Ternyata anakanda Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Nur Amanda Mustapha Kamal mewarisi kecantikan ibunda tersayang.

IKLAN

Sejak pertama kali warga maya mengenali anak sulung Tengku Permaisuri Norashikin, ramai yang ingin lebih mengenali gadis jelita berkenaan.

Personaliti Nur Amanda meraih perhatian ramai apabila foto graduasinya di sebuah universiti luar negara dikongsikan secara eksklusif di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office pada 11 November tahun lalu.

Yang pasti, perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi masyarakat yang teruja dengan Nur Amanda yang bijak dan memiliki rupa paras menawan.

Jelas terserlah wajah gembira keluarga diraja ini dengan pencapaian Nur Amanda di menara gading.

Lulusan University of Bristol, Wajah Cantik Anakanda Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @selangorroyalofficial

Lebih bermakna, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung Baginda.

Nur Amanda yang kini menginjak usia 23 tahun berjaya menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering).

IKLAN

Menerusi foto-foto yang dikongsikan kelihatan Amanda mewarisi kejelitaan ibunda tersayang.

Lengkap mengenakan jubah konvokesyen, Amanda tampil ceria di samping DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun menyarung persalinan tradisi royal blue dipadankan bersama beg tangan Chanel rona kelabu dan rantai mutiara sebagai pelengkap gaya.

IKLAN
Lulusan University of Bristol, Wajah Cantik Anakanda Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Lulusan University of Bristol, Wajah Cantik Anakanda Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Lulusan University of Bristol, Wajah Cantik Anakanda Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian!
Kredit Instagram @selangorroyalofficial

Pada 20 Jun lalu, Amanda kelihatan hadir mengucapkan selamat berangkat kepada DYMM Sultan Selangor dan ibunda yang berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji.

Dia anggun memakai persalinan rona ungu dan lengkap berselendang. Tidak dinafikan, Amanda nampak cukup ayu dalam penampilan berkenaan.

Semoga Amanda terus sukses dalam apa juga lapangan kerjaya yang diceburi dan menjadi inspirasi untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/selamat-berangkat-ke-tanah-suci-sultan-selangor-tengku-permaisuri-tunai-ibadah-haji-tahun-ini/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI