Agak menakutkan bila dapat tahu bilangan wanita yang mengalami masalah kesuburan semakin meningkat. Selain disebabkan faktor pekerjaan yang terdedah kepada tekanan, salah satu punca terjadinya permasalahan ini adalah kerana pemakanan dan mengabaikan amalan gaya hidup sihat.

IKLAN

Melalui coretan terbaharu Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Prof Dr Hamid Arshat baru-baru ini nyata meninggalkan kesan mendalam buat seluruh kaum wanita. Bersandarkan kemampuan dan kejayaan Prof Dr Hamid menjalankan operasi pembedahan berkaitan sakit puan serta keterbukaannya berkongsi tip kesihatan, tidak hairanlah ruangan media sosial Prof Dr Hamid juga sering menjadi rujukan wanita terutama golongan isteri dan ibu.

Luah Rasa Bimbang Tentang Kesuburan Wanita, PROF DR HAMID ARSHAT Tinggalkan Pesanan Ini!
Sumber foto: Google

“Bermula kerja hari ini dengan sesi pembedahan. Pesakit menghidap masalah saluran fallopian bengkak dan tersumbat. Tiada peluang untuk benih suami dan telur isteri bertemu dan bercantum.

Saya dapati semakin ramai wanita menghadapi masalah blocked tubes. Apa punca? Punca utama ialah jangkitan kuman pada saluran fallopian. Sering berlaku dalam tempoh jangka panjang, tiada tanda hanya lelehan putih atau berwarna kuning atau hijau.

Jangkitan kadang-kadang berlaku lepas gugur (sama ada spontan atau disengaja), bersalin, pakai alat IUCD atau serpihan daripada appendix. Punca lain saluran tersumbat ialah penyakit endometriosis, sering tandanya ialah senggugut. Mungkin berlaku sejak remaja.

Luah Rasa Bimbang Tentang Kesuburan Wanita, PROF DR HAMID ARSHAT Tinggalkan Pesanan Ini!
Keadaan tiub fallopian bengkak dan sumbat
Luah Rasa Bimbang Tentang Kesuburan Wanita, PROF DR HAMID ARSHAT Tinggalkan Pesanan Ini!
Keadaan tiub fallopian bengkak dan sumbat

Rahim juga retroverted. Ovarian cysts dan fibroids. Lepas bedah appendix, cesarean atau lain-lain jenis pembedahan perut yang meninggalkan parut dan lekatan (adhesion).

Untuk hamil, mereka yang menghidap sumbat saluran hanya dua pilihan iaitu IVF (bayi tabung uji) atau setengah pesakit boleh bedah untuk ‘repair’ saluran fallopian.

Perlu diingat tiada rawatan yang dijamin akan berjaya. Segala-galanya atas kehendak dan restu Allah SWT. Langkah-langkah pencegahan untuk menjaga dan menjauhkan diri dari berbagai-bagai penyakit dalam peranakan adalah lebih baik. Sayangi rahim anda. Jauhi tabiat buruk. Ubah cara gaya hidup kepada yang sihat dan diredai Allah.”

Luah Rasa Bimbang Tentang Kesuburan Wanita, PROF DR HAMID ARSHAT Tinggalkan Pesanan Ini!

IKLAN

Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat

Kunci kehidupan sihat

  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres

Luah Rasa Bimbang Tentang Kesuburan Wanita, PROF DR HAMID ARSHAT Tinggalkan Pesanan Ini!

IKLAN
  1. Makan Secara Sihat
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan rendah gula, garam dan lemak.

2. Lakukan aktiviti fizikal

  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

3. Belajar tangani stres

  • Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan

Sumber Info: www.myhealth.gov.my

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI