Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Minat memasak yang sudah sebati dalam diri Datin Paduka Eina Azman hari ini rupa-rupanya ‘tercetus’ daripada ibu tersayang, Amy Roshaida. Beliau yang sebelum ini mencipta nama dalam bidang lakonan dan terbaharu menjadi salah seorang peserta program nyanyian tidak sekadar berbakat dalam industri seni. Bahkan kelincahannya memasak turut dikagumi ramai. Mahir menyediakan hidangan tradisi dan Barat termasuk menu pencuci mulut, tidak hairanlah Datin Paduka Eina dilantik sebagai Duta Maggi CukupRasa!
Meniti usia 25 tahun, selebriti cantik tersebut teruja berkongsi kisah ibu tersayang yang sentiasa menjadi sumber inspirasi buat dirinya. Ujar Datin Paduka Eina, “Mummy adalah segalanya untuk Eina! Semua dah tahu yang Eina dibesarkan dalam family yang besar dan Eina memang rapat sangat dengan Mummy. Eina amat mengagumi Mummy dengan cara dia membesarkan dan mendidik 5 anak-anaknya. Bukan senang tau!
Setiap anak-anak ada perangai yang berbeza, jadi cara nak didik dan bagi teguran pun ada lain caranya. Lagi satu, Mummy Eina memang suka masak, jadi dari situlah Eina mula belajar masak. Sampai sekarang, memasak tu dah jadi salah satu passion Eina!
Datin Paduka Eina di samping ibu tersayang
Sekarang bila Eina menjadi seorang isteri, ibu dan juga usahawan, segala nasihat Mummy berikan menjadi tunjang agar Eina menjadi yang terbaik untuk family. Satu nasihat yang Eina akan sentiasa ingat, busy macam mana pun, Eina akan cuba untuk pastikan segala keperluan suami dan anak-anak akan diuruskan sebaik mungkin. Sebab rumahku, syurgaku. Betul tak?
Dan Eina suka share-share recipe masakan kat social media sebab yelah, mana tahu korang pun boleh inspired untuk masak ke? Boleh jadi hobby baru.”
Ads
Tidak mensia-siakan bakat memasak yang dimiliki, Datin Paduka Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman mengusahakan bisnes makanan sendiri ‘It’s Done by Eina Azman’ yang bermula sejak Ramadan lepas. Meskipun masih bertatih dalam perniagaan ini namun sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. Bayangkan, setiap hari isteri Datuk Paduka Kaiser ini menerima tempahan makanan tanpa henti sampai ke awal pagi!
Bersama tempahan Assam Laksa It’s Done By Eina AzmanDatin Paduka Eina dilantik Duta Maggi CukupRasaTempahan It’s Done by Eina Azman
Malah Datin Paduka Eina pernah memuatnaik gambar bersama timbunan pek tempahan Assam Laksa daripada pelanggan. Tumpang bangga tengok bisnes ini makin hari makin maju. Mengimbas kembali pembabitan awal beliau dalam dunia masakan, ibu kepada anak kembar ini terbuka berkongsi pengalaman.
Ads
“Ingat lagi few years back masa mula-mula nak start share video masak dekat Instagram, Eina tak berapa confident. Then family encourage untuk share. Bila dapat sambutan dari you guys serious Eina happy sangat dan rasa lagi semangat nak share. Then last year dapat offer as Maggi CukupRasa’s brand ambassador.
Offer yang tak mungkin Eina tolak sebab Maggi CukupRasa memang close to my heart. Boleh dikatakan Eina membesar dengan produk-produk Maggi. And tak pernah imagine dari tagline video end up jadi bisnes It’s Done By Eina Azman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangan Eina dan team.”
Ads
Datin Paduka Eina Azman sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan beliau menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM77,000.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.
Kredit foto: Instagram Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa rancangan hujung minggu ni? Jom berehat sejenak sambil menghirup udara segar dan nikmati panorama gunung-ganang yang menghijau, rasanya pasti bagai terapi tatkala mengharungi pandemik COVID-19.
Bagi yang teringin berubah angin, pakej Fun & Nature di Resorts World Genting ni antara pilihan terbaik yang dekat, tapi menyeronokkan.
Bayangkan dengan tawaran serendah RM125, anda dapat bercuti untuk dua orang termasuk penginapan satu malam di Resorts World Awana, menjamu selera, trip jungle trekking dengan jurupandu dan tiket pergi-balik Awana SkyWay.
Semua ini pada harga promosi untuk jangka masa terhad iaitu pada 14, 15, 21, 22, 28 dan 29 Ogos 2020.
Anda boleh beristirahat dan merebahkan badan di Resorts World Awana, sebuah hotel dengan padang golf 18-lubang yang terbentang indah. Pakej ini juga merangkumi makan untuk dua orang di High Line Rooftop Market yang bersuasanakan alfresco, tiket Awana SkyWay untuk dua orang termasuk hentian percuma di Stesen Chin Swee bagi yang berminat melawati Kuil Chin Swee Caves.
Kemuncak percutian ini adalah misi jungle trekking dengan jurupandu di laluan Konservasi berdekatan hotel. Peminat alam semula jadi pasti teruja untuk meneroka hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun. Sambil bersiar-siar melalui Encyclopedic Walk, singgah juga di Awana Bio Park dan belajar tentang biodiversiti Montane Timber Forest dan habitatnya.
Amalan penjarakan sosial dan pelitup muka turut diwajibkan
Di sini anda mungkin bertuah jika menemui haiwan liar yang bebas di tempat tinggalnya. Ada kambing gunung, siamang, harimau black panther, pelbagai spesis ular dan monyet. Aneka flora dan fauna juga memayungi kanopi hutan, selain lebih 60 spesis burung yang menjadikan hutan ini sebagai taman permainan mereka.
KEPERLUAN BERCUTI
Bagi mematuhi SOP kerajaan, anda mestilah memakai pelitup muka setiap masa.
Sebaik tiba di hotel, imbas dahulu MySejahtera dan periksa suhu badan.
Gunakan sanitizer tangan yang disediakan.
Amalkan penjarakan sosial sepanjang aktiviti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kematian itu pasti. Tidak kira kepada mereka yang baik atau zalim, sihat atau sakit, kuat atau lemah, yang kaya atau yang miskin. Kesedihan yang melanda seluruh dunia memang menghimpit segala tekanan dan kesedihan jiwa.
Persoalannya, adakah kita rasa hidup di dunia ini hanyalah kesempurnaan dan akan kekal selamanya? Sehinggakan kita lupa, pengakhiran perjalanan hidup setiap yang bernyawa itu adalah mati.
Sesungguhnya ubat yang paling mujarab dari seluruh musibah dan cubaan hidup adalah ucapan:
Inna Lillahi wa inna illahi raji’un
Maksudnya: Kita semua adalah milik Allah, kita adalah makhluk-Nya. Kita berada dalam kekuasaan-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya.
Mulai saat ini, tenangkan jiwa kita dan tidak perlu lari dari qadha dan qadar. Terimalah segala yang terjadi sebagai realiti takdir dan carilah pahala dengannya kerana tidak ada lagi yang dapat anda lakukan kecuali bersikap seperti itu.
Jika kita terus bersedih, kecewa, memberontak dan melawan takdir, ia hanya akan mengundang kemarahan dari Tuhan, kebencian sesama manusia, perasaan tamak, pahala hilang dan menambah dosa. Malah lebih dahsyat, bencana itu tidak akan pergi, derita itu tidak akan hilang dan takdir yang sudah pasti itu tidak akan berubah.
Kesedaran hati dan pengetahuan tentang keagungan Allah akan menghadirkan rasa cinta, kegembiraan, kenikmatan dan kebahagiaan yang mampu menolak segala kesedihan, penderitaan dan rasa gundah. Jadi ubat yang paling mujarab ada di dalam hati kita sendiri dan percayalah Allah memiliki segala sifat kesempurnaan. Segala sifat yang ada pada Allah adalah kesempurnaan rahmat dan kebaikan-Nya kepada seluruh makhluk.
Ada bijak pandai mengatakan, “Tidak pernah risaukan kenderaan mana yang akan kunaiki. Jika kenderaan tersebut adalah kemiskinan aku akan sabar dan jika ia adalah kekayaan, aku harus bersyukur.”
Nyata dengan ucapan, inna Lillahi wa inna illahi raji’un, semua beban boleh ditanggung, kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia. Selalulah kita membaca kalimat tersebut sesungguhnya ia merupakan kunci kebahagiaan yang mempermudahkan urusan dan merupakan salah satu jalan menuju ketenangan dan kelapangan hati.
10 Tip Meraih Kebahagiaan:
Duduk dan beristighfar pada waktu Subuh.
Menyendiri untuk bertafakur.
Menjalin hubungan baik dengan orang-orang soleh.
Perbanyakkanlah zikir.
Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk.
Bacalah Al-Quran dan renungkanlah maksudnya.
Rajin berpuasa.
Bersedekah secara bersembunyi.
Membantu meringankan beban orang Muslim yang dalam kesulitan.
Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud.
Perkongsian kunci kebahagian dari buku: Don’t Be Sad, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia tiga bulan tapi kecomelan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini jelas terserlah. Berkulit putih kemerahan dan bermata bundar, permata hati Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati Khairuddin ini bikin peminat terpaku dengan wajah Nur Azura Yamani. Pantang sahaja diagah… anak kecil ini pasti tertawa manis. Alahai, cair tengok!
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izatti sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat.
Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu… isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
https://www.instagram.com/p/B68Uafulq1b/
Syukurlah kerana kehadiran Nur Azura Yamani ini menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.
Hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata comel, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Bercerita tentang suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang sedang meniti usia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja toleh beberapa kali.
Walau sudah bergelar ibu, Datin Zai Izatti tetap mementingkan kecantikan diri dan memastikan penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki tetap terjaga. Untung Datuk Jamal!
Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.
Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.