Dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kini Yang Berhormat Khairy Jamaluddin diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Menteri Kesihatan. Dengan situasi semasa Covid-19 ketika ini, pastinya tanggungjawab Khairy mengurus tadbir sistem kesihatan negara tampak cukup mencabar. Namun, rakyat percaya kepimpinan Ahli Parlimen Rembau tersebut mampu memberi sinar baharu buat semua.

IKLAN

Menerajui MOSTI dengan baik khususnya dalam mengurus bidang sains, teknologi dan inovasi, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK dikenali dengan kredibilitnya sebagai pemimpin sejak beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan lagi. Disifatkan seorang pemimpin yang memiliki keperibadian menarik dan mesra rakyat, Khairy sekali lagi diberi mandat memimpin kementerian.

Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat! Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat! Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat!

Berusia 45 tahun dan mempunyai latar belakang pendidikan berjaya, Khairy bukan hanya graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford bahkan beliau juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dan Teori Politik dari University College of London.

Mungkin ramai tidak mengetahui, suami kepada Nori Abdullah ini pernah menjadi hos program ‘Dateline Malaysia’ di NTV7 pada tahun 1998. Selain itu, beliau juga penulis The Economist dan berkhidmat sebagai Penolong Khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat!
Bersama mentua yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat!
Keluarga kesayangan Khairy

Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat! Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat!

Jawatan itu disandang Khairy selama empat tahun sebelum dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari tahun 2003 hingga 2004. Pada tahun 2004 hingga 2006 pula, Khairy dilantik sebagai Pengarah Penasihat Korporat ECM Libra Berhad dan menyandang Pengerusi Liga Super Malaysia Sdn Bhd pada tahun berikutnya.

Tahun 2007 menyaksikan detik permulaan kerjaya Khairy secara aktif dalam bidang sukan.

IKLAN

Selain menjadi Pengerusi Liga Super Malaysia, beliau turut dipilih sebagai Timbalan Presiden II, Persatuan Bola Sepak Malaysia selama tiga tahun. Setahun kemudian, beliau turut menjadi Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan sebelum menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) selama setahun mulai 2012.

Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat! Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat! Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat! Lulusan University Oxford, KHAIRY JAMALUDDIN Dilantik Menteri Kesihatan & Tarik Perhatian Rakyat!

IKLAN

Kemuncak kerjaya Khairy Jamaluddin ialah pada tahun 2013 apabila beliau dilantik sebagai Menteri Belia & Sukan selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018. Pembabitan Khairy dalam arena politik menyerlah apabila beliau menyertai parti UMNO pada tahun 1998.

Bermula tahun 2001 hingga 2004, beliau menjadi Exco Pemuda dan tidak lama selepas itu dilantik Timbalan Ketua Pemuda dari tahun 2004 hingga 2009 dan Ketua Pemuda Bahagian Rembau dari tahun 2004 hingga 2013. Khairy seterusnya berjaya mendapat kepercayaan pucuk pimpinan parti apabila menjadi Ketua Pemuda selama sembilan tahun dari tahun 2009 hingga 2018.

 

Sumber: BERNAMA

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI