Menjaga kesihatan antara agenda resolusi tahun baru. Namun berapa ramai yang betul-betul mengikutnya dan berapa ramai pula yang mencipta berbagai alasan? Mungkin tidak tahu hendak bermula dari mana atau terlalu terikat dengan gaya hidup sedia ada menyebabkan sukar untuk menetapkan pendirian.

Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba untuk hidup lebih sihat menjelang tahun baru 2018. Mungkin tidak perlu tunggu, bermulalah dari sekarang!

IKLAN

MINUM LEBIH BANYAK AIR

Nampak mudah tetapi inilah yang seringkali dilupakan iaitu pentingnya keperluan cairan dalam badan. Maka perlu meminum air putih yang secukupnya setiap hari. Seseorang mungkin tidak sedar dirinya sedang mengalami dehidrasi kerana kesannya dapat dilihat seperti kulit kering dan kusam.

Menjelang tahun baru ini terapkan kebiasaan meminum air putih sebagai pengganti cairan badan. Salah satu manfaat yang bakal anda perolehi ialah menurunnya berat badan. Ini kerana kita menjauhi kalori ekstra dari minuman manis.

TIDUR TERATUR

Kalau sepanjang tahun 2017 rutin tidur anda tidak teratur maka mulakan tahun baru dengan cara tidur yang lebih berkualiti. Tidur adalah keperluan setiap orang yang tidak boleh dipandang mudah. Kurang tidur boleh mengakibatkan berbagai kesan buruk.

Kesan jangka pendeknya ialah sukar untuk fokus dan emosi tidak stabil. Kesan jangka panjangnya pula meningkatkan risiko penyakit jantung serta kanser. Atur jam tidur anda bermula dengan mengurangkan paparan cahaya terang pada malam hari, elak makan larut malam dan wujudkan ruang bilik tidur yang menyenangkan.

PILIH OLAHRAGA SESUAI

IKLAN

Mulalah bersenam dan berolahraga. Mungkin sebelum ini ia menjadi omong kosong anda namun tahun baru ini realisasikanlah ia! Pun begitu jangan pula sekadar mengikut trend kerana kelak ia hanya mendatangkan kesukaran untuk anda konsisten. Kuncinya, cari jenis olahraga yang anda sendiri suka.

BANYAK MAKAN BUAH DAN SAYURAN

IKLAN

Diet sihat ‘wajib’ ada amalan ini. Namun kalau sekadar mengikut trend diet tertentu maka sukar bagi anda. Lakukan perlahan-lahan dengan membataskan apa sahaja yang masuk ke dalam mulut secara sederhana.

Banyak makan buah dan sayuran membantu perut memenuhi keperluan serat yang menyihatkan. Kesannya, anda akan sentiasa merasa kenyang dan ‘malas’ hendak makan khususnya makanan bergoreng dan berlemak.

CARI HOBI BARU

Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Tiada salahnya untuk kita selalu memiliki banyak cara untuk merasa bahagia. Apabila seseorang itu merasa stres atau depresi di saat kesibukan sehari-hari maka carilah waktu untuk beristirahat dan lakukan hobi baru. AMY MOHD