Langit malam sudah gelap bagai dibungkus tirai hitam. Jika orang lain sudah lena dibuai mimpi indah, anda pula masih sendirian memaksa mata dipejamkan. Aduhai, susahnya mahu tidur! Puas mengiring menukar posisi ke kanan dan kiri, akhirnya tablet dicapai, buka Facebook dan berjaga sampai pagi. Awas, masalah sukar tidur boleh mengganggu pola tidur dan istirahat anda. Tanpa tidur berkualiti, anda mungkin berdepan masalah berat badan, kemurungan, serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Apakah rutin tidur yang baik? Meluangkan sedikit masa sekitar 30-60 minit sebelum tidur untuk melakukan rutin yang konsisten dapat merehatkan tubuh dan minda. Ia juga merupakan satu-satunya masa peribadi untuk diri sendiri, selain mandi. Tanpa rutin tidur yang teratur, anda mungkin mengisi masa untuk mengantuk dengan membuat kerja rumah, menyiapkan kerja pejabat, menonton televisyen atau melayari Internet tanpa tujuan.

IKLAN

RUTIN BIJAK

1. MATIKAN SEMUA PERKAKAS ELEKTRONIK

Perkakas elektronik seperti televisyen, komputer, tablet, telefon pintar atau sebagainya perlu dimatikan sebelum tidur. Terdapat pelbagai keburukannya seperti:

  • Merangsang fikiran secara berlebihan.
  • Cahaya yang dipancarkan boleh mempengaruhi jam tubuh anda.
  • Menyebabkan ketagihan sehingga menjejaskan waktu tidur.
  • Aktiviti memeriksa e-mel penting pada waktu tidur boleh mendorong stres.

 

2. BUAT SENAMAN RINGAN

Tubuh yang terlalu aktif atau fikiran yang terlampau berserabut pada waktu siang juga boleh menyebabkan anda sukar tidur. Sebahagian lagi mendakwa faktor kerisauan, stres atau rasa cemas menyebabkan mereka selalu terjaga daripada lena. Cuba atasi masalah ini dengan membuat senaman-senaman ringkas seperti regangan atau yoga. Ataupun, tambah amalan ibadah anda dengan bertahajud atau solat-solat sunat lain.

Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Susah Sangat Nak Tidur NYENYAK! Barulah Dapat Mimpi Indah

 

3. MEMBACA BUKU

Bahan bacaan ringan daripada genre ketuhanan, motivasi, cinta atau majalah amat baik untuk merehatkan fikiran yang kusut. Di satu sudut kamar yang sunyi, rehatkan fikiran anda dengan buku-buku seperti ini. Elakkan tajuk-tajuk berat, berita atau isu semasa yang boleh mendorong minda lebih bekerja keras untuk berfikir.

Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Susah Sangat Nak Tidur NYENYAK! Barulah Dapat Mimpi Indah

IKLAN

 

4. MENDENGAR MUZIK

Selepas semua perkakas elektronik berskrin dimatikan, hiburkan fikiran anda dengan mendengar muzik-muzik berirama romantis, slow jams atau R&B. Ya, semua orang gemarkan muzik, namun berapa kerap anda meluangkan masa untuk mendengarnya tanpa aktiviti lain? Jauhi lagu-lagu berentak rancak agar jiwa bisa ditenangkan.

 

5. BUAT ‘SENARAI PERLU DIBUAT’

IKLAN

Pernahkah anda asyik terfikir tentang sesuatu yang merisaukan sehingga ia sentiasa berlegar-legar dalam fikiran? Nah, tuliskan semua perkara itu dalam satu ‘senarai perlu dibuat’ untuk keesokan hari. Dengan kaedah ini, anda tidak akan terlupa tentangnya dan membantu minda agar lebih bertenang.

 

6. MENIKMATI MINUMAN TEH

Minuman yang dimaksudkan bukanlah kopi, air bergas atau kordial manis tetapi secangkir teh panas atau susu suam. Sambil membaca dan mendengar muzik, hirup teh hijau atau teh chamomile yang bersifat melegakan stres. Jika terasa lapar, makan buah-buahan seperti anggur atau epal dan elakkan makanan berat yang diproses, pencuci mulut atau snek makanan ringan.

 

7. DINGINKAN SUHU BILIK

Suhu bilik yang sesuai dapat menjamin tidur yang nyenyak. Suhu bilik ideal adalah di sekitar 18.3 – 22.2 darjah Celsius. Tubuh kita selalu menganggap bahawa suhu yang rendah itu adalah isyarat untuk tidur. Justeru, pastikan anda menikmati mandian air sejuk sebelum tidur, pasang alat pendingin hawa atau kipas dan akhir sekali, malapkan lampu bilik.

Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Susah Sangat Nak Tidur NYENYAK! Barulah Dapat Mimpi Indah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI