Tahun ini, selebriti cantik Vanidah Imran bakal menginjak usia 46 tahun. Tapi kalau perhatikan raut wajah dan bentuk fizikalnya pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar bintang filem The Red Kebaya ini. Mana tidaknya, sejak mula bergelar pelakon hingga sekarang… rupa paras Vanidah masih jelita seperti dulu bahkan tampil awet muda pada usia lewat 40an!

Ads

Makin Berusia Makin Cantik, VANIDAH IMRAN Kekal Awet Muda Pada Usia Lewat 40an!

Terkenal dengan gerak tarinya yang lincah sehingga bergelar juara dalam sebuah pertandingan tarian popular membabitkan barisan selebriti suatu ketika dulu, Vanidah yang berdarah keturunan India – Jawa sememangnya seorang wanita cantik yang sarat dengan nilai wanita Timur penuh kelembutan.

Namun, dalam kelembutan ibu dua anak ini… dia rupa-rupanya seorang yang sangat aktif dan menggemari aktiviti lasak. Awal Mac lalu, Vanidah menyertai sebuah acara larian di Tokyo, Jepun!

Makin Berusia Makin Cantik, VANIDAH IMRAN Kekal Awet Muda Pada Usia Lewat 40an!

Kongsinya, “Tokyo 2019 World Marathon Majors conquered! This is my second FM and my first time running in such a challenging weather. Bagi orang yang kurang tahan dengan cuaca sejuk, perlumbaan ini agak sukar untuk saya. Saya mengalami kejang otot on my left hamstring and quadriceps selepas 25km.”

Dalam perlumbaan itu, Vanidah berjaya menamatkan larian sejauh 39.8 kilometer. Hebat tu! Bukan calang-calang orang boleh buat. Tak cukup stamina, cepat je surrender. 

Makin Berusia Makin Cantik, VANIDAH IMRAN Kekal Awet Muda Pada Usia Lewat 40an!

Ads

Makin Berusia Makin Cantik, VANIDAH IMRAN Kekal Awet Muda Pada Usia Lewat 40an!

Makin Berusia Makin Cantik, VANIDAH IMRAN Kekal Awet Muda Pada Usia Lewat 40an!

Dalam negara pula, dah banyak larian marathon yang disertai Vanidah. Bukan setakat itu saja… dia juga merupakan ahli persatuan silat cekak. Terinspirasi sangat dengan amalan gaya hidup sihat Vanidah Imran.

Ads

Walau dah berusia lewat 40an pun tetap aktif. Tak hairanlah sampai sekarang dia mampu kekal awet muda, langsing dan menarik.

 

Kredit: Instagram Vanidah Imran

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI