ADIRA SUHAIMI

Patutlah nampak Adira makin berseri-seri! Rupa-rupanya tengah berbadan dua. Difahamkan penyanyi bersuara lunak ini tengah hamil anak keempat. Walau tidak mengumumkan berita kehamilan, tapi jelas kelihatan perubahan diri Adira. Alhamdulillah dan tahniah!

IKLAN

Meskipun sarat mengandung namun Adira tetap aktif seperti biasa. Menghantar anak ke sekolah dan menguruskan keperluan di rumah. Bukan setakat itu saja, dia kebelakangan ini ligat mengusahakan perniagaan kecil-kecilan Air Tangan Adira.

Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.

Makin Berseri-Seri & Aktif Berniaga, ADIRA SUHAIMI Sarat Hamil Anak Keempat!
Credit Instagram @adira.suhaimi

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi juga mahir memasak. Kecur tengok produk sambal keluaran Air Tangan Adira ini.

Daripada perkongsian Adira di media sosial, bisnes berkenaan mula berada di pasaran sejak pertengahan Mac lalu. Setakat ini, ada dua jenis produk sambal yang dikeluarkan pelantun lagu ‘Ombak Rindu’ tersebut iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai.

Walau baru di pasaran tapi jualan sambal Adira dapat sambutan memberangsangkan. Buktinya, beberapa hari selepas dilancarkan Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai Air Tangan Adira berjaya dijual sebanyak 1,000 botol. Luar biasa!

IKLAN

Demi memastikan bisnes dikenali ramai, Adira sebelum ini turut menyertai Absolut Food Fest di MITEC dengan membuka gerai jualan di sana. Tidak cukup itu, Adira juga membuka gerai jualan di Star Vendors yang berlangsung meriah di WTC KL. Pandai Adira susun strategi pemasaran!

Makin Berseri-Seri & Aktif Berniaga, ADIRA SUHAIMI Sarat Hamil Anak Keempat!
Credit Instagram @adira.suhaimi
Makin Berseri-Seri & Aktif Berniaga, ADIRA SUHAIMI Sarat Hamil Anak Keempat!
Credit Instagram @adira.suhaimi
Makin Berseri-Seri & Aktif Berniaga, ADIRA SUHAIMI Sarat Hamil Anak Keempat!
Credit Instagram @adira.suhaimi
Makin Berseri-Seri & Aktif Berniaga, ADIRA SUHAIMI Sarat Hamil Anak Keempat!
Credit Instagram @adira.suhaimi

Bagi membuktikan kepada umum dan peminat yang produk berkenaan adalah hasil air tangan sendiri, Adira kerap berkongsi rutin memasak sambal tersebut di platform media sosialnya. Menerusi video dan gambar yang dimuat naik, memang terserlah bakat memasak Adira.

IKLAN

Iyalah, sampai tiga kuali besar Adira guna untuk masak! Menariknya, Adira masak sambal-sambal tersebut dengan cara manual tanpa menggunakan mesin teknologi yang lebih memudahkan.

Apa-apa pun, kagum dengan semangat Adira menceburi bidang kulinari. Kalau selama ini ramai yang kenal Adira sebagai penyanyi, tapi kini dia cekal mencuba cabang kerjaya baharu sebagai usahawan produk makanan pula.

Semoga kerjaya seni dan perniagaan Adira terus sukses!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI