Makin cantik! Itulah respon para netizen apabila melihat penampilan terkini pelakon dan juga kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Datin Seri Zizie Izette Abd Samad yang mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.
Zizie yang berkongsi gambar rayanya untuk tatapan pengikutnya nyata menjadi bualan ramai apatah lagi di usia 44 tahun, Zizie kekal anggun.
Walau bagaimanapun, penampilan Zizie yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mendapat kecaman ramai apatah lagi dia berkongsi foto tidak bertudung, baru-baru ini.
Sedar hakikat yang penampilan terbarunya pasti menjadi buah mulut orang ramai, Zizie tampil bersuara menerusi hantaran di Instagramnya mengatakan dia selesa menjadi dirinya sendiri untuk kekal bergaya meskipun ada segelintir pihak tidak menyukai penampilan terbarunya.
Zizie berkata, dia tiada hak untuk menghalang seseorang daripada terus menyukainya. “Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, saya gembira dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal.
“Kalau tak suka, itu masalah kamu. Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita, Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan,” tulisnya.
Sebelum ini, nama ibu kepada lima anak itu mencuri perhatian ramai dengan kemunculan dirinya tampil cantik dan langsung sejak awal tahun ini dengan hanya mengenakan penutup rambut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Nak Cantik Tak Semestinya Perlu Berbelanja Besar, Ini Cara Nak Dapatkan Produk Idaman Pada Harga Promosi Sambil Berjimat!
Pernah tak anda terfikir tentang kandungan atau bahan-bahan dalam produk kosmetik atau skincare yang anda beli? Adakah ianya selamat, sama ada ianya diperakui Halal atau tidak? Halal merupakan suatu pendekatan indah yang mengutamakan kebersihan, kesucian dan keindahan dalam setiap aspek dalam kehidupan.
Konsep ‘Halal Beauty’ memfokuskan kepada produk kecantikan yang tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal dari segi hukum syarak, tidak mengandungi bahan-bahan daripada sumber yang haram serta selamat untuk digunakan.
Memahami kepentingan halal di kalangan para pelanggan di Malaysia, Lazada menerusi ‘LazHalal’ memaparkan pelbagai aneka produk yang sah diperakui Halal dalam pelbagai kategori seperti Grocery khususnya produk makanan dan barangan dapur, Kesihatan, Ibu dan Bayi, Fesyen Muslimah serta Kecantikan.
Bila sebut tentang kecantikan, kita pasti gusar jika wajah tampak kusam dan kurang berseri. Jangan bimbang, terdapat pelbagai produk kosmetik dan penjagaan kulit di LazHalal pada harga yang berpatutan!
NONA senaraikan produk kosmetik dari beberapa jenama pada harga berpatutan istimewa bagi gadis dan wanita muslimah yang ingin tampil berseri.
WARDAH BEAUTY:
Wardah Lightening Serum Ampoule merupakan serum dengan tekstur cair seperti ampoule yang ringan dan mudah meresap ke dalam lapisan epidermis kulit. Serum Wardah ini mengandung 10X Advanced Niacinamide untuk mencerahkan, menyamarkan bekas jerawat, mengembalikan keanjalan dan kelembapan kulit, sekaligus melindungi kulit dari pendedahan kepada blue light. Tertarik untuk mencubanya? Klik link di sini
SAFI
Serum bertekstur lembut ini menyerap ke dalam lapisan kulit untuk mengembalikan kesihatan dan kehalusan kulit. Ia mencerah dan menghidratkan kulit pada masa yang sama. Milikilah kulit wajah yang cantik berseri, tona sekata dan terhidrat dengan aplikasi secara konsisten. Produk tersebut juga telah diuji dan terbukti secara saintifik. Jika ingin cuba produk tersebut. Klik link di sini
BIO ESSENCE
Produk ini boleh merawat masalah kedutan di wajah dan masalah pori terbuka . Ia mengandungi bahan utama 24K emas dan juga BIO ENERGY COMPLEX yang membantu merawat masalah kulit dari dalam. Klik link di sini
GARNIER
Inovasi baharu dari Garnier Bright Complete 30X Vitamin C Booster Serum dengan kandungan formula pencerah tertinggi dari 30X Vitamin C dan lemon ini mempunyai kuasa ajaib untuk kulit tampak cerah bercahaya dan bintik hitam mela pudar seawal 3 hari. Tekstur serum yang ringan dan segar ini cepat menyerap ke lapisan kulit untuk menyamarkan noda hitam di wajah. Klik link di sini
AU FAIRY
Ia merupakan antara produk yang menjadi kegemaran ramai kerana ia mengandungi 100% gel aloe vera atau lidah buaya asli untuk membantu merawat masalah kulit serta merawat masalah seperti jerawat serta memudarkan parut yang terdapat di wajah. Aloe Vera juga bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit yang kerap terdedah di bawah sinaran matahari. Klik link di sini
Jadi, nak dapatkan kulit yang cantik tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Cukup jika rutin penjagaan kebersihan wajah diberi perhatian, sudah tentu wajah mendapat sentuhan terbaik untuk kelihatan anggun dan berseri.
Di samping itu, sempena Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, jangan lupa untuk rebut peluang keemasan untuk mendapatkan pelbagai produk kecantikan dan produk dalam banyak kategori lain pada harga promosi. Malah, pembelian anda pasti lebih berbaloi apabila anda kumpul dan tebus Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma, malah ditambah dengan timbunan banyak baucar lagi.
Cuma perlu layari aplikasi Lazada pada 11 November bermula jam 12 tengah malam dan bagi kategori Kecantikan atau ‘Beauty’, sertai giveaway dan aktiviti menarik dari jam 2 petang hingga 3 petang untuk mendapatkan produk kecantikan pada harga mengancam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, layari aplikasi Lazada, dan ikuti paparan promosi di Facebook Lazada dan Instagram Lazada.
Lady Amelia Windsor Punyai ‘Pesona’ Tersendiri! Dinobat Sebagai Kerabat Diraja ‘Tercantik’ Britain
Pasti ada dikalangan Nonarians yang pernah menyaksikan drama berjudul The Crown di Netflix yang memaparkan kisah keluarga di Raja Britain yang berkisarkan tentang kemelut, kisah cinta dan juga kehebatan keluarga itu.
Sekaligus, memberikan sedikit gambaran tentang apa yang terjadi di sebalik tembok megah istana yang memaparkan tentang kehebatan keluarga monarki tersebut. Populariti yang dikecapi seluruh dunia membuat keluarga diRaja ini menerima penghormatan ramai.
Malah, anda mesti familiar dengan dua figura wanita yang menjadi penyeri dalam keluarga di Raja Britain iaitu Kate Middleton atau Meghan Markle yang berjaya memukau dua orang putera raja keluarga ini.
Kate Middleton & Meghan Markle Pun Kecundang!
Namun, jika anda fikir Kate dan Meghan adalah yang paling cantik anda silap! kerana Lady Amelia Windsor merupakan kerabat diraja Britain yang tercantik meninggalakan dua figura diatas jauh terkebelakang.
Dipetik dari Express, walaupun Kate Middleton dan Meghan Markle mencetuskan banyak fenomena, tetapi Lady Amelia dianggap sebagai ‘paling cantik’ dikalangan diraja di Britain.
Meski tidak sepopular Kate dan Meghan, tetapi rata-rata rakyat memilih wanita genit ini sebagai kerabat diraja Britain yang paling cantik kalau ditanya soal rupa paras.
Berbekalkan fizikal yang genit dengan berwajah bulat comel dan bibir mungil seksi, tidak hairanlah ramai terpesona melihat kecantikan semula jadinya. Tanpa sebarang solekan, Lady Amelia mampu menggugat mata kita yang memandangnya.
Tidak seperti abangnya dia masih lagi dalam turutan keturunan diRaja kerana masih kekal bersama Church of England. Kini dia berada dalam kedudukan ke-39 untuk mewarisi takhta.
Selain itu, jika dibandingkan dikalangan sepupu-sepupunya, Lady Amelia merupakan antara personaliti berprofil tinggi dan pernah berjalan di pentas fesyen Dolce & Gabbana. Merupakan graduan dari Universiti Edinburgh dia fasih berbahasa Itali.
Lady Amelia Lakar Nama ‘Gah’ Dalam Industri Fesyen Antarabangsa!
Lady Amelia merupakan model di bawah agenci terkemuka Storm Models, yang mengetengahkan bakat seperti Kate Moss dan Cara Delevingne.
Dari situ, dia aktif dalam pertunjukan fesyen Dolce and Gabbana, menjadi wajah solekan Illamasqua dan sering dilihat di barisan hadapan pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Malah, bekerja di belakang tabir untuk jenama Azzedine Alaia dan Bvlgari.
Malah, Lady Amelia turut rajin mengemaskini kehidupan hariannya di akaun Instagramnya miliknya dengan jumlah pengikut sekitar 102,000. Di sana dia menggambarkan dirinya sebagai duta untuk beberapa badan amal alam sekitar.
Sekadar info, Lady Amelia Windsor merupakan cucu kepada Duke of Kent, dia juga merupakan anak sepupu kepada Ratu Elizabeth dan sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.
Semakin Ramai Penduduk DUNIA Hidap DIABETES Menjelang 2050
Bilangan penghidap diabetes di seluruh dunia bakal berhadapan dengan peningkatan sebanyak dua kali ganda kepada 1.3 bilion orang menjelang 2050!. Ia merupakan satu kebimbangan untuk tahap kesihatan masyarakat akan datang yang kurang arif dalam soal penjagaan kesihatan. Antara faktor yang mendorong pertambahan itu adalah penindasan kaum dan jurang ketidaksamaan antara negara.
Berdasarkan penyelidikan baharu yang dijalankan, setiap negara di dunia bakal menyaksikan peningkatan dalam bilangan pesakit menghidap diabetes. Kira-kira 529 juta orang dianggarkan menghidap diabetes ketika ini yang menjadi satu daripada 10 punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia.
“Diabetes bakal menjadi satu daripada 10 punca utama kematian di seluruh dunia”.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal lancet, daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus adalah kes diabetes tahap dua yang dijangka bakal melebihi 1.3 bilion dalam masa kurang daripada tiga dekad.
Indeks jisim badan yang tinggi, iaitu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan kepada punca lebih separuh daripada kematian akibat diabetes.
Kajian itu turut menganggarkan menjelang 2045, sebanyak tiga per empat daripada orang dewasa yang menghidap diabetes menetap di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Namun, menurut kajian Lancet yang dibuat secara berasingan, di negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS), kadar diabetes hampir 1.5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan minoriti seperti kulit hitam, Hispanik, Asia atau Orang Asli.
Pengarang bersama kajian itu, Leonard Egede, dari Kolej Perubatan Wisconsin, menyalahkan ‘faktor ketidaksamaan’ menyebabkan penyakit itu semakin berkembang.
“Dasar perkauman seperti pengasingan kediaman mempengaruhi tempat tinggal masyarakat, akses mereka kepada makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan sihat.
“Cabarannya ialah kita tidak melihat campur tangan yang serius bagi memperbetulkan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, membendung diabetes memerlukan perancangan jangka panjang, pelaburan dan perhatian daripada negara di seluruh dunia.
Diabetes ketika hamil pula adalah keadaan yang dialami wanita hamil yang tidak menghidap kencing manis sebelum hamil, tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal. Statistik pada 2012 menunjukkan bahawa sebanyak lapan peratus wanita mengandung didapati menghidap GDM.
Ketika seorang wanita hamil, pelbagai hormon dihasilkan oleh uri atau plasenta yang boleh menjejaskan fungsi dan keberkesanan hormon insulin dalam badan untuk mengawal paras gula badan.
Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk ibu hamil yang mengidap GDM, antaranya mengambil langkah perlu bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di paras normal atau optimal ketika mengandung.
Pesakit juga perlu mengikuti rancangan pemakanan yang sesuai mengikut nasihat daripada pakar pemakanan dan aktif melakukan aktiviti fizikal yang disarankan supaya paras glukosa darah dapat dikawal dalam julat selamat. -AFP.