Dengar macam pelik tapi bagi yang sudah biasa, amalan kecantikan ini mendatangkan kesan positif terhadap diri. Mahu cuba atau tidak, semuanya terpulang kepada persepsi masing-masing. Pada pandangan penulis, selagi amalan tersebut tidak bertentangan dengan adat dan budaya serta tidak membahayakan, tidak salah pun kita mencuba!

IKLAN

TIP CANTIK: ELAK MATA SEMBAP

  • Petua 1: Hanya menggunakan sudu, anda boleh menghilangkan kesan sembap di bawah mata. Ambil sebatang sudu dan letakkan di dalam peti sejuk selama lima minit. Apabila sudu sudah sejuk, tekupkan pada mata untuk mengurangkan bengkak.
  • Petua 2: Hiris timun atau ubi kentang dan tekupkan pada bahagian mata untuk menghilangkan sembap. Biarkan kepingan timun atau ubi kentang pada mata dan anda boleh lihat kesannya.

Lucu & Pelik, 7 Tip CANTIK Ini Mesti Anda Cuba Kerana Hasil Yang Menakjubkan!

TIP CANTIK: SKRUB

  • Percutian yang diambil khas untuk meredakan ketegangan dan keletihan dikelilingi kerja-kerja pejabat adalah waktu terbaik untuk anda mula ‘berkawan baik’ dengan skrub. Sekiranya perancangan percutian anda di tepi pandai, jemur tubuh di bawah sinaran matahari. Lumurkan pepasir pantai ke seluruh tubuh dan lakukan seperti skrub. Cara yang semula jadi, sihat dan jimat!

 

TIP CANTIK: PUTIHKAN GIGI

  • Ambil sebiji buah strawberi dan sental pada gigi atau menumbuknya lumat dan jadikan sebagai ubat gigi. Lakukan beberapa kali dan lihat keberkesanannya. Asid pada strawberi bertindak balas pada gigi dengan baik. Pastikan membersih mulut selepas itu agar dapat mengurangkan keasidan dalam mulut. Ingat, jangan lakukan setiap hari kerana boleh merosakkan gigi.

Lucu & Pelik, 7 Tip CANTIK Ini Mesti Anda Cuba Kerana Hasil Yang Menakjubkan!

TIP CANTIK: HALANG JERAWAT

IKLAN
  • Siapa sangka ubat gigi bukan hanya bertindak untuk membersihkan gigi tetapi juga boleh melawan jerawat. Sapu ubat gigi pada jerawat sebelum tidur dan biarkan semalaman. Ambil ubat gigi berwarna putih sahaja. Solusi ini amat berkesan terutamanya jika anda sudah kehabisan krim wajah. Jangan gunakan selalu!

 

TIP CANTIK: GINCU AKAR BIT

IKLAN
  • Tahukah anda pemerah bibir boleh didapati di dalam peti sejuk? Akar ubi bit yang berwarna ungu dan merah boleh menjadi lipstick stain yang terbaik dan semula jadi. Dap sedikit pewarna pada bibir dan tampil lebih berseri!

Lucu & Pelik, 7 Tip CANTIK Ini Mesti Anda Cuba Kerana Hasil Yang Menakjubkan!

TIP CANTIK: TIDUR YANG CANTIK

  • Beauty sleep, istilah yang biasa digunakan untuk mengajak para wanita tampil cantik dan mendapat rehat secukupnya. Secara logik, jika kurang tidur wajah akan kelihatan murung sehingga menyebabkan senyuman anda menjadi hambar. Lingkaran gelap di bawah mata juga sukar dilindungi dengan bedak asas mahu pun cecair penyamar noda.

 

TIP CANTIK: RESIPI DI RUMAH

  • Kecantikan semula jadi bermula dari rumah. Tanamkan minat suka memasak kerana dari situ anda boleh kenal dan tahu khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan di dapur sekali gus boleh dijadikan penawar untuk masalah kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI