WANITA dikatakan sebagai perhiasan dan pelengkap dalam sesebuah kehidupan. Wanita juga dikatakan racun juga penawar terhadap segala penyakit di muka bumi Tuhan ini. Inilah kelebihan dan keistimewaan kaum wanita. Wanita disarankan agar sentiasa tampil cantik, kemas, bersih serta berbau harum. Namun ada syarat yang dikenakan untuk melalui frasa ini. Semua kecantikan tersebut haruslah semata-mata untuk insan bergelar suami.

Tidak dinafikan disinilah terletaknya kelebihan buat kaum hawa. Memperkemaskan diri, bersih berserta dengan harum-haruman dan jika ia dilakukan untuk suami, dianggap sebagai suatu ibadat.
Melakukan ibadat sebenarnya perlulah dengan penuh keikhlasan, pahala ganjarannya. Begitu mudah untuk wanita yang bergelar isteri memperoleh pahala. Dan sebaliknya jika ia dilakukan bukan untuk suami, dan suami tidak menghalang, suami pula yang akan menanggung dosa tersebut.

IKLAN

Tetapi apabila disebut tentang penampilan, sepatutnya ia bukan hanya ditujukan kepada kaum wanita. Bahkan, lelaki juga disarankan agar sentiasa kemas, bersih dan wangi ketika berada di rumah. Tetapi ada juga dikalangan lelaki yang gagal melaksanakan keperluan ini. Mereka tidak mempedulikan penampilan diri ketika di rumah atau ketika bersama isteri.

Lelaki Ingin Melihat Wanita Atau Isterinya Cantik, Samalah Juga Dengan Wanita!

Di luar rumah, merekalah lelaki paling kacak dan begitu berkarisma. Sebaliknya pula ketika dirumah.. Saban hari dengan baju-T Pagoda lusuh dan kain pelekat atau seluar pendek lusuh tanpa berbaju. Rambut tidak disikat kemas dan badan pula berbau tengik kerana malas hendak membersihkan diri.

Dalam hal ini mungkin ada yang akan bergebang, isterilah yang bertanggungjawab dalam menonjolkan imej suami. Memang tidak dinafikan.. Tetapi jika penampilan di rumah pun perlu ditentukan oleh isteri, alamatnya bertambahlah lagi beban dan tanggungjawab sedia ada si isteri.

Kenyataannya, seperti mana lelaki yang sentiasa ingin melihat wanita atau isterinya cantik, demikian jugalah halnya dengan wanita. Mereka juga mempunyai citarasa.
Sentiasa ingin melihat suaminya kemas, bersih dan berketrampilan.

Kebersihan

Soal penampilan dan kebersihan diri adalah tuntutan agama. Ianya adalah ibadah jika dilakukan dengan ikhlas dan bukan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Tidak kira kepada kaum wanita atau pun lelaki.

Soal penampilan mungkin tidak menjadi masalah. Kerana ia mudah difahami kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi dalam soal kebersihan, ia terbahagi kepada dua. Bersih zahir dan bersih batin.

Kebersihan batin boleh dilakukan dengan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang keji, seperti sombong, riak, hasad, cinta keduniaan dan lain-lain. Juga dapat dilakukan dengan mengisi jiwa kita dengan budi pekerti yang terpuji, seperti tawaduk, mempunyai rasa malu, ikhlas, dermawan dan sebagainya.

IKLAN
Lelaki Ingin Melihat Wanita Atau Isterinya Cantik, Samalah Juga Dengan Wanita!
Gambar: Hiasan

Salah satu jalan untuk menyelamatkan diri kita dari akhlak-akhlak yang buruk agar memperoleh akhlak mulia telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin Juzuk yang ke 11.

Mungkin ada yang berkata, kebersihan batin saja yang boleh dilihat dengan mata kasar atau pun melalui deria bau. Sebenarnya kebersihan batin juga boleh dilihat dengan semua pancaindera. Ini kerana mereka yang bersih batinnya, di wajahnya akan terpancar ketulusan dan ketenangan. Kehadiran mereka sentiasa disenangi.

Kebersihan Zahir

IKLAN

Kebersihan zahir pula dapat diperoleh dengan meninggalkan segala yang bertentangan dengan agama dan menjalankan segala sesuatu yang sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Barang siapa menghiasi anggota lahiriahnya dengan beramal soleh serta memperbaiki jiwanya dengan akhlak mulia, maka sempurnalah kebersihannya. Jika masih tidak mencapai kesempurnaan itu, tetapi masih berusaha menjalankan kebersihan itu, ia pun masih mendapatkan bahagian kesempurnaan. Sesuai dengan berapa banyak akhlak keji yang ia hindari dan berapa banyak amal soleh yang ia dilaksanakan.

Lelaki Ingin Melihat Wanita Atau Isterinya Cantik, Samalah Juga Dengan Wanita!

Termasuk dalam kategori kebersihan zahir iaitu menghilangkan segala kotoran di dalam tubuh, bersuci dari hadas dan najis, menghilangkan bulu yang ada di ketiak, mencukur kumis serta memotong kuku. Makruh melambatkan membersihkan hal-hal yang tersebut hingga empat puluh hari.

Kebersihan zahir yang lain iaitu menghilangkan kotoran yang ada di celah-celah dan lubang yang ada pada tubuh kita, membersihkan kotoran di mata, membuang kotoran yang ada di dalam hidung serta membersihkan gigi terutama ketika hendak menunaikan ibadah .

Selalu membersihkan pakaian yang kotor dan jangan menggunakan air secara berlebihan. Beberapa hal yang berhubung dengan kebersihan adalah meminyak janggut dan menyisirnya, juga sunat merapikan setiap rambut yang dipelihara. Disunatkan bercelak sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI