Meniti usia 27 tahun, kematangan anak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini cukup menyerlah. Bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Syafiqa Hayra bukan hanya disifatkan seorang wanita cantik dan bijak bahkan memiliki keperibadian yang baik. Kalau arwah Mr Os masih ada, mesti dia bangga melihat kejayaan anak perempuannya hari ini.
Walau bergelar anak selebriti tapi Dr Syafiqa selesa jalani hidup low profile. Apatah lagi sebagai seorang doktor, kebanyakan masanya adalah di hospital. Mesra menyambut panggilan Nona, Dr Syafiqa tanpa berselindung mengakui dia seorang wanita yang ringkas. Jika tidak bekerja, dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah dengan ahli keluarga.
Kongsi wanita berjiwa besar ini, “Saya agak sibuk bekerja dan dah jarang update aktiviti di media sosial. Sekali sekala ada waktu lapang, saya suka masak-masak dan baking. Saya record dan edit video memasak untuk channel Youtube masakan saya, Intai Dapur Syafiqa Hayra. Selain itu, saya juga suka habiskan masa dengan kucing-kucing peliharaan saya.”
Mengulas lanjut mengenai saluran Youtube Intai Dapur Syafiqa Hayra, graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Egypt ini membuka kisah di sebalik kewujudan akaun Youtube berkenaan. “Memang dah lama minat memasak, sejak kecil lagi. Kalau tengok YouTube saya, macam-macam menu masak ada termasuklah sajian Melayu, Korea dan juga Western.”
Ujarnya lagi, individu yang banyak membantu dirinya menjayakan video berkenaan ialah ibu tersayang. “Selalu memang mummy tolong sekali masak dan dia juga yang bagi resipi. Misalnya, Gulai Siput Sedut Dengan Ubi Keledek. Ni arwah abah punya favourite menu. Ikutkan Abah jarang makan makanan Western. Tapi saya pernah masak Swedish Meatball ala Ikea untuk dia dan tak sangka dia terus suka. Bila saya balik Malaysia waktu study dulu Abah selalu minta saya masakkan hidangan ni.”
Dr Syafiqa HayraKetika di Chalet keluargaKenangan sewaktu di MesirIbu tersayang Dr SyafiqaGulai Siput Sedut, hidangan kegemaran arwah Mr OsSwedish MeatballsAsam Pedas Tetel
Daripada perbualan bersama Dr Syafiqa, jelas menggambarkan kerinduan dirinya terhadap bapa tersayang. “Asam pedas Tetel ni sebenarnya Abah tak berapa gemar makan sebab arwah complain orang lain masak asam pedas mesti ceroi (cair). Tapi bila mummy masak, dia suka sebab pekat dan rasa tak sama macam orang lain masak.
Ads
Dulu Abah sampai pernah offer dekat mummy suruh buka restoran sebab mummy masak memang sedap. Tapi sayangnya mummy ada masalah tulang belakang. Dia tak boleh buat kerja-kerja berat,” terangnya.
Tahun ini merupakan tahun kelima allahyarham bapa Dr Syafiqa kembali ke rahmatullah. Jika arwah masih hidup, dia kini berusia 60 tahun. Meskipun tidak lagi berpeluang memeluk dan mencium bapa tersayang, namun segala kenangan manis bersama arwah sentiasa segar di ingatan.
“I’m a doctor now Abah. Epit dah tunaikan janji untuk jadi doktor dekat Abah. Tak pernah lupa jasa Abah beri kami sekeluarga makan yang cukup, besarkan dengan didikan yang baik, segalanya cukup. Seorang Abah yang cukup baik dan sempurna. Sepanjang hayatnya, tak pernah lokek, malah kuat bersedekah dan suka mempermudahkan urusan semua orang. Moga Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.
Ads
Abah sangat tegas dan mementingkan masa. Walau macam mana susah sekalipun dia akan sentiasa memenuhi permintaan anak-anak. Selain itu, Abah juga suka menjamu orang makan dan buat orang gembira. Dia sangat pemurah dan mudah rasa kasihan dekat orang.
Salah satu perangai Abah yang buat saya kagum ialah cara Abah menghargai ibu bapanya. Walau pun ibu bapa Abah iaitu atuk dan nenek saya sudah meninggal, Abah tetap sentiasa bersedekah bagi pihak kedua ibu bapanya. Nampak betapa Abah sangat menyayangi mereka berdua. Bahkan ketika hayatnya, even in his purse, Abah masih letak gambar ibu dia.”
Allahu, tersentuh mendengar pendedahan Dr Syafiqa mengenai arwah bapa! Selama ini masyarakat mengenali Mr Os sebagai pelawak dan penghibur tetapi di sebalik lawak jenakanya, tersimpan sisi penyayang penuh keikhlasan bekas anak seni tersebut.
Ads
Sementara itu, ditanya perancangan Dr Syafiqa untuk mendirikan rumah tangga, dengan nada mesra dia menjelaskan belum ada perancangan ke arah tersebut buat masa sekarang. “Saya tak tetapkan perancangan untuk kahwin. Soal jodoh saya letakkan di tangan Allah. Kadang-kadang kalau kita rancang pun semua yang terjadi Allah yang tetapkan. Saya percaya je pada ketentuan Allah. Apa-apa pun, saya simpan impian nak jadi specialist dan teringin nak ada klinik sendiri. Tolong doakan ya.”
Semoga segala harapan yang diimpikan Dr Syafiqa dipermudahkan dan dimakbulkan Allah. Harapan Nona agar perkongsian Dr Syafiqa menjadi pencetus inspirasi kepada kaum wanita untuk berjaya dan mengejar impian mereka.
Kredit foto: Instagram Syafiqa Hayra
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam orang lain sibuk melekakan anak-anak dengan tab dan handphone ketika rumah terbuka, Memey Suhaiza pula sibuk simpan semua gajet sebaik tiba di rumah saudara-mara. Kenapa pula?
Ibu tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 9 bulan ni teruju sungguh nak sambut Syawal, maklumlah first time sambut dengan baby girl. Ada geng untuk Memey!
Kerana terlalu teruja dapat baby girl, sebaik saja lepas scan Memey terus shopping baju untuk baby. Boleh dikatakan setiap hari Mikayla pakai baju baru kerana terlalu bajunya terlalu banyak!
“Termakbul juga impian kami nak anak perempuan. Memey paling happy sebab tahun ni boleh pakai baju matching-matching. Kalau tak asyik abang dan the boys je sedondon, Memey tak ada geng!”katanya.
Menurut Memey, tema baju bukan hanya untuk dia dan keluarga malah termasuk juga keluarga besar Bersama Abby Abadi. Pendek kata keluarganya memang akan beraya sakan setiap tahun.
“Hari rayalah kita kena kenal sanak-saudara. Memey suka bila tengok anak-anak sibuk bermain dengan sepupu-sepupu mereka. Sebelum sampai rumah kunjungan lagi anak-anak akan berikan gajet pada Memey untuk disimpan kerana mereka dah biasa dengan cara tu.
Bukan menidakkan teknologi tetapi perlu ada hadnya. Kalau bukan kita sebagai ibu bapa yang mendidik, nak harapkan siapa lagi?” tegasnya.
Seronoknya tengok keluarga besar Memey dan Norman Hakim. Tak cukup dengan sambutan raya di Kuantan (Norman Hakim), Memey dan keluarga akan Bersama keluarga besar mereka (Abby Abadi) dan keluarga Memey sendiri di Kuala Lumpur juga. Lihat sajalah keriuhan keluarga ni.
Untuk ibu bapa lain, jika boleh selitkan cara didikan Memey ini untuk anak-anak anda, bagus juga supaya anak-anak kenal saudara-mara. Untuk baca lebih lanjut, jangan lupa beli majalah Nona edisi Jun 2019.
Terus melangkah dengan membuka lembaran baru, usahawan sensasi Vivy Yusof ubati kerinduan para pengikutnya dengan karya penulisan di Sincerely, Vivy.
Di sebalik pencapaian cemerlang Vivy Yusof sebagai ikon usahawan dan mogul fesyen tersohor, datang bersama Pengasas dUCk ini adalah dugaan besar dan tekanan luar biasa.
Setahun kebelakangan, beliau mula memperlahankan rentak dan ‘hilang’ dari radar media sosial ekoran kes Mahkamah yang sedang berjalan. Kehilangan ini cukup terasa.
Ramai yang mula ternanti-nanti hantaran Vivy, rindu akan tulisannya yang lucu dan santai, bahkan gambar-gambar #OOTD beliau bersama anak-anak. Kehidupan Vivy ternyata cukup dekat di hati masyarakat, hinggakan ramai yang akui membesar dengan melihat perjalanan hidup Vivy sendiri serta berhijrah dari segi penampilan hijab.
Waktu bersendiri ini diputuskan untuk mencari ketenangan, privasi dan menyusun semula hidupnya.
Menerusi Instagram Stories, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, 37, menitipkan pesanan agar tidak melihat pada sudut negatif dalam kehidupan.
Menurut bekas pemilik syarikat FashionValet itu, kehidupan privasi yang dijalaninya sekarang menjadi perhatian pengikut yang tertunggu-tunggu perkembangan terbaru.
“Era privasi saya kini penuh dengan kasih sayang dan kebaikan. Ianya sentiasa peringatan untuk fokus pada yang baik dalam kehidupan.
Jangan biarkan perkara negatif yang berlaku dalam hidup anda membunuh keindahan di sekeliling.”
Dalam pada itu, Vivy sempat berkongsi akaun baru iaitu Sincerely, Vivy bagi memulakan lembaran baru dalam hidupnya.
“Di sinilah tempat segalanya bermula – Proudduck yang saya mulakan 20 tahun lalu. Kini dalam versi yang sedikit lebih dewasa, atau mungkin tidak.
Pautan ada di bio. Sila langgan, kalau tidak anda tak akan dapat entri pertama terus ke peti masuk anda. Anda pasti nak baca yang pertama…” dedah Vivy mengenai projek terbaru beliau, berupa karya tulisan yang akan diterbitkan melalui buletin atau newsletter melalui e-mel pada setiap Selasa.
Imbas kembali, Vivy merupakan penulis buku ‘The First Decade’ dan blogger terkenal pada era kebangkitan blog. Selain menjadi salah seorang ikon fesyen terkemuka di Malaysia, beliau juga bergiat aktif melalui dua jenama utama miliknya, The dUCk Group dan LILIT.
Isteri kepada Datuk Fadzarudin Shah Anuar dan ibu empat anak itu juga pernah menerima pengiktirafan Nona Entrepreneur Award 2018 serta Hijabista Achievement Award 2024.
Beliau memilih untuk aktifkan mood privasi pada akaun rasmi miliknya setelah didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Bukan 20 tapi lebih 200 koleksi beg tangan mewah Birkin ada dalam simpanan socialite Singapura, Jamie Chua. Lebih mengujakan, salah satu daripada koleksi tersebut adalah antara yang termahal di dunia! Kongsi Jamie dalam satu temu bual, “Ia adalah ‘Himalayan Crocodile Birkin’ yang diperincikan dengan emas putih dan 245 butir berlian. Ia juga merupakan salah satu di antara beg Birkin paling mahal di dunia.”
Ternganga tengok ‘harta karun’ Jamie yang disusun kemas dalam almari kaca berkeluasan 65 kaki persegi. Ruang berkenaan dibina khas untuk menempatkan koleksi beg tangan mewah tersebut dan harga minimum bagi sebuah beg tangan Birkin dianggarkan bernilai 8, 000 USD atau bersamaan lebih RM 33, 000. Bagi koleksi terhad dan eksklusif Birkin pula boleh mencecah sehingga jutaan ringgit!
Himalayan Crocodile BirkinJamie bersama ratusan koleksi beg tangan Birkin miliknya
Itu belum termasuk jumlah beg tangan pelbagai jenama mewah lain seperti Chanel, Louis Vuitton dan sebagainya.
Bukan saja beg tangan, Jamie juga dikhabarkan mempunyai lebih 300 pasang kasut. Apa yang pasti, sepatu milik ibu kepada dua orang anak ini bukan calang-calang kerana yang paling murah pun berharga sekitar RM 6, 000. Salah satu kasut yang dimilikinya adalah ‘Louboutin Spiked Heels’ bernilai hampir RM15, 000 namun pernah membuatkan kaki usahawan produk kecantikan ini terluka ketika memakainya.
Tidak dilupakan, himpunan busana dan aksesori daripada berbagai-bagai jenama dimuatkan di dalam ruang simpanan eksklusif Jamie berkeluasan 700 kaki persegi. Terasa seperti di butik label fesyen mewah.. paling mengejutkan, kamar ini turut dilengkapi dengan imbasan cap jari Jamie. Bukan senang-senang dapat masuk ya!
Pernah membelanjakan lebih RM50, 000 untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki, Jamie Chua sebenarnya ialah bekas pramugari Singapore Airlines sebelum berkahwin dengan jutawan Indonesia, Nurdian Cuaca.
Selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga, mereka kemudian bercerai pada tahun 2010 dan Jamie menuntut nafkah daripada bekas suaminya sebanyak kira-kira RM1.9 juta.
Pasti ramai yang beranggapan wanita kaya dan sangat menjaga penampilan seperti Jamie sanggup menghabiskan masa di gimnasium untuk kekal langsing… realitinya, dia tak pernah langsung pergi ke gimnasium walaupun sekali sepanjang hidupnya.
Sumber: The Asian Parent Singapore
Foto: Instagram Jamie Chua
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!