Penyertaan Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah ketika acara pembukaan acara polo sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) benar-benar mencuri tumpuan. Kehebatan puteri diraja Brunei ini beraksi dalam sukan polo telah mengamit peminat untuk menyaksikan sukan ini.
√Memiliki nama rasmi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah.
Foto: Instagram @bruneiroyals
√ Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah merupakan Puteri sulung kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.
√ Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah berusia 35 tahun (keputeraan; 26 September 1984).
Foto: Instagram @bruneiroyalfamily
√ Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah merupakan lulusan Bachelor Degree In Law daripada University of Warwick United Kingdom pada tahun 2008.
IKLAN
Foto: Instagram @bruneiroyals
√ Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah juga merupakan lulusan Master of Arts Degree In Global Media And Postnational Communication daripada School of Oriental and African Studies, University of London, United Kingdom pada tahun 2011.
IKLAN
Foto: Instagram @bruneiroyalfamily
√ Selain itu, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah juga adalah lulusan Master of Arts Degree In Geopolitics, Territory And Security daripada King’s College, University of London, United Kingdom pada tahun 2014.
√ Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah telah berkenan mewakili skuad polo negara Brunei Darussalam untuk Sukan SEA 2107 di Kuala Lumpur dan berjaya meraih pingat gangsa.
Krisis rumah tangga biasanya bermula dari kamar tidur. Hubungan hambar, jarang bersama atau gangguan kesihatan boleh menjadi asbab suami isteri berbalah. Nona mendapatkan pandangan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Norintan Zainal Shah tentang isu ini.
Soalan: Saya adalah seorang ibu kepada sepasang cahaya mata yang berumur 12 dan 10 tahun. Kini saya berumur 40 tahun, manakala suami saya berumur 55 tahun. Masalah saya ialah kami tidak pernah ‘bersama’ langsung sepanjang tahun ini.
Saya begitu menyayangi suami dan begitu juga perasaan beliau terhadap saya. Kami berdua juga tidak mempunyai apa-apa penyakit. Pada pendapat doktor, kenapa agaknya masalah kami ini timbul?
Isteri Kesepian, Gombak
Jawapan:Setiap pasangan akan melalui fasa-fasa yang berbeza. Salah satu masalah yang timbul ialah hilangnya keinginan untuk bersama. Jika masalah ini dibiarkan tanpa perbincangan di antara suami dan isteri, maka agak sukar untuk pasangan kembali aktif seperti baru berumah tangga.
Perasaan kasih, sayang dan ‘keinginan’ BOLEH dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Tapi selain dari perasaan bosan, beberapa faktor lain boleh memadamkan perasaan tersebut iaitu:
1. Tekanan di tempat kerja dan di dalam rumah 2. Rasa penat yang melebihi dari biasa 3. Anak-anak yang mengganggu waktu ibu bapa untuk ‘bersama’
Kebanyakan doktor mendapati masalah suami isteri yang dianggap sebagai ‘remeh temeh’ boleh menjadi masalah besar dan menyebabkan pasangan berhenti dari melakukannya. Punca-punca biasa:
1. Tidak lagi rapat dan mesra 2. Timbul rasa tidak lagi diperlukan oleh pasangan 3. Isteri atau suami kuat berleter atau banyak komen 4. Masalah wang 5. Masalah keluarga atau mertua 6. Masalah imej diri (tidak merasakan dirinya cantik atau segak) 7. Cemburu dan menyimpan rasa tidak puas hati dalam hati
Jika Puan mengalami masalah seperti ini, eloklah dibincangkan dalam keadaan yang rasional dan berterus-teranglah sesama sendiri. Ketika berbincang, dengarkan penjelasan suami dengan teliti. Diri Puan juga perlu menjelaskan perasaan Puan kepadanya.
Jika benar seperti yang dikatakan bahawa Puan masih sayangkan dia dan dia juga mempunyai perasaan yang sama, saya percaya, perbincangan seperti ini pasti berjaya.
Walaupun Puan dan suami merupakan pasangan yang sihat, namun ramai pesakit-pesakit berhenti ‘bersama’ kerana masalah perubatan seperti:
1. Penyakit kencing manis, masalah darah tinggi dan kanser misalnya. 2. Wanita sukar mencapai kepuasan. 3. Lelaki sukar mengalami er3ksi atau 3jakulasi walaupun mahu berbuat demikian. 4. Pasangan mengalami kesakitan ketika ‘bersama’.
Bagi mereka yang mengalami masalah sebegini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan penyakit yang ada.
Saya percaya, perkahwinan adalah satu kurniaan dari Tuhan, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada pasangan untuk menjayakannya. Perasaan kasih sayang dan hubungan yang memuaskan dalam perkahwinan amat penting bagi mengekalkan perkahwinan ini.
Puan juga janganlah berasa malu untuk mencuba teknik-teknik baru jika itu yang disarankan oleh suami. Inilah peluang bagi Puan meluahkan apa sahaja keinginan dan saya pasti jika si suami sayangkan isteri, beliau pasti ingin dan sentiasa bersedia untuk menggembirakan Puan.
Saya doakan agar Puan dan suami akan berjaya dalam menangani masalah ini. Nasihat ikhlas dari saya adalah suami dan isteri jangan cepat putus asa jika hubungan kurang menarik. Bersama-samalah meningkatkan kesihatan dan jaga tubuh badan.
Ikuti diet yang sihat dan sertailah kelas aerobik, lakukan senaman dan/atau yoga bagi mendapatkan tubuh yang lebih menarik serta menambahkan keyakinan dalam diri. Saya percaya ia BUKANLAH perkara yang mustahil untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik di pertengahan umur ini.
Setiap ibu menjalani proses kelahiran berbeza begitu juga selepas melahirkan anak. Syatilla Melvin diuji tidak mampu menyusukan anak selepas diserang spinal headache.
Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby,even tak pegang baby sangat pun. Serik, ya Allah! Doakan Tilla,” tulis Syatilla Melvin di laman media sosial milik peribadinya.
Anak ketiga pasangan selebriti ini, Salama Samheizy. Foto: Instagram @samtilla
Beberapa hari lalu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad, 38 tahun ini telah melahirkan bayi perempuan seberat 3.05 kilogram secara pembedahan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Anak ketiganya pasangan selebriti ini telah diberi nama Salama Samheizy. Sebelum ini pasangan yang sama cantik sama padan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Foto: Instagram @samtilla
Sam dan Syatilla telah mendirikan rumahtangga pada 8 Februari 2016. Kakak ipar kepada Datin Seri Zizie Izette ini dikhabarkan telah menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibu mentuanya iaitu pelakon Khaty Fauziah. Sebelum ini, Syatilla Melvin diuji pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.
Berbicara dengan salah seorang Pengasas Kekasih by The Melvin, Syatilla Melvin sedikit sebanyak telah membuka mata bahawa hubungan kekeluargaan itu sangat penting kalau nak berjaya. Tambah-tambah lagi kalau membina perniagaan bersama adik-beradik sepertinya.
“Sebenarnya kami adik-beradik memang tak expect Kekasih by The Melvins grow sangat cepat. Kami sendiri rasa tak percaya sampai hari ini. Eh! Betul ke Kekasih by The Melvins dah macam ni kan,” begitulah penerimaan awal perniagaan yang diusahakan oleh adik-beradik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin ini.
Tambah Syatilla lagi, “Ini memang rezeki Allah SWT nak bagi dalam sekelip mata sahaja. Rahsianya mungkin kami jaga hubungan baik antara adik-beradik.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Kami tak gaduh tak masam muka dan tak ada iri hati jauh sekali berkira tentang duit di antara kami. Itu saya rasa rahsia kejayaan yang paling besar.
Selain itu sokongan daripada ibu dan ayah yang selalu mendoakan kami adik-beradik. Ibu dan ayah selalu pesan apa-apa pun adik beradik tak boleh berpecah, apa apa pun adik beradik kena stick together tak akan boleh berpisah unless kita mati. Itu pesan mak ayah.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Dan satu lagi kami pegang prinsip yang kalau ada rezeki lebih kita akan share dengan semua orang dan niat untuk berniaga kena betul,” terang Syatilla ketika ditemui NONA sedikit masa dahulu.
Alangkah bertuahnya Serina Datuk Redzuawan dikurniakan sahabat penyayang dan sedia membimbing menuju syurga Allah. Bukan semua orang dapat kemanisan bersahabat seperti Serina. Satu dalam berjuta!
Tapi, itulah yang dinamakan hidayah dan rezeki. Allah hadirkan rezeki dalam pelbagai bentuk kalau tidak daripada wang ringgit, mungkin Dia akan memberi rezeki dengan melalui kesihatan, keluarga dan sahabat yang baik. Luasnya kasih sayang Allah!
Memutuskan untuk berubah bukan sahaja penampilan tetapi juga sikap yang lebih baik kira-kira tiga tahun lalu, Serina sebelum ini pernah mendedahkan kepada Nona mengenai titik penghijrahannya bermula daripada Facebook.
Terdetik untuk menonton video ceramah agama yang sering berlegar-legar ketika dia sedang melayari Facebook, Serina akhirnya nekad mengubah gaya hidup.
“Saya nak beritahu pada anda di luar sana. Sekiranya bila anda main Facebook dan tiba-tiba keluar ceramah agama, sebenarnya Allah nak pimpin kita, nak buka mata kita, buka pintu hati kita.
Dengan izin Allah saya macam terfikir why not saya tengok dan bila dah tengok jadi macam ketagihan dan nak tengok lagi. Terus rasa nak berubah dan perkara paling penting yang saya buat adalah dengan jaga solat.
Alhamdulillah dari Facebook saya jumpa Ustazah Asma Harun dengan tengok video ceramah dia. Dari situ saya lebih memikirkan soal akhirat. Sebelum ini main Facebook untuk shopping dan sebagainya. Bila nampak je ceramah agama, dulu selalu skip,” ujar anak cef ternama ini.
Menjadikan Irma Hasmie dan Mizz Nina sebagai inspirasi dalam kalangan selebriti berhijab, ibu dua anak ini turut terbuka berkongsi satu lagi pengalaman indah yang dirasainya semenjak mengenakan hijab.
Tidak pernah menyangka, dia cukup ‘bernilai’ di mata seorang sahabat, Serina tenang menyusun bicara.
“Ada satu cerita yang menyentuh hati apabila sahabat saya iaitu Aishah. Sebaik tahu saya berhijab, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah alhamdulillah. Dia sebak, menangis dan peluk saya sambil beritahu ia salah satu doa darinya sebagai sahabat dan Allah dah makbulkan.
Tak sangka sahabat baik ini mendoakan agar saya diberi hidayah. Nikmat bersahabat itu is a journey ke arah kebaikan.“
Ditanya siapakah insan pertama yang dimaklumkan tentang niat untuk berhijab tersebut, Serina berkata “Pertama sekali saya maklumkan dekat papa dan mama. Mereka terima dan beri sokongan. Saya rasa sangat penting ‘support’ dari keluarga dan kawan-kawan.
Kita tak tahu yang mungkin akan tiba satu hari nanti Allah pilih kita jadi perantaraan untuk Dia dan orang yang diberikan hidayah.
Pernah saya jumpa kawan-kawan lama lepas mengenakan hijab dan mereka cakap malu dengan saya. Katanya mereka dah lama berhijab tapi tak ikut syariah yang sepatutnya dan tak mampu istiqamah. Sedangkan saya yang baru berubah ini dah berstoking dan berpakaian yang sepatutnya.
Hendak nasihat pun saya masih baru lagi, cuma saya beritahu mereka alang-alang dah pakai… bak kata ustazah biar betul-betul tutup aurat termasuk kaki. Jangan rasa malu walau kita baru berhijrah, kongsikan dengan orang lain.
Apa yang Allah dah bagi depan mata, jangan abaikan. Ikut detik hati pertama kita sebab itu naluri yang betul. Cari guru yang betul dan jangan fikir ia bebanan tapi fikirlah yang kita adalah antara insan terpilih,” ujar Serina menutup bicara.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...