Melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna tentunya memberikan sebuah pengalaman terindah dalam diri seorang wanita. Meskipun sedar mereka bakal mengalami pelbagai episod perubahan diri seperti bentuk tubuh, keguguran rambut dan sebagainya namun jiwa seorang wanita bergelar ibu yang sarat dengan nilai kasih sayang sanggup berkorban apa saja demi bayi yang dikandung.

Masalah rambut gugur di kalangan wanita selepas bersalin bukan lagi perkara asing. Jika dulu rambut tebal dan mudah diurus tetapi kini segalanya berubah dengan masalah rambut yang semakin serius. Kenapakah ini terjadi dan bagaimana untuk menangani masalah tersebut?

IKLAN

Selebriti antarabangsa, Kate Hudson yang pernah membintangi filem Deepwater Horizon dan menyumbang suara sebagai Mei Mei dalam Kungfu Panda 3 turut tidak terlepas menempuh fasa perubahan selepas bersalin. Menurutnya, dia mula menyedari masalah itu ketika melahirkan dua keduanya, Bingham Hawn Bellamy.

“Semasa melahirkan anak sulung (Ryder Robinson), saya berusia 24 tahun dan tak mengalami sebarang perubahan rambut mahupun kulit. Tetapi selepas kelahiran anak kedua, kulit saya berjerawat, rambut gugur dan terpaksa bekerja keras untuk menurunkan berat badan.”

‘Mahkota’ Kian Menipis, Kate Hudson TRAUMA Perubahan Diri Lepas Bersalin!

Faktor keguguran rambut di kalangan ibu bersalin

HORMON

Ketika melalui fasa kehamilan, rembesan hormon progesteron dan estrogen terhadap wanita hamil adalah sangat tinggi. Disebabkan hormon-hormon inilah wanita hamil kelihatan lebih berseri dan rambut mereka kelihatan cantik menawan. Akan tetapi apabila wanita tersebut bersalin iaitu sekitar bayi berusia tiga hingga empat bulan hormon tersebut kembali normal dan pada saat ini si ibu akan mengalami masalah rambut. Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

USIA

Ibu yang semakin berusia dan telah bersalin lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau memiliki anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang mempunyai ramai anak tidak menjaga kesihatan dan kebersihan rambut seterusnya menyumbang kepada keguguran rambut yang banyak. Pertumbuhan rambut baru juga semakin menurun apabila usia semakin bertambah. Selain faktor kesihatan dan kebersihan, usia juga mempengaruhi penyerapan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat.

TEKANAN

IKLAN

Apabila sudah memiliki cahaya mata, si ibu sudah pasti sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi. Keadaan lebih meruncing apabila mereka perlu bekerja. Berdepan pelbagai tekanan di pejabat tentunya membataskan ruang dan masa untuk ibu menjaga kesihatan diri. Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami para ibu semakin teruk. Lebih-lebih lagi apabila masalah ini tidak dirawat dalam tempoh masa setahun hingga boleh mengakibatkan keguguran rambut wanita atau female pattern baldness yang kekal dan sukar ditangani.

‘Mahkota’ Kian Menipis, Kate Hudson TRAUMA Perubahan Diri Lepas Bersalin!

Makanan yang mencegah keguguran rambut

  • Sayuran hijau

Kandungan vitamin A dan C di dalam sayuran jenis bayam dan brokoli berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk merawat, melembap dan menguatkan akar rambut.

IKLAN
  • Makanan laut

Kerang,udang dan tiram mengandungi nutrien zink yang membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia juga berupaya memulihkan sel-sel tubuh dan menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

  • Buah-buahan

Amalkan mengambil buah-buahan dalam diet seharian. Tembikai, pisang, epal, dan oren membekalkan nutrien yang diperlukan di dalam tubuh dan mengurangkan keguguran rambut dan kulit.

  • Air masak

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi menyeimbangkan kandungan air di dalam badan dan memelihara kesihatan rambut di samping meningkatkan pertumbuhan rambut baru.

  • Gandum

Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran. SUZIANA ABU DAUD

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI