebriti cantik Indonesia ini pernah menjadi bualan peminat seni tanah air ketika kemunculannya dalam filem Blockbuster Polis Evo 2 bergandingan bersama pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Bukan hanya berbakat sebagai pelakon, Raline Rahmat Shah atau lebih dikenali sebagai Raline Shah juga merupakan model dan aktivis kebajikan.

IKLAN

Genap berusia 37 tahun pada 4 Mac lepas, wanita kelahiran Jakarta, Indonesia ini mula berkecimpung dalam arena hiburan sejak tahun 2008. Dia melangkah masuk ke dunia glamor ketika menyertai Pertandingan Puteri Indonesia mewakili Sumatera Utara sekaligus menyandang kategori Puteri Indonesia Terfavorit.

Walau tidak bergelar juara namun namanya mula dikenali dan penglibatan Raline dalam pertandingan ratu cantik tersebut menjadi batu loncatan buat aktres Surga Yang Tak Dirindukan ini untuk bergelar selebriti.

Bersandarkan wajah cantik dan aura menarik yang dimiliki, Raline juga berbakat dalam bidang peragaan dan bergelar model. Malah, wajah jelitanya sering menghiasi kempen produk-produk ternama terutamanya fesyen.

Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah

Raline kemudian mencabar keupayaan diri dalam pentas lakonan dengan menjiwai pelbagai watak berbeza setiap kali ditawarkan berlakon untuk sesebuah filem. Antara filem yang mengangkat nama Raline di persada seni termasuklah Surga Yang Tak Dirindukan, 99 Cahaya di Langit Eropa, 5 cm dan Terpana.

Walau bergandingan dengan ramai pelakon handalan Indonesia namun Raline berjaya memberikan komitmen yang terbaik dan lakonannya disifatkan setanding dengan barisan aktor berbakat besar Indonesia.

Yang pasti, kedatangan Raline dalam dunia seni bukan sekadar mahu popular. Tetapi juga mahu menyumbang bakti dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah
Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah
Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah

Menelusuri latar belakang Raline, sebelum berkecimpung dalam arena seni dia mengikuti pengajian di National University of Singapore dan mendalami jurusan politik, media baharu dan komunikasi.

IKLAN

Raline ialah anak sulung daripada tiga beradik. Dia mempunyai darah keturunan Tionghua dan Melayu. Ibunya, Roseline merupakan warganegara Singapura yang berketurunan Melayu dan sebahagian keluarga Raline juga ada yang menetap di Medan dan Malaysia.

Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah
Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah
Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah

Memetik laporan media Indonesia, ayah Raline iaitu Dr. H. Rahmat Shah ialah salah seorang tokoh disegani di Kota Medan, Sumatera Utara dan pemilik International Wildlife Museum & Gallery. Sementara ibunya pula Ketua Yayasan Pembina Anak Cacat (YPAC) Medan.

IKLAN

Sikap prihatin Raline Shah terhadap kerja kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan mula terbentuk sejak kecil. Dia dibesarkan dari keluarga yang aktif sebagai pengiat sosial. Begitu juga bapanya yang mempunyai Yayasan Rahmat Indonesia.

Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah
Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah
Lahir Dalam Keluarga Aktif Kebajikan, Jiwa Prihatin RALINE SHAH Keturunan Tionghua-Melayu Cetus Inspirasi!
Credit Instagram @ralineshah

Jiwa prihatin Raline berputik sejak dia mengikuti pengajian di Singapura apabila dia dilantik sebagai Presiden Misi Kami Peduli (MKP) yang memfokuskan kepada pendidikan di Indonesia.

Ketika menyandang jawatan itu, Raline giat menyumbang dana dan memberi bantuan komputer ke beberapa sekolah yang memerlukan.

Dalam pada itu, Raline juga pernah dilantik menjadi Pengarah Bebas bagi syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Indonesia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI