Renda cukup sinonim dengan busana perkahwinan. Pemilihan renda amat penting bagi memastikan busana pilihan anda tampak cantik dan sempurna. Sulaman renda yang bersesuaian memberi kesan elegan dan eksklusif sekaligus membiaskan aura jelita yang lebih nyata. Oleh itu, pastikan anda memilih renda yang tepat agar penampilan anda lebih sempurna dan menyerlah. Tip fesyen kali ini berkongsikan panduan untuk memilih fabrik renda sempurna untuk dijadikan pilihan.

Lengkapkan Wedding Dress Idaman Anda Dengan Pilihan RENDA Yang Sesuai

1. Pelbagai motif atau corak renda yang boleh didapati di gedung fabrik yang boleh dijadikan pilihan. Untuk kelihatan cantik dan tampak elegan, sebaiknya pilihlah renda yang mempunyai motif atau corak bunga yg jelas kelihatan bentuk dan coraknya.

2. Sekiranya anda mempunyai bentuk badan yang agak besar,elakkan memilih motif bunga renda yg besar,sarat & berkilat. Anda boleh bergaya dengan renda yg mempunyai manik dan labuci,tetapi pastikan bentuk bunga itu kecil dan tidak terlalu besar agar kelihatan seimbang dan sempurna.

Lengkapkan Wedding Dress Idaman Anda Dengan Pilihan RENDA Yang Sesuai

3. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggunakan renda di bahagian atas baju atas bahagian tertentu sahaja. Selain memberikan kesan yang lebih ringkas dan minimalis, penggunaan renda yang tidak keterlaluan dapat menjimatkan wang anda. Selain itu,anda bole hiaskan sedikit renda berlebihan di tudung agar tampil lebih anggun.

4. Elakkan dari membeli renda yang terlalu murah dan tidak berkualiti. Pemilihan renda yang tidak berkualiti memberikan kesan yang tidak menyerlah dan kelihatan murah. Sebagai contoh anda boleh memilih renda Perancis atau pun renda Prada yang menjanjikan kualiti yang baik.

Lengkapkan Wedding Dress Idaman Anda Dengan Pilihan RENDA Yang Sesuai

5. Selain itu, pemilihan rona renda juga harus sesuai dengan rona kulit anda. Elakkan dari memadankan fabrik renda dengan rona fabrik untuk dijadikan lining yang terlalu kontra. Pilih rona yang seakan sama atau senada bagi menghasilkan kesan yang lebih harmoni. Sebaiknya, pilihlah rona renda dengan palet pastel agar tampak lebih manis dan memberi aura lebih menyerlah.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI