Orangnya jelita dan kecil molek tapi semangat juang Datin Diyana Halik mengusahakan empayar perniagaan memang patut dijadikan inspirasi. Dalam kesibukan menjadi isteri, ibu kepada tiga anak dan pengurus kerjaya suami, wanita ini tetap bertenaga membina legasi sendiri di bawah jenama miliknya Diyana Halik. Hebat!

Difahamkan suri hati Dato’ Aaron Aziz ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 2014. Memasuki tahun ke-11, label produk wanita Muslimah ini kekal bertahan di pasaran. Tidak hanya di pasaran Malaysia tetapi juga di negara kelahirannya iaitu Singapura.

Datin Diyana Halik Dah 11 Tahun Berniaga

Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga! Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga!

Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga! Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga!

Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga!

Bermula dengan menjual pelbagai jenis tudung seperti selendang, square dan instant, kini Diyana Halik mempunyai rangkaian busana seperti Baju Kebarung, dress, Abaya dan kaftan.

Menjelang lebaran tidak lama lagi, usahawan yang meniti usia 43 tahun ini ligat mempromosikan koleksi Raya.

Antara koleksi eksklusif yang ditawarkan kepada pelanggan Diyana Halik ialah Kebarung Kesuma yang sarat dengan perincian klasik.

Ads

Menariknya, tahun ini Datin Diyana Halik tidak keseorangan menjual busana dan hijab jenama sendiri.

Siapa sangka, anak lelakinya iaitu Danish Anaqi mempunyai minat sama dalam bidang perniagaan dan kini merupakan pengasas label busana ‘Gangsa’.

Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga! Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga!

Dalam temu bual bersama media di Singapura baru-baru ini, jejaka berusia 21 tahun berkenaan teruja bercerita mengenai bisnes.

Artikel https://www.nona.my/warisi-kecantikan-ibu-kejayaan-anak-dato-a-aida-genggam-ijazah-sarjana-muda-raih-pujian/

Ads

Anak Lelaki Dato’ Aaron & Datin Diyana Halik Ceburi Bisnes

“Inilah jenama saya yang baru, Gangsa yang menjual baju kurung perempuan dan lelaki, mengikut pakaian dan gaya zaman 50an dan 60an.

Jenama gangsa ini sebenarnya ialah gabungan dua perkataan iaitu gaya dan bangsa. Bila digabungkan jadi Gangsa.

Saya dari kecil nampak ibu bapa saya berniaga mereka pun jual baju kurung dan baju kebaya. Ini adalah perkara yang biasa untuk saya.

Saya bersekolah di Jepun dari tahun 2020 sampai 2023 dan saya seorang saja budak Melayu di sekolah itu.

Saya bersekolah di jepun dan saya seorang je budak melayu di sekolah itu. Banyak orang bertanya saya berasal dari mana dan saya beberapa kali berkongsi adat dan budaya Melayu serta cakap pasal pakaian tradisional kita.”

Ads

Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga! Lebih Sedekad Datin Diyana Halik Jadi Usahawan, Kini Anak Lelaki Ikut Jejak Langkah Berniaga!

Ujar Danish, status anak selebriti yang ‘dibawa’ memberi kelebihan untuk mempromosikan produk perniagaan namun dia enggan menumpang populariti bapa tersayang. Sebaliknya mahu berdikari dan berjaya dengan cara sendiri.

Sementara itu, bagi Datin Diyana Halik pula dia menyambut baik minat Danish untuk berniaga namun sentiasa membimbing anak sulungnya itu menempuh cabaran dunia perniagaan.

“Saya sentiasa berkongsi dengan Danish masalah-masalah saya (dalam perniagaan). Contohnya hadangan, liku-liku perniagaan ini dan saya sentiasa memberi motivasi dan sentiasa mengingatkan beliau bagi setiap perkara yang dia buat perlu ada ‘Plan B’. Sebab tiada sesuatu yang akan menjadi seperti yang kita rancangkan,”

Datin Diyana Halik mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Aaron Mustapha Aziz pada 3 Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI