Walaupun Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid sudahpun meninggalkan dunia seni yang penuh glamor ini namun kelibatnya sesekali hadir di majlis sosialit tetap mencuri tumpuan. Langsung tak berubah! Itu yang dapat diluahkan saat menatap gambar terkini Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid.

IKLAN
Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @itstomabangsaufi

Kecantikan milik penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Padanya ini benar-benar terserlah walau sudah meniti usia 47 tahun. Ramai yang sudah mengetahui Datin Seri Camelia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Asmara Khan. Penyanyi cantik ini mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga tercinta.

Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @khirkhalid

Namun begitu, Datin Seri Camelia sering dilihat dalam pelbagai acara sosial dan wajahnya kerap dirakam dan dimuatnaik di laman media sosial milik rakan-rakannya yang terdiri daripada sosialit tanah air.

Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @itstomabangsaufi
Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @shahrezza61

Wanita cantik kelahiran Kuching Sarawak ini sebelum ini sempat menghasilkan 5 album, Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan Mysticam. Tahun 2007 merupakan tahun terakhir Datin Seri Camelia mengeluarkan album. Pasti ramai yang merindui alunan lembut suara penyanyi yang pernah bergelar duta produk antarabangsa seperti L’Oreal, Tag Heuer, Omega dan Pantene ini.

Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @shahrezza61
Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @itstomabangsaufi

Tidak bersandar kepada wajah semata-mata, Penyanyi lagu Puteri Santubong ini membuktikan bakat yang mengalir dalam tubuhnya apabila donobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.

IKLAN
Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @itstomabangsaufi
Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @mrstailista

Bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi, wanita yang dilahirkan pada 20 Jun 1974 ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi hos program dekorasi, Casa Impian menerusi Astro Ria.

IKLAN
Makin Anggun & Elegan DATIN SERI CAMELIA Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!
Foto: Instagram @tomabangsaufi

Datin Seri Camelia juga pernah mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang diterbangkan ke Hong Kong untuk menyaksikan pembukaan butik Louis Vuitton di Canton Road Maison.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI