Alamak, kalau cantik macam ni boleh hilang fokus peminat hendak tengok perlawanan bola tampar. Pasti banyak mata-mata yang tertumpu kepada kejelitaan wajah gadis Kazakhstan ini.
IKLAN
Bermata bundar, hidung mancung, bibir mungil, tubuh tinggi lampai dan rambut hitam pekatnya telah berjaya mencuri perhatian peminat sukan berkenaan hingga ke luar negara.
Tatyana Demyanova… atlet bola tampar yang mewakili negara Kazakhstan ini baru berusia 23 tahun. Memetik laporan media antarabangsa, Tatyana yang berketinggian 180 sentimeter mula didedahkan dengan sukan bola tampar oleh ibunya sendiri yang juga merupakan jurulatih sukan berkenaan.
Waktu itu, dia hanya berusia sembilan tahun dan meraih pingat pertamanya ketika mencecah umur 11 tahun. Jelas terbukti gadis cantik ini berbakat dalam arena sukan berkenaan dan mewarisi kemahiran ibu tersayang. Meskipun berwajah lembut dan perwatakan anggun, Tatyana sebenarnya seorang wanita berjiwa lasak.
Sebati dengan sukan dan sukakan cabaran… dia tidak melepaskan peluang menceburi bidang seni bela diri. Selain tinju, Tatyana turut menggemari Muay Thai dan mengagumi tokoh sukan tinju terkemuka iaitu Floyd Mayweather.
IKLAN
Bukan calang-calang sukan tu. Hati-hati ya peminat lelaki Tatyana… silap langkah, takut anda pula yang jadi mangsa!
Mengintai laman Instagram Tatyana, atlet bualan ramai ini mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Daripada posting yang dikongsikan, terserlah minat Tatyana terhadap kecantikan di samping berani bereksperimen dengan fesyen. Bersandarkan susuk tubuh montok yang dimiliki, tidak hairanlah dia sering tampil dengan gaya seksi.
Hasil kaji selidik yang dijalankan beberapa portal ternama dunia termasuk Express Sport dan Daily Star… mereka sebulat suara menyatakan Tatyana Demyanova merupakan atlet paling cantik di dunia.
Jodoh tak pernah salah alamat. Ada yang kenal bertahun-tahun tapi tak ada jodoh. Ada yang kenal sekelip mata, tup tup terima kad undangan perkahwinan. Itu pasal jodoh adalah rahsia Allah SWT.
Mengatur pertemuan dengan pasangan sama cantik sama padan ini suatu ketika dahulu teruja dengar cerita perkenalan di antara Datin Balqish Husni dan suaminya, pemilik kepada produk V’Asia Cosmetic & Healthcare, Datuk Dr Azril Mohd Radzi.
Foto: Instagram @balqish_hussniFoto: Koleksi Majalah Nona
Siapa sangka perkenalan yang singkat dan seterusnya mengikat ikatan yang sah serta kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Sarra Ayesha dan Umar Mateen.
“Sebenarnya perkahwinan saya dengan Datuk berlaku dalam masa yang begitu pantas. Kami mula berkenalan selama enam bulan kemudian terus bertunang. Hanya mengambil masa lima bulan bertunang dan terus sepakat mendirikan rumah tangga bersama.
Perkenalan kami juga berlangsung secara tidak sengaja. Semuanya berlaku apabila Datuk telah diundang untuk menjadi juri dalam pertandingan program realiti televisyen Pencarian Nona Manis 2015.
Secara jujurnya saya memang tidak kenal siapa Datuk ketika itu, walaupun produknya sudah terkenal di seluruh Malaysia. Selepas dirisik dengan krew produksi dan sebagainya baharu saya mengenali siapakah gerangannya,” bicara Datin Balqish mengimbau kenangan manis detik pertemuan bersama suami tercinta.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @balqish_hussni
Menamatkan zaman gadis dalam usia yang begitu muda mungkin perkara biasa tetapi apabila memiliki status sebagai seorang Datin dalam usia yang begitu muda agak luar biasa.
“Memang benar saya berkahwin dalam usia yang agak muda, ketika itu baharu sahaja berumur 22 tahun. Perkahwinan ini secara tidak langsung ‘memaksa’ saya untuk bergelar Datin.
Memang ramai yang bertanya soalan bagaimana perasaan bergelar Datin dalam usia yang begitu muda. Bagi saya, saya masih seperti orang yang sama sedikit pun tidak berubah seperti sebelum mendirikan rumah tangga.
Hanya ketika berada dalam majlis formal sahaja saya menggunakan status tersebut selebihnya saya hanya orang biasa sahaja,” ungkap Datin Balqish merendah diri.
Memiliki suami yang sudah mempunyai tapak kukuh dalam perniagaan bukan tiket untuk Datin Balqish duduk goyang kaki. Walaupun wajar berbuat demikian tetapi wanita ini tetap mahu membina empayar perniagaan sendiri.
“Buat masa ini saya ingin mengembangkan lagi perniagaan atas talian yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi.
Alhamdulillah perjalanan perniagaan saya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Suami saya paling banyak membantu dari segi strategi pemasaran, perancangan, pengurusan kewangan dan sebagainya,” jelasnya.
Memiliki rupa paras persis gadis Arab merupakan bonus buat wanita yang murah dengan senyuman ini. Apakah rutin kecantikan yang sering diamalkan oleh Datin Balqish?
“Sama seperti kebanyakan wanita lain, rutin kecantikan yang saya amalkan adalah membersihkan wajah, sapu penyegar dan juga pelembap.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Saya cuci wajah dua kali sehari dan sapu bedak jika perlu kerana lebih suka tampil natural. Saya jarang bersolek, namun apabila bersolek saya akan pastikan selepas bersolek mesti mencuci dengan bersih.
Dan jika tiada apa yang perlu untuk disolekkan saya lebih senang dengan memakai krim tabir suria dan pelembap sahaja. Tiga produk kecantikan yang wajib ada di dalam beg tangan saya adalah cecair pembasmi kuman, lipstik dan bedak kompak,” ujar Datin Balqish sambil tersenyum.
Pernah tak menghadapi masalah apabila memberus gigi setiap hari tetapi gusi sangat senang dan selalu berdarah? kadang-kadang ada masanya gusi berdarah ketika sedang bercakap dan ini amat memalukan. Bila lihat gusi menjadi begitu merah dan terdapat gigi yang sudah goyang sedikit.
Menurut Dr Halina Haron, sememangnya kesihatan pergigian seseorang itu bergantung kepada tabiat penjagaan gigi seseorang itu setiap hari. Ia adalah dengan menggosok gigi, flos celah gigi, membersihkan permukaan lidah dan akhiri dengan berkumur dengan cecair kumur antiseptik.
Dr Halina – Doktor Gigi
Perkara yang perlu diberi perhatian adalah cara melakukan rutin seperti di atas. Adakah cukup berkesan atau melakukan teknik yang betul. Bagi mengatasi masalah gusi, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi agar dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan gusi berdarah.
Dalam mulut kita terdapat berbilion bakteria yang jika tidak dikawal, boleh menyebabkan keradangan gusi iaitu gusi menjadi warna merah, bengkak dan mudah berdarah.
Penyakit gusi yang berlarutan ini pula akan menyebabkan pinggir gusi mudah terhakis dan seterusnya boleh mengakibatkan kemusnahan tulang sekeliling leher dan akar gigi. Sebab itu anda mula perasan ada gigi yang sudah mula bergoyang.
Pada peringkat gusi begini, anda perlu segera rawat gusi supaya gigi dapat diselamatkan daripada terpaksa dicabut kerana sudah terlalu bergoyang dan tidak boleh digunakan untuk mengunyah.
Plak (selaput likat) pada permukaan gigi perlu dibersihkan dengan berkesan dengan mempelajari dan mempraktikkan cara yang betul. Gunakan berus gigi yang lembut, mempunyai kepala pendek dan lakukan gerakan berus ke atas ke bawah atau gerakan bulatan kecil. Pastikan kesemua permukaan gigi di berus. Guna ubat gigi yang sesuai untuk masalah gusi berdarah. Berus gigi perlu ditukar setiap 3 hingga 6 bulan. Seterusnya pelajari cara yang betul untuk flos, bersihkan lidah dan berkumur dengan betul.
Masalah gusi merupakan masalah oral yang lazim di Malaysia. Ia dikenali sebagai the silent tooth killer. Puncanya diketahui dan boleh dicegah dengan mudah. Mari kita beri lebih keutamaan kepada kesihatan gigi dan gusi kita supaya bebas daripada penyakit gigi dan gusi supaya gigi boleh dikekalkan sepanjang hayat.
Formula asas penjagaan gigi dan gusi secara amnya sudah diketahui ramai. Apa yang berkurangan adalah tata cara melakukannya secara berkesan.
Adalah dinasihatkan :
Berus gigi dua kali sehari selama 2 minit menggunakan berus gigi manual atau jenis berus gigi elektrik. Guna ubat gigi fluorida untuk menguatkan struktur gigi.
Jangan abaikan amalan flos gigi anda. Cara yang betul flos gigi dapat mengeluarkan sisa makanan di celah gigi supaya masalah radang gusi dan karies gigi dapat dielakkan.
Jika permukaan lidah kelihatan berselaput keputihan, sebaiknya gunakan alat pencuci lidah (tongue scraper) untuk menanggalkan lapisan kotoran tersebut dengan lebih berkesan.
Langkah terakhir dalam penjagaan gigi adalah berkumur dengan bahan kumur yang boleh juga memberi bau nafas yang segar.
Harapnya gigi kita dapat dikekalkan sepanjang hayat.
Khabar angin yang mengatakan kononnya rumah tangga kakak Neelofa, Noor Nabila sedang menghadapi masalah kini terjawab apabila empunya diri mengesahkan masih bahagia di samping suami tercinta, Engku Emran.
Seperti diketahui peminat, media sosial milik Nabila tiada lagi gambar suaminya sehingga menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan dilanda badai.
Bagaimana pun Nabila menjelaskan tindakannya memadam foto berdua adalah kerana berpunca daripada salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
Dedah ibu Jebat Jayden ini, “Biasalah dalam perkahwinan, masa itu memang saya geram. Bukannya padam gambar pun, hanya simpan dalam arkib (archive) sahaja.
Rasanya mana-mana wanita pun akan melakukan perkara sama. Apabila bergaduh, perkara pertama yang dibuat adalah buang gambar di laman sosial.”
Mengulas lanjut, “Saya faham apabila menjadi perhatian, perkara kecil pun akan diperbesar. Tak terkejut kerana kami sekeluarga tahu implikasi ini.”
Tidak mendedahkan permasalahan mereka kepada umum sebelum ini, namun perkongsian Nabila yang memuat naik video suaminya ketika menunaikan solat di rumah mereka tidak lama dulu jelas memberi gambaran hubungan pasangan sama cantik sama padan ini kekal utuh.
Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun berpisah tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden.