Siapa yang tak kenal dengan Raja Azura yang terkenal dengan sapaan Kak Engku, antara selebriti wanita Malaysia yang tidak dimamah usia. Umur dah hampir 50 tahun pun masih kelihatan cantik dan bertenaga.

IKLAN
Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
Cantiknya! Wajah terkini Raja Azura atau penggilan mesranya Kak Engku.

Mungkin salah satu sebab ialah kerana gelagatnya yang sentiasa ceria dan mencuit hati. Benarlah kata orang, sentiasa merasa gembira dan bahagia membantu kita untuk nampak lebih awet muda.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
Raja Azura ketika zaman anak dara. Sweet sangat!

“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa petua yang spesifik. Biasa sahaja, nak inject pun tak mampu. Selalunya lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Sebelum tidur saya amalkan rutin basic, itu sahaja. Alhamdulillah kulit saya tidak pernah bermasalah.

Yang penting saya akan minum air suam secukupnya di samping makan suplemen setiap hari agar kulit kekal lembap. Kulit yang kering hanya akan mempercepatkan proses penuaan, itu yang kulit mudah berkedut.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
Patutlah tak makan dek usia, lasak juga rupanya Kak Engku ni ya.
Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
“Dah berkurun tinggalkan zaman motor ni. Masa zaman bujang. Memang rindu! Dapat lepas gian!”

Selain itu, bila sudah berusia kenalah cukup tidur. Saya juga kawal makan sebab berat badan cepat naik. Salah satu caranya ialah saya jarang makan malam.”

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49Pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih ligat dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi. Raja Azura juga merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49

11 TAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL
Sejak bercerai pada tahun 2010, Raja Azura nampak sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal. Barangkali sikapnya yang sangat ramah dan kelakar, menutup kisah dukanya itu. Agaknya apalah rahsia Kak Engku sehingga dia nampak sangat tabah?

IKLAN

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49“Hidup mesti diteruskan walau bergelar ibu tunggal. Apa yang saya amalkan selama ini ialah kuatkan mental dan fizikal. Selain itu, emosi juga perlu dikawal dengan baik. Dengan anak-anak saya bersikap terbuka apatah lagi mereka kini dalam usia remaja.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49Seterusnya, pedulikan apa orang kata sebab hanya diri kita saja tahu apa yang terbaik. Barulah kita boleh menjalani life seorang ibu tunggal dengan sempurna. Sebab kitalah yang akan menggalas tugas seorang ayah, ibu, bibik, driver dan guru bila di rumah.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
Nampak muda sangat Raja Azura macam kawan-kawan je dengan anak-anak.

Kekuatan itu hadir setiap kali anak-anak memberi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ataupun sukan sekaligus menggembirakan hati saya. Anak bongsu saya, Puteri Mia Maizura bakal mengikut jejak langkah saya dalam bidang seni dan bergelar penuntut di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.”

IKLAN

RAPAT DENGAN ANAK-ANAK MACAM BFF
Seronok melihat keakraban Raja Azura bersama anak-anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq (19), Megat Luqman Haqim (18) dan Puteri Mia Maizura (16).

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
Puteri Mia Maizura, anak bongsu Raja Azura yang cantik persis ibunya.
Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49
Kredit Foto: Mingguan Wanita

“Anak-anak memang rapat dengan saya. Merekalah best friends forever saya. Ke mana saja pasti kami tetap bersama. Antara kami juga tiada rahsia. Saya tidak pernah membezakan kasih sayang antara mereka, semuanya sama rata.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49Kalau semua berkelapangan selalunya aktiviti yang kami lakukan bersama seperti tengok wayang atau memasak dan kemas rumah. Semuanya kami lakukan bersama sebab saya tiada pembantu rumah.

Makin Berusia Makin Cantik. RAJA AZURA Jarang Makan Malam RAHSIA Nampak Muda Di Usia 49Pesanan Mama buat anak-anak, hormatilah ibu bapa walau apa pun terjadi. Jangan meminta-minta kalau tidak diberi. Selalu bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada di mana-mana. Usaha untuk menjadi hebat dan terbaik. Mama sentiasa berada dalam diri anak-anak. Mama tiada harta nak ditinggalkan, hanya ilmu yang dapat Mama berikan.”

Kredit Foto: Instagram @raja_azura

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI