Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah tentu banyak dihabiskan di hadapan skrin televisyen, komputer dan gajet bukan? Tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak, situasi yang sama dihadapi apatah lagi kebanyakan bekerja dari rumah serta kanak-kanak menyiapkan tugasan sekolah dari rumah. Namun, berapa ramai yang prihatin tentang soal penjagaan mata selepas seharian menghadap skrin? Inilah realiti apabila bekerja dari rumah dengan kekerapan menghadap skrin dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.

IKLAN

Mata merupakan organ yang mempunyai keistimewaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Melalui mata, seseorang individu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah dan sudah sewajarnya deria istimewa ini memerlukan perhatian yang sebaiknya.

Letih Menghadap Komputer Seharian? Ini Langkah Penjagaan Mata Perlu Anda Lakukan

Mata sememangnya antara organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada setiap manusia. Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah iaitu ‘dari mata turun ke hati’. Walaupun mata cukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, mata terlalu terdedah di skrin komputer, kaca televisyen dan gajet.

Letih Menghadap Komputer Seharian? Ini Langkah Penjagaan Mata Perlu Anda Lakukan

NONA mendapatkan pandangan dari Pakar Oftalmologi (MATA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Dr Maimunah Abdul Muna’aim  mengenai tip penjagaan mata yang sering kali diabaikan oleh golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak .Dr Maimunah berkongsi tip berguna ini untuk dijadikan panduan.

Letih Menghadap Komputer Seharian? Ini Langkah Penjagaan Mata Perlu Anda Lakukan

Dr Maimunah Abdul Muna’aim

KEBAIKAN TEKNIK SENAMAN MATA

IKLAN
  • Senaman mata dapat membantu menguatkan lagi otot-otot mata secara langsungnya akan membantu meningkatkan daya fokus dan penglihatan

TEKNIK 1-KERDIPAN MATA

  • Latihan kerdipan mata – untuk mengurangkan keletihan mata
  • Apa yang anda perlu lakukan?
  • menutup mata rapat selama 3-4 saat.
  • Seterusnya buka mata anda selama 3-4 saat semula.
  • Ulang latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata ketika menggunakan komputer.
  • Letih Menghadap Komputer Seharian? Ini Langkah Penjagaan Mata Perlu Anda Lakukan

TEKNIK 2- TEKNIK ANGKA LAPAN

  • Bayangkan terdapat nombor lapan gergasi pada jarak 3m di hadapan kita
  • Secara perlahan-lahan, cuba anda ikuti lakaran bayangan angka lapan tersebut
  • Lakukan latihan ini pada satu arah untuk beberapa mini (3-5minit) sebelum menukar kepada arah yang bertentangan untuk beberapa minit (3-5minit) juga.

Letih Menghadap Komputer Seharian? Ini Langkah Penjagaan Mata Perlu Anda Lakukan

IKLAN

TEKNIK 3- ‘PALMING’

  • ‘Palming’- teknik menekup mata :Pastikan anda duduk dengan selesa di hadapan meja dengan siku di atas meja
  • Letakkan tengah tapak tangan anda menutupi mata sepenuhnya,
  • Pastikan mata anda dapat berkedip tanpa gangguan dan halangan di bawah telapak tangan serta tidak menekan mata dengan kuat.
  • Biarkan dalam keadaan begini untuk beberapa minit (3-5 minit).
  • Letih Menghadap Komputer Seharian? Ini Langkah Penjagaan Mata Perlu Anda Lakukan

Teknik 4: Penumpuan dekat dan jauh

  • Pegang objek pada jarak 10cm
  • Pandang objek selama 2-3 saat
  • Alihkan pandangan pada objek 6m di hadapan
  • Ulang latihan ini sekurang-kurangnya 10 kali

TEKNIK 5- ZOOMING

  • Regangkan tangan sejauh yang boleh dengan tangan digenggam dan ibu jari
  • Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibu jari
  • Bawa ibu jari anda secara perlahan-lahan menghampiri mata
  • Perlahan-lahan gerakkan tangan anda menjauhi mata anda sejauh yang mungkin dan tangan meregang ke sisi.

Foto: Pixabay

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI