
Tergelak bila baca posting Datin Dr Halina Mohd Yunos yang mendedahkan sikap Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang tidak putus-putus berusaha mengajak dirinya rajin bersenam di gym! Meskipun ajakan tersebut tidak dizahirkan secara terang-terangan, tetapi dari gaya bahasa yang dilontarkan sang suami.. perkara itu dapat dihidu Datin Dr Halina sejak awal lagi. Apa-apa pun, kredit harus diberikan kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar atas komitmen beliau menggalakkan gaya hidup sihat buat isteri tersayang.
Kongsi Datin Dr Halina, “My husband is very smart.. he has few tricks on his sleeves to make me go to the gym. Here’s some..”
Situasi 1
Him: Wanna go breakfast today? We can go eat breakfast at Rebung.
Me: Sounds good.
Him: Why don’t you go to the gym first.. then we go.
Situasi 2
Him: I’m going to UnderAmour. You wanna come?
Me: Nak! Then I realized, it’s ONLY UnderAmour. The only thing I can buy is sports attire and I have to workout because I bought new sports attire.
Situasi 3
“Situasi yang ini bukan trik tapi salah satu daripada percubaan beliau untuk mengajak saya ke gym.”
Him: Why don’t you go to the gym today?
Me: I period. Don’t feel like running.
Him: You can just walk.
Mana-mana isteri kalau berada di tempat Datin Dr Halina pun pasti jadi kelu bila suami tidak mengalah beri semangat. Iyalah, niat mereka mahu pasangan menjalani gaya hidup sihat dan cergas. Tidak salah pun memenuhi permintaan mereka. Mana tahu, hari pertama masuk gimnasium saja… anda sudah mula jatuh cinta.
Jadi, buat para suami yang mahu buat perkara sama terhadap isteri anda.. apa kata anda tiru pendekatan Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini. Mungkin kata-kata dan ajakan magis anda mampu menarik minat isteri untuk aktif bersenam di gimnasium kelak.
Sumber: Instagram Dr Halina
Impian Suami Jadi Presiden Filipina Terkubur, Kediaman & Gaya Hidup Mewah Jinkee Pacquiao Jadi Tumpuan!

Melihat gaya hidup mewah Jinkee Pacquiao pasti ramai rasa cemburu. Dilimpahi dengan kesenangan duit, isteri kepada bekas senator Filipina yang juga atlet tinj terkemuka dunia ini bertuah kerana dikurniakan ‘harta’ paling bernilai iaitu lima orang cahaya mata mereka.
Mengintai kehidupan Jinkee, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
Menerusi perkongsian Pengasas Jinkee Skin di media sosialnya, pasangan berpengaruh Filipina tersebut menduduki kediaman baharu mereka sekitar Mac lepas. Memang besar, moden dan mewah rumah Jinkee.
Dilengkapi dengan kolam renang dan landskap indah menghijau, dekorasi kediaman turut menjadi perhatian peminat.








Tahun lalu, suami Jinkee iaitu Manny Pacquiao aktif berkempen bagi merebut jawatan Presiden Filipina. Namun rezeki tidak berpihak kepada Manny.
Di sebalik kemewahan yang dinikmati hari ini, Jinkee dan suaminya pernah melalui liku hidup yang sukar.
Wanita cekal ini pernah hidup sengsara kerana selain kerjaya tinju suami yang kurang bersinar, Manny juga dahulunya seorang suami yang berfoya-foya, terlibat dengan judi dan perkara negatif lain.





Dek kerana sikap itu, Jinkee Pacquiao pernah terfikir untuk bercerai namun kerana sayangkan ikatan yang telah terbina dia sanggup bersusah-payah membantu membina semula kerjaya suami sehingga berjaya seperti sekarang.
Menurut GMA News, pasangan ini kembali menghangatkan hubungan yang kian retak menanti belah dengan menikmati bulan madu kali kedua mereka.
Dan buat pertama kalinya, Jinkee yang juga penerbit filem, usahawan dan personaliti media Filipina ini hadir menemani suami tercinta ke pusat latihan tinju di Los Angeles.
Dari situlah bermulanya perubahan positif Manny hingga melonjakkan namanya selaku ahli tinju terkemuka dunia. Berkat sokongan Jinkee dan usaha keras, Manny atau lebih dikenali dengan gelaran PacMan di gelanggang tinju telah dianugerahkan Fighter of the Decade pada 27 Julai 2009.







Sehingga ke saat ini, Manny Pacquiao tersenarai dalam The 20 Richest Boxers In The World 2019 dan dia menduduki tangga keenam dengan meraih pendapatan setinggi USD190
juta.
Memetik laporan Forbes pula Pacquiao antara 2019 The World’s Highest-Paid Athletes Earnings dengan pendapatan berjumlah sekitar USD26 Juta bagi setiap perlawanan yang dimenanginya.
Menurut Post Magazine, ahli tinju berkenaan dilaporkan membeli rumah agam di Beverly Hills bernilai USD12 juta yang dahulunya pernah didiami rapper Sean Combs. Pada 2010 Pacquiao dicalonkan sebagai Philippine House of Representatives dan bergelar Senator pada tahun 2016.


Menerusi perkongsian di Instagram wanita berusia 43 tahun ini, Jinkee turut memperlihatkan gaya hidup mewah dengan berkongsi kediaman mereka yang besar dan eksklusif serta cita rasa fesyennya.
Gemar bergaya dengan jenama mahal dari hujung rambut ke hujung kaki, Jinkee turut mempunyai koleksi beg tangan Hermes pelbagai saiz dan jenis.
Bahkan dia juga merupakan penggemar jenama Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Itu belum lagi kira kasut, jam tangan, baju, cermin mata hitam dan bermacam-macam aksesori lain yang ada dalam simpanannya.
Selain mempunyai rumah agam di Filipina, mereka juga dikhabarkan memiliki kediaman elit di Los Angeles.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/akhirnya-dream-home-kak-yatie-terlaksana-mahligai-mewah-anak-bonda-rozita-ibrahim-siap-2024/
Cinta Berputik Kala Penjurian Program Realiti, Wajah Comel Anak DATIN BALQISH Curi Tumpuan

Seronok mendengar cerita tentang detik perkenalan di antara Datin Balqish dan suaminya, pemilik kepada produk V’Asia Cosmetic & Healthcare, Datuk Dr Azril Mohd Radzi. Nyata jodoh tidak pernah salah alamat, perkenalan yang singkat dan seterusnya mengikat ikatan yang sah serta kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Sarra Ayesha dan Umar Mateen.



“Sebenarnya perkahwinan saya dengan Datuk berlaku dalam masa yang begitu pantas. Kami mula berkenalan selama enam bulan kemudian terus bertunang. Hanya mengambil masa lima bulan bertunang dan terus sepakat mendirikan rumah tangga bersama.
Perkenalan kami juga berlangsung secara tidak sengaja. Semuanya berlaku apabila Datuk telah di undang untuk menjadi juri dalam pertandingan program realiti televisyen Pencarian Nona Manis 2015.
Secara jujurnya saya memang tidak kenal siapa Datuk ketika itu, walaupun produknya sudah terkenal di seluruh Malaysia. Selepas dirisik dengan krew produksi dan sebagainya baharu saya mengenali siapakah gerangannya,” bicara Datin Balqish atau nama Datin Balqish Banu Mohd Hussni mengimbau kenangan manis detik pertemuan bersuami suami tercinta.


Menamatkan zaman gadis dalam usia yang begitu muda mungkin perkara biasa tetapi apabila memiliki status sebagai seorang Datin dalam usia yang begitu muda agak luar biasa. “Memang benar saya berkahwin dalam usia yang agak muda, ketika itu baharu sahaja berumur 22 tahun. Perkahwinan ini secara tidak langsung ‘memaksa’ saya untuk bergelar Datin.

Memang ramai yang bertanya soalan bagaimana perasaan bergelar Datin dalam usia yang begitu muda. Bagi saya, saya masih seperti orang yang sama sedikit pun tidak berubah seperti sebelum mendirikan rumah tangga. Hanya ketika berada dalam majlis formal sahaja saya menggunakan status tersebut selebihnya saya hanya orang biasa sahaja,” ungkap Datin Balqish merendah diri.

Memiliki suami yang sudah mempunyai tapak kukuh dalam perniagaan bukan tiket untuk Datin Balqish duduk goyang kaki. Walaupun wajar berbuat demikian tetapi wanita ini tetap mahu membina empayar perniagaan sendiri. “Buat masa ini saya ingin mengembangkan lagi perniagaan atas talian yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi.
Alhamdulillah perjalanan perniagaan saya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Suami saya paling banyak membantu dari segi strategi pemasaran, perancangan, pengurusan kewangan dan sebagainya. Walaupun masih baru bertapak dalam perniagaan ini tetapi saya bangga apabila sudah mempunyai dua jenis produk penjagaan kulit dan satu produk minuman tenaga.


Memiliki rupa paras persis gadis Arab merupakan bonus buat wanita yang murah dengan senyuman ini. Apakah rutin kecantikan yang sering diamalkan oleh Datin Balqish? “Sama seperti kebanyakan wanita lain, rutin kecantikan yang saya amalkan adalah membersihkan wajah, sapu penyegar dan juga pelembap.
Saya cuci wajah dua kali sehari dan sapu bedak jika perlu kerana lebih suka tampil natural. Saya jarang bersolek, namun apabila bersolek saya akan pastikan selepas bersolek mesti mencuci dengan bersih. Dan jika tiada apa yang perlu untuk disolekkan saya lebih senang dengan memakai krim tabir suria dan pelembap sahaja. Tiga produk kecantikan yang wajib ada di dalam beg tangan saya adalah cecair pembasmi kuman, lipstik dan bedak kompak,” ujar Datin Balqish sambil tersenyum.
Apa yang menarik sangat tu?
Tak Malu Mengaku Beli Baju Anak RM10, DATIN ZIZIE IZETTE Siap Tunjuk Bukti Kedai Lagi!

Terpaku baca pengakuan Datin Seri Zizie Izette di Instagram miliknya semalam. Iyalah, bagi seseorang yang berstatus selebriti dan ‘Datin’ mesti ramai yang beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki. Namun situasi berbeza bagi isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ini apabila beliau tanpa berselindung mendedahkan tidak terkecuali membeli baju kelima-lima anaknya serendah harga RM10! Macam tak percaya pula, bukan?
Untuk menunjukkan beliau tidak ‘propa’, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini mengemukakan bukti tersebut di IG. Siap muat naik video lagi. Kata Datin Seri Zizie, “So guys, I just want to share with you kedai murah yang I belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post-post saya di IG sebelum ini. Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2. Semurah RM10!!! Saya tak propa tau bila saya kata anak-ank memang ada pakai baju RM10.”
Turut menyatakan hashtag ‘I love being real’ dan ‘Honesty is the best policy’… dalam video yang dikongsikan Datin Seri Zizie jelas kelihatan pembantu peribadi sambil ditemani tiga anak kesayangannya yang setia menanti di dalam stroller. Ujar pelakon berkulit putih gebu ini lagi, kedai tersebut menyediakan bermacam-macam baju kanak-kanak yang menarik dengan harga berpatutan.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Malah, memang ada di antara T-shirt dalam kedai berkenaan pernah dipakai anak Datin Seri Zizie. Kalau sudah memang cantik dan selesa, apa salahnya beli! Lagipun kanak-kanak cepat membesar dan daripada membeli baju yang mahal, ada baiknya duit yang ada digunakan untuk pendidikan atau kesihatan mereka kelak.
Sebelum ini Datin Seri Zizie pernah mencuri tumpuan peminatnya dengan kehadiran lima pembantu yang ada di samping beliau sepanjang percutian bersama anak-anak. Disifatkan sebagai seorang ibu yang suka bercuti, wanita berusia 40 tahun ini pernah melancong sampai ke Paris, Belanda, Rusia dan Sepanyol.
Ketika disapa peminat yang kagum dan sependapat dengan tindakan beliau untuk menggaji lima pembantu untuk setiap anak, ini jawapan jujur Datin Seri Zizie.
“Betul, diaorang masih kecil bawah dua tahun kecuali kakak (Jenna). Dah la time ni tengah lasak panjat berlari sana-sini. Bila dah besar sikit dah tak perlu ramai dah. Dua orang mungkin dah memadai.”
Tidak mahu menafi dan mengetepikan pertolongan maid, Datin Seri Zizie tidak malu mengaku rutin hariannya banyak dibantu oleh mereka berlima.
“Sudah semestinya! Tapi dengan adanya diaorang memudahkan lagi perjalanan hidup seharian tu. Kalau kita sibuk di dapur atau ada kerja lain, ada orang lain yang boleh diharapkan untuk tengok anak-anak.”
Tatkala ditanya bagaimana beliau dan suami mampu menggaji pembantu rumah yang ramai… Datin Seri Zizie menjawab pertanyaan tersebut dengan sopan dan bersyukur kerana diberikan rezeki lebih untuk tujuan tersebut. 1 Mac lalu, beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang comel dan anak bongsu daripada lima beradik yang diberi nama Aalisa Belle Izette.
Kredit: Instagram Datin Seri Zizie Izette