Kini, spa atau Hammam semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia dan diterima baik sebagai salah satu cara untuk melegakan tekanan. Salah satu Hammam yang boleh dikunjungi terletak di Sofitel Kuala Lumpur Damansara yang dikenali sebagai So SPA. Ia merupakan spa yang lengkap dan memenuhi keperluan tubuh secara holistik.
Berkeluasan 3,700 kaki persegi, So SPA menyediakan tujuh bilik rawatan yang diberi sentuhan eksklusif dan elegan, sesuai dengan tujuan untuk membenarkan tubuh dan minda berehat dan serba ketenangan. Ia turut menyediakan sebuah bilik untuk pasangan suami isteri mendapatkan rawatan.
Selain itu, untuk menjaga keselesaan dan privasi para tetamu, bilik rawatan untuk lelaki dan wanita turut diasingkan. Dalam erti kata lain So SPA amat mementingkan ketenangan dan keselesaan para tetamu semasa dan selepas mendapatkan rawatan Hammam.
So SPA diinspirasi dari gaya dekorasi Perancis dengan memberikan suasana yang eksklusif buat para tetamu yang mendapatkan rawatan di sini. Dengan mood pencahayaan yang bersesuaian dengan kehendak tubuh dan minda yang ingin berehat, hiasan dalaman yang diketengahkan berjaya mencetus suasana damai yang nyaman. Padanlah dengan namanya, ia bagaikan memberi dimensi baru untuk memulihkan tubuh dan minda!
Menu yang disediakan di So SPA diinspirasi dari menu sebuah restoran gourmet terkenal Perancis, bersesuaian dengan Sofitel secara keseluruhannya. Para tetamu boleh memilih menu secara à la carte dengan hidangan pembuka selera, hidangan utama dan sebagainya mengikut kesesuaian.
Spa yang diberi sentuhan untuk memberikan ketenangan secara keseluruhan untuk para tetamunya, So SPA menggabungkan rawatan spa secara tradisional dari seluruh dunia dengan sentuhan dan skill modern French cosmetology. Selain itu, So SPA turut menawarkan rawatan tradisional Melayu seperti urutan yang sememangnya baik untuk melancarkan peredaran darah. Rawatan lain yang turut ditawarkan termasuklah rawatan diinspirasi dari tradisi Cina yang memberi penekanan khusus seperti shiatsu.
Selaras dengan namanya sebagai sebuah pusat Hammam mewah di ibu kota, So SPA memperkenalkan rawatan hammam eksklusif untuk lelaki dan wanita. Di sini, pelanggan boleh merasai keistimewaan rawatan Hammam Maghribi tradisional dengan menggunakan sabun khas dikenali sebagai Savon Noir Beldi olive rich black soup diikuti dengan Ghassoul mud body wrap.