
Makin meningkat dewasa makin terserlah kecantikan Leia Rose. Anak gadis yang juga cahaya mata sulung usahawan dan bekas personaliti televisyen, Marion Caunter dan SM Nasaruddin ini kian menjadi perhatian khalayak selepas muncul dalam sebuah kempen jenama produk kosmetik.
Rata-rata peminat ibu Leia memuji raut wajah remaja ini yang disifatkan cantik dan klasik. Berusia 13 tahun, anak sulung daripada tiga beradik berkenaan memiliki pakej lengkap seorang peragawati yang bersusuk tubuh tinggi lampai dan pandai bergaya. Tidak ubah seperti ibunda tersayang, Marion Rose Caunter.
Marion Caunter & Leia Rose Jaya Kempen Produk Gincu Bibir
Baru-baru ini Leia berpeluang menjayakan sesi penggambaran untuk produk Lip Slick jenama Mare by Marian yang merupakan bisnes milik Marion Caunter.
Dalam sesi fotografi produk kosmetik itu, Marion dan Leia anggun dalam persalinan kebaya klasik. Peluang dapat bergandingan dengan anak kesayangan nyata mengundang pelbagai perasaan bagi isteri SM Nasaruddin ini.
Kongsinya, ia merupakan kemunculan pertama Leia untuk kempen kosmetik dan membuatkan nalurinya sebagai ibu ‘terusik’. Enggan mendedahkan anak-anak kepada dunia glamor yang dilaluinya pada usia muda, Marion menjelaskan dia sangat berbesar hati dapat bersama-sama puteri tersayang apabila berkaitan kerjayanya.
View this post on Instagram
“Since the girls are now bigger and so aware and opiniated, I want them to have as much autonomy over their life choices as they possibly can. I explained to them both what the shoot entailed and if they were up for the job.
Leia immediately said Yes but Lana was not interested, and I wanted to honour their decisions. I never ever force. I was a little nervous for Leia, but she was an absolute natural on set, and when I asked her if she was tired at the end of our shoot, her immediate response was “No I loved it!!! When’s the next shoot?”
All in all, it was such a special day, being able to bond with my daughter, doing something together for the first time and leaving absolutely fulfilled. Thank you, Leia Rose. I know you’re not on IG but I know your friends will show this to you. Mommy loves you very much.”
Ibu Leia Rose, Marion Caunter Usahawan Kecantikan
Koleksi produk gincu bibir Mare by Marion ini sesuai digayakan untuk lebaran nanti. Selain mengusahakan Mare by Marion, bekas pengacara ini juga merupakan pengasas bersama salun rambut, My Hair Play.
Marion yang kini berusia 44 tahun memeluk Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Leia, Lana dan Liam.